Jom Tonton iQIYI Sepanjang Oktober Ini.

Jom Tonton iQIYI Sepanjang Oktober Ini.

Ruby
13

Jom Tonton iQIYI Sepanjang Oktober Ini | Assalammualaikum semua! Oleh kerana kita semua di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Ruby telah menambah kagi satu pilihan menonton filem seram, romantik dan drama Korean menerusi platform video dalam talian iQIYI. Apabila tiba bulan Oktober, semestinya adalah bulan ulang tahun usia Ruby, Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Hari Kesihatan Mental Sedunia 10 Oktober dan bulan sambutan pesta Halloween oleh non-muslim. Maka, banyak cerita hantu dan horror! Bersediakah korang? Ruby tidak suka cerita hantu terkejut-kejut, lebih suka cerita horror. Baru la mendebarkan. Hahaha. Selain itu, Ruby menantikan drama komedi romantik menyentuh perasaan. 

Jom Tonton iQIYI Sepanjang Oktober Ini

Penyedia perkhidmatan penstriman video terkemuka iQIYI bakal menyajikan pelbagai senarai tontonan baharu dan eksklusif yang hangat untuk tontonan di Malaysia Oktober ini. Sempena Halloween ini, para penonton bakal mengalami detik-detik seram dengan sajian koleksi filem seram Korea. Antara filem Korea yang menggabungkan unsur cemas dan seram termasuklah Intruder, yang mengisahkan seorang arkitek (Kim Mu-yeol) yang melalui pengalaman trauma dan pelik apabila adik perempuannya (Song Ji-hyo) yang hilang 25 tahun lalu tiba-tiba muncul semula; 

The Closet, yang akan ditayangkan akhir bulan ini, mengisahkan seorang bapa (Ha Jung Woo) yang diberitahu untuk mencari anak perempuannya dalam sebuah almari apabila dia tiba-tiba hilang tanpa jejak di dalam rumah baru mereka; 


The Divine Fury ialah kisah seorang juara MMA lakonan (Park Seo-joon) yang bergandingan dengan seorang bomoh untuk memerangi makhluk halus di Korea; 



filem thriller-jenayah Beasts Clawing at Straws takdir menghubungkan lapan individu apabila mereka terjumpa satu beg misteri di dalam sebuah sauna. 


Komedi seram Spellbound ialah sebuah kisah cinta antara seorang ahli silap mata dengan seorang wanita yang boleh melihat hantu, dibintangi Son Ye Jin yang turut beraksi dalam Crash Landing on You. 


Rampant memaparkan pertempuran antara seorang putera (Hyun Bin) dengan pegawai tentera (Jang Dong-gun) yang berlatarkan zaman silam Korea yang sedang dilanda wabak zombi, 


manakala siri dua bahagian Korea yang terlaris, Along with the Gods, mengisahkan roh seorang anggota bomba yang mati tanpa dijangka dibawa ke alam kematian oleh tiga penunggu untuk berdepan dengan tujuh perbicaraan sebelum dilahirkan semula melalui proses reinkarnasi.


Di samping itu, siri drama Melayu paling popular juga telah dilancarkan secara eksklusif. Kampung People 2 yang dibintangi oleh Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Hun Haqeem dan Reina Diana, mengisahkan seorang jejaka bertekad menyorokkan identiti silamnya sebagai penggubah wang haram. Peminat Adibah Noor pasti akan teruja dengan penampilan khas persona terkenal ini dalam drama tersebut!


Senarai Tontonan Original iQIYI

Lebih menarik lagi, penonton juga berpeluang menikmati senarai tontonan original iQIYI yang bakal dilancarkan, termasuk Search yang dibintangi Kristal daripada kumpulan K-Pop f(x). Drama sains fiksyen ini mengisahkan sebuah pasukan pencarian yang menemui makhluk raksasa ketika melarikan diri dari Zon Bebas Tentera Korea. 


Komedi romantik The Spies Who Loved Me pula menampilkan gandingan Yoo In-na (artis terkenal yang membintangi Goblin: The Lonely and Great God) dan Eric Mun (ahli kumpulan muzik lelaki, Shinhwa dari Korea Selatan), merupakan kisah cinta seorang wanita yang terjebak dengan dunia pengintipan.



Peminat filem romantik juga pasti akan terhibur dengan beberapa drama bersiri yang memaparkan barisan pelakon selebriti, yang bakal ditayangkan: Dibintangi Xing Zhao Lin, Marry Me menceritakan seorang ahli muzik buta yang jatuh cinta dengan seorang jejaka kaya yang membantunya menegakkan keadilan untuk kematian gurunya. 



The Blooms at Ruyi Pavilion
, yang akan ditayangkan pertengahan bulan ini, mengisahkan seorang wanita melarikan diri daripada perkahwinan diatur (Ju Jingyi yang membintangi In a Class of Her Own), dan jatuh cinta dengan seorang jejaka muda yang sombong di bandar, 


manakala Renascence merupakan kisah balas dendam seorang permaisuri yang dilahirkan semula.


Bagi peminat Zac Efron, mereka pasti akan menggemari drama bersiri Korea 18 Again yang yang di adaptasi dari filem popular barat, 17 Again lakonan Zac Efron. Ianya mengisahkan seorang lelaki pertengahan umur yang mempunyai masalah rumah tangga, tiba-tiba bertukar menjadi remaja berumur 18 tahun dan membina semula kehidupannya. 

Bagi penonton yang mengidamkan ‘prince charming’ anda, jangan ketinggalan untuk menonton Tale of the Nine Tailed dibintangi oleh pelakon kacak Lee Dong-wook yang turut beraksi dalam Goblin: The Lonely and Great God. Drama fantasi ini mengisahkan seorang penerbit wanita nekad menjejaki seekor musang jadian yang berekor sembilan. 


Bagi penonton yang ingin menyaksikan drama perkahwinan penuh dengan skandal, My Dangerous Wife menceritakan tentang Sim Jae-Kyeong (Kim Jung-Eun) yang telah 6 tahun berkahwin dengan Kim Yoon-Cheol (Choi Won-Young). Sim Jae-Kyeong menikmati kebahagiaan dalam perkahwinannya, tetapi dia terlibat secara tidak langsung dengan kes penculikkan misteri.


Rancangan keluaran tanah air yang dinanti-nantikan pada November ini termasuk Cinta Sekali Lagi, dilakoni Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha. Drama bersiri romantik ini mengisahkan seorang wanita yang terjebak dalam perkahwinan yang tidak bahagia nekad menggoda suami kakaknya kerana iri hati dengan perkahwinan mereka yang bahagia. Komedi romantik Biar Mereka Cemburu yang dibintangi Aiman Hakim Ridza dan Nabila Razali, menelusuri asam garam kehidupan cinta kompleks seorang jurugambar yang muda.

Antara tajuk-tajuk dari Korea yang bakal dilancarkan di iQIYI termasuk Birthcare Centre, kisah seorang eksekutif yang tinggal di pusat penjagaan posnatum selepas bersalin serta jalinan persahabatannya dengan wanita-wanita lain di pusat itu. Dalam kisah romantik Live On, seorang pelajar perempuan sekolah tinggi dengan ketua kelab penyiaran sekolahnya (Hwang Min-hyun dari kumpulan muzik lelaki NU'EST) bersama-sama membongkar identiti seorang individu misteri yang cuba mendedahkan kisah silam yang ingin disembunyi oleh pelajar itu.

Muat Turun iQIYI Dan Langgan Sekarang

Penonton dapat mengakses pelbagai rancangan ini secara percuma menerusi laman web iQIYI International di iQ.com atau aplikasi mudah alih iQIYI yang boleh dimuat turun dari Apple Store atau Google Play Store. Bagi mendapat akses kepada episod-episod baharu, penonton boleh melanggan akaun VIP standard dengan yuran bulanan serendah RM8.90 atau akaun VIP premium dengan RM16.90 sebulan. Imej resolusi tinggi untuk media bagi setiap program boleh dimuat turun di sini.

Mengenai iQIYI International.

Beribu pejabat di Singapura, iQIYI International ialah penyedia khidmat penstriman video yang membawakan hiburan dari seluruh Asia untuk penonton antarabangsa. Menawarkan langganan dengan iklan dan VIP, iQIYI membawakan drama bersiri premium, filem-filem hebat, rancangan aneka ragam, dan anime; disertakan dengan sarikata tempatan; yang disokong oleh teknologi terkini. Teknologi iQIYI juga ditawarkan kepada platform hiburan yang lain melalui perkongsian SaaS. iQIYI International boleh dinikmati melalui pelbagai peranti di laman sesawang iQ.com atau melalui aplikasinya. iQIYI adalah milik penuh iQIYI, Inc. (Nasdaq: IQ).

www.iq.com | www.instagram.com/iqiyi | www.facebook.com/iQIYI

Tags

Catat Ulasan

13Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. wow love this. access to so many new movies and series. cant wait to start watching!

    BalasPadam
  2. Yeah......I’m watching Tale of a Nine Tale now. Very promising storyline and good acting from Lee Dong Wook and Kim Bum.

    BalasPadam
  3. LH nak tengok pengantin satu malam dan kampung people 2 tu. The tale of nine tailed tu pun macam menarik perhatian lah pula

    BalasPadam
  4. kite selalu gk dengar pasal iQIYI ni tapi tak tau sangat pasal apa. bila baca blog akak ni baru tau macam ni rupanya diorang berfungsi. sesuai untuk kpop lovers ni

    BalasPadam
  5. Omg! Semua cte best haha..cte Tale of the Nine Tailed tu kak min tgh tgk. Rampant & along with the god tu dah tgk. Nak tgk Intruders & the closets tu hehe

    BalasPadam
  6. Banyak cerita dari China dan Korean hehehehe kita ni dah lah tak minat sangat Kpop ni wakakak ada juga drama Melayu terselit situ hehehe masa PKPB ni lah semua tonton habis masa depan Tv je lah wakakakkaka..

    BalasPadam
  7. Mak aih.. banyaknya cerita best kat iqiyi ni! Kadang-kadang layan juga cerita Korea dan Mandarin. Sebelum ini selalu tengok iklan tentang iqiyi je. Lepas ni nak cuba menonton di sini pula lah.

    BalasPadam
  8. Banyak cerita best ni. Kalo layan mesti sangkut. Tak jalan la semua kerja selagi tak hbs..hehe

    BalasPadam
  9. Omg... ngam sangat iQIYI for me and my family during CMCO kita layan drama Korean, i like the Rampant also.

    BalasPadam
  10. Oh my god oh my god!! Nampak sangat kitkat bergantung sangat pda youtube sahaja.. Baru2 ni bru ikut netflix.. Rupanya ada lagi yang bol3h usha utk tonton series kegemaran ni..dah nampak list yang panjang ni...

    BalasPadam
  11. Byk pilihan movie yg best n menarik.. boleh la tonton sepanjang 2 mggu pkpb nie..

    BalasPadam
  12. Tu leee nak marathon tengpk kampung village tu nanti.. sebab kalau hari main kat tv tu, tak dan nak nengoknya, ank keje nengok Korea manjang aishhh... dah banyak masuk ekkk..ookay kang nak belekkk

    BalasPadam
  13. fuhhh macam best jugak judul-judul filem dan movie yang ada dalam iQiyi ni.. setanding Netflix.. pengguna dah makin banyak pilihan dah sekarang ni.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !