Tingkatkan Sistem Imun Anak-Anak Dengan Scott's DHA Chewable Gummies Pelbagai Perisa

Tingkatkan Sistem Imun Anak-Anak Dengan Scott's DHA Chewable Gummies Pelbagai Perisa | Assalammualaikum semua! Scott's DHA Chewable Gummies kini lebih menarik dengan gabungan pelbagai perisa dalam satu botol. Dulu, Ruby beli Scott's ni mesti 3 botol dan ada salah satu botol mesti habis cepat. Sebab mereka suka makan ikut bentuk gummies dan perisanya. Sekarang, Ruby beli Blackcurrant, Strawberry dan Oren dalam satu botol untuk setiap seorang anak. Adam dan Alif akan bertanggunjawab makan vitamin 3 biji Scott's Gummies untuk satu hari. Tidak lebih dan tidak kurang. Best sangat! Gummies sesuai dimakan oleh kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas. Ini kerana pada usia begini mereka lebih tahu mengunyah sehingga lumat. Jadi, ibu bapa tidak risau risiko anak tercekik makan Scott's Gummies dengan DHA.

Tingkatkan Sistem Imun Anak-Anak Dengan Scott's DHA Chewable Gummies Pelbagai Perisa. 


Permulaan mengamalkan suplimen makanan tambahan bermula seawal usia. Scott's sentiasa menemani kami sekeluarga dan ia adalah tanggungjawab penting untuk beri anak-anak sentiasa seronok makan vitamin. Sama ada dalam bentuk cecair, kapsul atau gummies. Ajar mereka memakan vitamin sebagai rutin harian. Walaupun rasa dan tekstur seperti manisan, ia lebih bermanfaat dari kita beri anak-anak makan candy yang hanya dipenuhi dengan gula semata-mata. 

Pada musim pandemik COVID-19 ni, ramai ibu bapa berusaha memberi yang terbaik kepada anak-anak. Sejak Ruby kecil, Scott's adalah vitamin yang menemani Ruby semasa membesar. Kini, giliran anak-anak Ruby pula mendapat manfaat mengamalkan vitamin Scott's. Uniknya pada zaman kini, Scott's menjadi lebih kreatif dengan menghasilkan Scott's DHA Chewable Gummies. Bayangkan jika gummies ini sudah ada ketika Ruby kecil. Mesti ia rutin harian makan vitamin tidak susah seperti memberi cecair. Hahaha. Ruby masih ingat lagi kena paksa makan Scott's Emulsions perisa Original oleh arwah Abah. Bau yang hanyir dan susah untuk telan. Hahaha. Kemudian kami adik-beradik diberi Scott's Emulsions perisa Oren. Terus mudah untuk makan vitamin. Siap beratur untuk 'Vitamin Time". Hehehe.

Setiap ibu bapa menginginkan anak mereka membesar dengan baik dari segi fizikal, mental dan emosi. Kami sentiasa mencari jalan untuk memberikan nutrien bagi perkembangan yang sihat. DHA adalah blok binaan utama untuk otak dan retina yang turut menyumbang kepada perkembangan otak dan mata yang normal. Scott's DHA Chewable Gummies membantu ibu bapa membekalkan DHA untuk anak-anak mereka. Ini kerana, Scott’s telah dipercayai oleh setiap generasi, bermatlamat untuk menyokong imuniti, pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Jenama ini terus memperkenalkan nutrien dalam bentuk dan format yang menarik untuk kanak-kanak. 

Perisa Blackcurrant, Strawberry Dan Oren Dalam Satu Botol


Scott’s memperkenalkan, Scott's DHA Chewable Gummies dengan 3 perisa lazat dalam satu botol.

Bryan Wong, General Manager of Consumer Healthcare, GSK Malaysia, Singapore, Burnei (di tengah) melancarkan Scott’s Gummies with DHA dalam pelbagai perisa, disaksikan oleh Foo Hwei Jiek, Head of  Trading of Watsons Malaysia dan Yasmin Hani.

Scott's Gummies dengan DHA dalam pelbagai perisa buah, seperti strawberi, oren dan blackcurrant, mengandungi semua kebaikan dalam satu botol/pek. Ketiga-tiga rasa menarik ini terdapat dalam tiga bentuk berbeza, ikan, sotong dan ketam. Ia disediakan dalam pek/botol dengan rasa yang disukai kanak-kanak. Namun, ini tidak menggantikan diet makanan sebenar.

Bryan Wong, General Manager of Consumer Healthcare, GSK Malaysia, Singapore dan Brunei berkongsi tentang Scott’s Gummies terbaru bersama DHA dengan pelbagai perisa. 

"Anak-anak sangat cerewet tentang pengambilan makanan atau makanan tambahan. Mereka mempunyai pilihan rasa mereka sendiri. Oleh itu, amat penting untuk memastikan nutrien disediakan dalam format yang menyeronokkan dan menarik bagi mereka. Kami juga ingin memastikan bahawa mereka dapat menikmati Scott’s Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa dan mendapatkan nutrien sekerap mungkin,” tambah Bryan Wong, Pengurus Besar, Penjagaan Kesihatan Pengguna GlaxoSmithKline (Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK).

Teknologi DHA Microencapsulated 


Scott's Gummies dengan teknologi DHA mikroenkapsul dengan kebaikan DHA dari minyak ikan memberikan anak-anak rasa yang mereka suka. Selain DHA, Scott's Gummies dengan DHA juga mengandungi Vitamin D, yang dapat membantu penyerapan kalsium dan fosforus. Scott's DHA Gummies dengan teknologi DHA mikroenkapsulasi, mengunci kebaikan minyak ikan tanpa rasa hanyir. DHA membantu menyokong perkembangan otak dan mata yang normal.

Bryan Wong, General Manager of Consumer Healthcare, GSK Malaysia, Singapore dan Brunei; Foo Hwei Jiek, Head of Trading of Watsons Malaysia dan Yasmin Hani bersama peserta kanak-kanak Generasi Z and Z Power di pelancaran terbaru Scott’s Gummies bersama DHA dengan pelbagai perisa.

Scott's Vitamin No. 1 Semenanjung Malaysia 


Scott's adalah vitamin No. 1 di Semenanjung Malaysia untuk kategori Makanan Tambahan Kanak-Kanak dan Vitamin C (Kanak-Kanak)? Iya betul. 

Harga Scott's DHA Chewable Gummies


Scott's Gummies yang baru dengan pelbagai jenis DHA, dijual pada harga runcit yang disyorkan sebanyak RM39.50 untuk sebotol 60 biji dan RM 10.70 untuk pek 15 biji, boleh didapati di semua farmasi terkemuka.

Yasmin Hani bersama Isabelle Tan of Z Power dan Muhammad Adam Haqimi daripada Generasi Z berkongsi pengalaman mereka merasai sendiri Scott’s Gummies dengan DHA terbaru dalam pelbagai perisa.

Setiap RM 0.50 Pembelian Dari Anda Akan Disumbangkan Kepada Smile Train


Bersempena dengan pelancaran Scott's Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa, satu sumbangan khas akan diberikan kepada Smile Train, sebuah organisasi antarabangsa yang menyediakan pembedahan pembetulan untuk anak yang dilahirkan dan/atau hidup dengan bibir dan lelangit sumbing. Smile Train akan menyalurkan sumbangan kepada sebuah organisasi yang menyokong kanak-kanak yang dilahirkan dan/atau hidup dengan bibir dan lelangit sumbing di Malaysia.

"Sebagai jenama yang menyokong pertumbuhan anak-anak, Scott’s memulakan inisiatif ini untuk menawarkan peluang kepada anak-anak dengan bibir dan lelangit sumbing menjalani pertumbuhan dan kehidupan yang sihat. Di Malaysia, dianggarkan satu daripada setiap 700 bayi didiagnosis mengalami celah bibir dan celah-celah langit-langit. Melalui inisiatif ini, Scott’s komited untuk membantu anak-anak ini menjalani kehidupan normal dengan yakin, di mana setiap kanak-kanak layak untuk senyum”, kata Bryan Wong.

Untuk setiap pembelian Scott's Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa, RM0.50 sen akan disumbangkan ke arah inisiatif untuk membantu meningkatkan kehidupan anak-anak tempatan dengan bibir dan lelangit sumbing.

Rancangan Realiti Gen Z dan Z Power


Peserta rancangan realiti, Generasi Z dan Z Power yang ditaja oleh Scott's Gummies dengan DHA, yang kini ditayangkan di TV3 dan 8TV hadir di acara tersebut. Mereka terlibat dalam siri permainan yang menarik.

Bryan Wong, General Managing of Consumer Healthcare, GSK Malaysia, Singapore, Brunei; and the kids of Generasi Z and Z Power at the launch of the all new Scott’s Gummies with DHA in assorted flavours


Mengenai Scott's


Mengenai Scott's – Scott’s diperkenalkan pertama kali pada tahun 1873 di New York City di mana pencarian kaedah penyediaan baru yang akan memberikan rasa lebih baik kepada minyak ikan kod. Selama hampir 150 tahun, Scott’s telah berdedikasi untuk menolong keluarga memanfaatkan kemungkinan harian dalam hidup. Didorong oleh nilai dan misi GSK, dan diwujudkan oleh nelayan ikonik, Scott’s bekerja tanpa lelah untuk memberikan yang terbaik dalam penjagaan kesihatan pemakanan setiap hari, menjaga keluarga sihat, dilindungi dan bersedia, sehingga mereka dapat memanfaatkan setiap saat. 

Scott's di Malaysia wujud selama hampir 60 tahun, tersedia dalam pelbagai produk, bertujuan untuk membantu menyokong pembangunan, kekebalan dan pertumbuhan setiap hari. Produk Scott’s yang terdapat di Malaysia adalah - Scott's Gummies with DHA, Pastilles with Vitamin C (Mixed Berries, Peach, Orange, Mango), Scott's Emulsion (Original and Orange flavors).

Dapatkan Scott's DHA Chewable Gummies pelbagai perisa sekarang. Semoga semua ibu bapa terus memberi yang terbaik kepada anak-anak dan selamat menjaga keluarga di musim pandemik COVID-19. Sabar dan we can do it! 


#scottsdhagummies #scottsrainbow #rainbowlaunch #ScottsMY #ScottsMalaysia #sponsoredpostbyScotts

Catat Komen

15 Ulasan

  1. sambil kita membeli, sambil menderma. lebih mudah nak bagi anak-anak makan vitamin sekarang, kalau dulu dalam bentuk cecair sekarang kan, bercinta nak mengejar diorang makan scotts emulsion. memang sedap scotts gummies ni

    BalasPadam
  2. bestnya dah ada bentuk gummies, senang nak attract budak-budak untuk makan vitamin instead of thick syrup

    BalasPadam
  3. Zaman dulu memang suka sangat masa vitamin time. Kdg2 kn marah sb ingat vitamin tu cokelat ke nak makan sampai habis. Haha. Mesti anak2 nak makan vitamin bila gummie dlm mcm2 bentuk.

    BalasPadam
  4. Senanglah nak pujuk anak-anak makan vitamin sebab perisa buah-buahan ☺️

    BalasPadam
  5. rasa lebih mudah bila scott buat dalam bentuk gummies. budak2 lebih senang nak makan. terbaik lah scott

    BalasPadam
  6. Scotts Gummies ni bukan anak-anak je suka, mak anak pun suka. Yelah, sebagai mak anak...kita kena tunjukkkan contoh pemakanan yang baikkan. Tapi memang sedap Scotts Gummies ni.

    BalasPadam
  7. Sedap ni.. bebudak memang suka.. kalau boleh semua perisa la nak ada kat rumah.. wajib kena beli kalau gi watson atau guardian..

    BalasPadam
  8. Wah, dah ada dlm bentuk gummies ekk. Dulu yg jenis syrup tu pun dah sedap. Hat ni mesti bdk2 lagi suka kan. Dah macam gula2 tp berkhasiat ๐Ÿค—

    BalasPadam
  9. Baguskan scotts ni..sekarang ada dlm bentuk gummies suka la anak tp kena sorok la sikit sebab kalo tak diaorang makan cam makan gummies biasa pulak haha..mak la pengsan kerap nak topup stock haha

    BalasPadam
  10. what a great product that is crucial for the healthy growth in children. so tempted to try them myself too hehe

    BalasPadam
  11. Sama la, saya pun terfikir juga, alangkah bestnya kalau zaman saya dulu ada scott dha gummies ni. Dulu saya makan jenis tablet kunyah. Ok la juga rasanya tapi kalau ada yg mcm ni mesti lagi best.

    BalasPadam
  12. Memang sedap ni Ruby, jangan kata anak, Sis pun suka sebab kebetulan masa adik datang rumah tu, dia bawa dan beri anaknya makan, Sis minta le satu rasa yang anggur, cedap ko hahahahha

    BalasPadam
  13. Bestnya skrg ada supplement bentuk gummies pelbagai perisa pulak tue.. Dulu zaman kita, cuma ada yang jenis cecair tue jer kan.. minum pun kena paksa mak sebab susah nak telan.. :P so good and convenient now..

    BalasPadam
  14. Kanak-kanak sekarang ada macam-macam produk makanan yang bukan sahaja sihat tapi juga memberi tenaga extra pada kanak-kanak harap ia dapat membantu ibu bapa menjaga anak mereka lebih sempurna..

    BalasPadam
  15. bagus produk Scotts nie. yelah, budak2 sekarang makin lincah dan makin terdedah dgn pelbagai benda. better ambil langkah berjaga2 sebelum kena.

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.