Kuih Bulan Halal Dari Purple Cane Tea Mooncake

Kuih Bulan Halal Dari Purple Cane Tea Mooncake

Ruby
18

Kuih Bulan Halal Dari Purple Cane Tea Mooncake
 | Assalammualaikum semua! Tiap kali hampir bulan Oktober, Ruby paling gembira! Bukan sebab hari lahir pada 18 Oktober. Tetapi, sebab "mooncake, kek bulan, kuih bulan". Sepanjang pertengahan bulan September, pasti kita dapat melihat banyak jualan kuih bulan. Ruby nak kongsikan pengalaman pertama kali mencuba kuih bulan. Masa Ruby kecil dulu, arwah Abah ada bawa pulang kuih berupa kek kecil ni ke rumah. Ruby tidak faham kenapa makanan ini kecil. Dalam fikiran dah cakap "mesti tidak cukup ni". Siap berebut dengan adik-adik. Risau tidak cukup. Nafsu nak semua kek itu sangat menebal. Hahaha. Abah pun potong kecil-kecil. Alaaaa apa ni potong kecil-kecil. Masa tu usia Ruby 4 tahun. Nak memberontak la kan. Lepas tu mak sediakan teh 'o'. Ruby memerhati sambil perasaan tak puas hati. Potong kecil, minum teh suam pula. Apa ni? Hahaha. Apabila kami semua dipanggil untuk menikmati kuih itu pada jam 6 petang, Ruby dapati tekstur kuih itu berbeza dari kek yang selalu ruby makan. Satu potong kecil dan minum bersama teh 'O' suam. Sedapnya!!! Kombinasi yang sangat sedap! Kuih itu adalah Mooncake telur itik bersama pes lotus. Kuaci tu rangup dalam kek yang padat? Hebat betul! Subhanallah sampai sekarang rindu makan mooncake dengan keluarga. Itulah childhood memori yang paling kuat. Bagaimana pula pengalaman korang apabila mencuba makan mooncake? Mesti kelakar kan.

Kuih Bulan Halal Dari Purple Cane Tea Mooncake


Beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup harmoni bersama pelbagai jenis agama, bangsa, adat dan budaya. Kita juga menghormati festival Mid-Autumn. Malah, penyediaan mooncake juga dihasilkan mengikut piawaian HALAL JAKIM. Inilah keunikan kita di Malaysia. Kita saling menginginkan orang sekeliling menikmati makanan tradisional bangsa lain tanpa was-was. Seperti mooncake dari Puple Cane, mereka amat mementingkan kualiti. Selain kualiti, mereka amat menjaga sensitiviti kaum lain. Status HALAL JAKIM amat penting bagi umat Islam. Kebanyakan pelanggan Purple Cane dari pelbagai lapisan masyarakat. Apabila memiliki Sijil Pengesahan HALAL JAKIM, secara automatik semua masyarakat majmuk di Malaysia yakin dengan mooncake dari Purple Cane. Terima kasih Purple Cane! 




Kesemua produk Purple Cane memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia dari JAKIM. Anda boleh klik URL yang Ruby sediakan untuk rujukan. Kuih bulan sememangnya dinantikan. Ia ada ketika musim Mid-Autumn. Mid-Autumn adalah Festival Pertengahan Musim Luruh yang disambut khas oleh masyarakat Cina dan Asia. Festival ini diadakan pada hari ke-15 bulan ke-8 kalendar lunar dengan bulan purnama pada waktu malam, bersamaan dengan pertengahan September hingga awal Oktober melalui kalendar Gregorian. 

Apabila ada Mid-Autumn, pasti ada mooncake, kek bulan, kuih bulan ni. Kuih bulan adalah kuih tradisional istimewa masyarakat Cina. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan menjadi hidangan kepada tetamu ketika perhimpunan keluarga sambil meraikan pesta. Mid-Autumn adalah salah satu daripada tiga perayaan kaum Cina yang paling penting. Selain menjadi hidangan kepada tetamu, kuih bulan juga sesuai sebagai hadiah kepada kenalan terdekat. 


7 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Purple Cane Tea Mooncake 


🥳 Trusted brand! Ditubuhkan pada 1987.
🥳 Memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia dari JAKIM.
🥳 Kurang gula dan tiada perisa tambahan.
🥳 Ada pilihan mooncake untuk pengamal diet Vegetarian.
🥳 Disediakan setiap hari dengan bahan-bahan segar.
🥳 Bungkusan cantik seperti hadiah diserikan dengan Seni Lukisan Nanyang. 
🥳 Harga berbaloi-baloi.

6 in 1 Tea Mooncake Set


Purple Cane Tea Mooncake sentiasa kreatif menghasilkan set istimewa untuk pelanggan setia. Pada tahun ini, mooncake set diinspirasikan dari Seni Nanyang. Kotak hadiah ini boleh memuatkan 6 jenis mooncake pilihan korang. 

1 x Green Tea Dates Paste Mooncake
1 x Green Tea Assorted Nuts Mooncake
1 x Black Tea Red Bean Paste Mooncake
1 x White Tea Purple Potato Lotus Paste Mooncake
1 x Rose Tea Bamboo Charcoal Lotus Paste Mooncake
1 x Blue Butterfly Pea Flower Tea Pandan and Golden Yolk Custard Lotus Paste Mooncake
PERCUMA lantern riddles & 1 sachets of Cane's tea bag

6in1 Tea Mooncake Set RM 76.50

2-in-1 Delightful Autumn Tea Mooncake Set 


Kombinasi kuih bulan Red Bean Paste with Dried Tangerine Peel and Double Yolk Puer Tea Mooncake adalah set "food pairing" yang indah. Emosi dan deria rasa anda akan terbit dalam satu masa ketika manikmatinya. Seakan-akan ia mengiyakannya saat ini, badan ini, nyawa ini perlu berehat. Nikmatilah sambil menghirup nafas segar selepas hujan. Begitu puitis ya? Hehe.

Delightful Autumn Tea Mooncake Gift Set RM 29.90

Goldfish Tea Biscuit (Puer and Green Tea)


Dua biskut Goldfish ini hadir dengan dua perisa iaitu Puer Tea Goldfish Biscuit dan Green Tea Goldfish Biscuit. Tekstur yang lembut dan berlemak membuatkan ia kaya dengan aroma. 

2 x Goldfish Tea Biscuit (60G) RM 8


Teh Kurang Manis Mooncake Baharu


Teh Kurang Manis Mooncake adalah kek bulan yang baharu. Keunikan rasanya terletak kepada rasa yang menggambarkan rakyat Malaysia yang suka rasa teh kaw kaw. Hahaha. Bukan sahaja teh pekat menjadi kegilaan. Teh ais pekat juga tidak kurang hebatnya. Ia sesuatu yang baru bagi Ruby apabila dapat rasa minuman kegemaran dalam versi kuih bulan! Well done Purple Cane!

Maka, seauailah ia diberi nama Teh Kurang Manis. Sebab Ruby suka teh tarik kawwwwwww satu anne! Maksudnya susu pekat manis tu jangan banyak-banyak ye. Hahaha

Teh Kurang Manis Mooncake (100g) RM 13.50

Rose Herbs Tea Shandong


Teh berasal dari Shandong, China ini memberikan aroma istimewa dan cara penyediaannya terdapat dalam 3 cara

Hanya diproses dengan menggunakan putik ros yang dipetik segar, ia tidak mengandungi haruman atau warna tiruan. Herba semula jadi, tulen yang berkualiti tinggi, ia menawarkan rasa dan aroma yang unik, sesuai dihidangkan secara panas atau sejuk.

Cara penyediaan:
Masukkan 8 – 10 kuntum putik ros ke dalam 250ml air panas pada suhu 75°C – 85°C dan rendam selama lebih kurang 2 minit.

Nikmati rasa kesegaran dan aroma flora begitu sahaja, atau tambahkan buah beri goji, madu, gula batu untuk meningkatkan rasa.

Cara penyimpanan:
Simpan di tempat yang kering, nyaman dan berventilasi, lindungi daripada terkena cahaya matahari secara langsung. Paling baik letakkan ia dalan bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.

Rose Herbs Tea Shandong (100g) RM 45.00

Green Tea Pumpkin Seed 


Kuaci adalah snack kegemaran kami sekeluarga. Ruby nak cuba kelainan. Purple Cane ni memang kreatif. Dia buat Green Tea Pumpkin Seeds!!! Sedap sangat! Kudapan semasa menonton televisyen. Selain makan mooncake, kita juga boleh makan kuaci. Hidang kepada saudara mara yang datang ke rumah pun sesuai. Hehehe.

Sekarang ada promosi, 2 botol Green Tea Pumpkin Seeds RM 36.00 sahaja!

Konsep Fusions Tradisional Dan PERCUMA Lantern Riddles & 1 Uncang Teh Hijau


Jarang kita dapat makan Mooncakes bersama minuman yang sepadan. Jika pandai, ia akan menjadi hidangan istimewa tiap kali makan bersama mooncake. Teh O dan mooncake amat sepadan digandingkan. Sama ada bersama teh hijau, teh hitam, teh oolong, teh hijau dan teh puer. Semuanya pasti memberi ketenangan dan senyuman. Rileks dan enjoy Purple Cane Tea Mooncake. 


Anda tidak perlu pening kepala untuk "food pairing" bersama mooncake dari Purple Cane. Ini kerana mereka sudah sediakan teh untuk anda. Sambil bancuh teh, boleh la baca Lantern Riddles tu. Comel kan?

Pengantaran PERCUMA Untuk Semenanjung Malaysia Dan Senarai Cawangan Purple Cane & Tea Restaurant


Buat anda penggemar kuih bulan dan teh. Anda boleh membeli secara dalam talian di laman web www.purplecane.my. Pengantaran PERCUMA untuk alamat di Semenanjung Percuma. Tiada minimum pembelian. Best kan? Kemudian, jika anda suka ke kedai Purple Cane, boleh datang ke cawangan berdekatan seperti tertera di bawah:

1. Purple Cane Headquarter & Tea Restaurant @Shaw Parade
Lot L1-01, 1st Floor, Shaw Parade, Off Jalan Pudu, Changkat Thambi Dollah, 55100 Kuala Lumpur.
Phone: +603 21454131
Waktu Operasi: 11AM - 9PM

2. LG-011, Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.
Phone: +603 2284 0322
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

3. Kepong Lot G41, AEON Metro Prima Shopping Centre, No. 1, Jalan Metro Prima, 52100 Kepong, Kuala Lumpur.
Phone: +603 6258 8200
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

4. Cheras Unit B-28, Basement One, Sunway Velocity Mall, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur.
Phone: +603 9201 6719
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

5. Cheras Selatan Lot G-40, AEON Cheras Selatan Shopping Centre, Lebuh Tun Hussien Onn, 43200 Balakong, Selangor.
Phone: +603 9076 4131
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

6. Bandar Utama LG 119, Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Center, Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.
Phone: +603 7725 9243
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

7. Seremban 2 Lot G-60, AEON Seremban 2, No.112, Persiaran S2B1, Seremban 2, 70300 Seremban, N. Sembilan 
Phone: +606 6015991
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

8. Melaka G03, AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre, Ground Floor, No 2, Jalan Lagenda, Taman I-Lagenda, 75400 Melaka.
Phone: +606 2824131
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

9. Ipoh  
Lot G46, Ground Floor, Aeon Mall Ipoh Klebang Lot 12080, Klebang Perdana 31200 Chemor, Ipoh, Perak.
Phone: +605 2914413
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

10. Penang Lot LG 22 & 23, Lower Ground Floor, Gurney Paragon Mall, 163 D, Persiaran Gurney 10250, Penang.
Phone: +604-2189 098
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

11. Johor Bahru LG-007, The Mall, Mid Valley Southkey Persiaran Southkey 1, Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor.
Phone: +07 338 4431
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

12. Kota Kinabalu Lot No. B-15, Basement Floor, Imago Shopping Mall, KK Times Square Phase 2 off Constal Highway, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.
Phone: +6088 275 365
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

13. Tea Restaurant @ Shaw Parade Lot GL-02, Ground Floor, Shaw Parade, Off Jalan Pudu, Changkat Thambi Dollah, 55100 Kuala Lumpur.
Phone: +603 21453090
Waktu Operasi: 11AM - 10PM

14. Tea Restaurant @ Mid Valley Gardens Lot LG206, Lower Ground Floor, The Gardens, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.
Phone: +603 2283 6090
Waktu Operasi: 10AM - 10PM

15. Ipoh Tea House No. 2, Jalan Dato Tahwil Azar (Osborne Street), 30300 Ipoh, Perak.
Phone: +605 2533090
Waktu Operasi: 11AM - 10PM


Giveaway Purple Cane Mid-Autumn Giveaway Sets Di Instagram: Purple Cane X Ruby.MY


Giveaway Lima (5) Purple Cane Mid-Autumn Set. Ruby ingin hadiahkan Kek Bulan kepada 5 orang pengikut bertuah! Ya Kek Bulan @ Kuih Bulan. Ia dari jenama tersohor iaitu Purple Cane Tea Mooncakes. Siapa nak? 🙋‍♀️🙋‍♀️🙋‍♀️

Korang akan memenangi:
Mid-Autumn Giveaway Sets
1. 2 Mooncake (Twin box) + 1 tea
2. Purple Cane Gold Card Member 60 days Voucher
3. Purple Cane Tea Cuisine Restaurant and Tea+ Cash Vouchers

Cara penyertaan mudah sahaja. Jawab soalan mudah dan lengkapkan tugasan berikut:

1. Tahun bilakah Purple Cane Tea Mooncakes ditubuhkan?
2. Follow instagram @rubydotmy, @purplecane_tea dan @purplecane.teacuisine
3. Share gambar ini di Instagram Story dan tag @rubydotmy, @purplecane_tea dan @purplecane.teacuisine
4. Setelah selesai share dan follow, taip "JOM JOIN" dan tag 3 kawan instagram anda di ruang komen.
5. Tarikh tamat penyertaan adalah pada 19 September 2020 (Pagi). Ayuh kita!
6. Pemenang akan diumumkan pada 19 September 2020 (Malam). Teruja kan?
7. Jangan risau, kami akan courier hadiah kepada anda. Pemenang akan dihubungi segera!
8. Keputusan pemenang adalah muktamad.

#purplecane #mooncakes #halalmooncake #midautumnfestival #giveaway #midautumngiveaway #purplecane #purplecanegiveaway #rubyxpurplecane #rubydotmy #malaysialifestyleblogger 

Mengenai Purple Cane


Teh Mooncake Pertama di Malaysia, Dari Purple Cane. Purple Cane memperkenalkan kek bulan teh pertama pada tahun 1998. Agar teh menjadi sebahagian daripada keseronokan festival, daun teh halus digiling. Dalam bentuk serbuk halus, daun teh dicampurkan dengan bahan lain untuk membentuk kerak pastri. Ini adalah pelengkap yang sempurna untuk kombinasi lazat bersama pes kacang merah, pes teratai dan pelbagai jenis kacang. Kek bulan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Ia tidak terlalu manis, rendah kandungan lemak dan tidak mengandungi bahan pengawet. Merupakan makanan wajib ketika festival Mid-Autumn yang disambut secara meluas.

Kek bulan Purple Cane dengan kerak pastri gaya Kantonis dan pengisian di samping teh hijau yang elegan dan elegan, varian baru dibuat dengan teh hitam, teh oolong, teh hijau dan teh puer. Kuih bulan dengan daun teh tambahan adalah keseronokan sebenar - penuh rasa dan rasa halus,  kaya serat tumbuhan, oleh itu, meningkatkan kesihatan dan kecantikan.

Tags

Catat Ulasan

18Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Warna mooncake dia pun cun. Sis pernah makan mooncake ni bila mak kawan baik Dania bagi. Dia buat sendiri. Sedap juga rasanya. Mooncake ni tak boleh beli sebarangan. Kalau Purple Cane ada halal ni boleh la kita yang muslim ni mencuba...

    BalasPadam
  2. 6 tea in one? bestnyaa.. boleh la rasa.. selalunyaa mooncake ni mcm ragu2 nak beli kan... and available dekat Penang juga.. yes! balik kerja boleh singgah beli

    BalasPadam
  3. Sedapnya kek bulan. Teh dia tu padu😍 LH pernah makan kek yang rupa macam kek bulan ni dari kedai dua ringgit. Tak taulah betul ke tak tu kek bulan 🤣

    BalasPadam
  4. Yaya suka juga makan mooncake ni. Tapi itu lah kena cari yang halal. Suka yang lotus dengan egg yolk. Ni mooncake rasa teh macam unik pula. Boleh la beli online.

    BalasPadam
  5. comel goldfish tea biscuit! sayang pulak nak makan. hahaha. feeq yang hantu mooncake. semua jenis dia makan. hahaha. bila nak umum pemenang contest kat IG? hehehe

    BalasPadam
  6. comel mooncake dia berwarna-warni gitu. yg penting halal :)

    BalasPadam
  7. Wow!!!!!! Sedap nyer tengok moon cakes 🥮 jename Purple Cane Tea. I love moon cakes.

    BalasPadam
  8. Something in common, childhood xperience. 3-10 y/o madam B stay di KCH follow famili. Di sanalah kenal kek bulan ..yup wajib ada time CNY. Seriously, not easy jumpa HALAL one thatime. Lucky now, syukur boleh rasa versi Halal Alhamdulilah boleh makan tanpa ragu. InsyaAllah nak try this one. Ps. I love moon cake.

    BalasPadam
  9. Ikutkan memang kuih bulan tu makan dalam potongan kecil lagi nikmat rasanya..sebab dia bukan kek.. dulu nak makan nenek cina Sis buat, tiap tahun tak pernah miss, ye laa nak beli pun mahal...cuma rezeki sejak jadi media ni, selalu dapat free dari pihak hotel, puas juga makan kuih bulan tahun ni...

    BalasPadam
  10. Rawlins sedari kecil memang makan mooncake sebab arwah nenek chinese. But now dah kena makan yang halal - maka makin suka sebab makin banyak mooncake halal now. Thanks Ruby sebab share pasal Purple Cane nie

    BalasPadam
  11. Lagi yakin sy kalau tengok produk2 ada kelulusan Jakim ni. Risau dan tk makan kalau tak lepas halal ni. Lagi2 musim dia sekarang mmg femes mooncakes, nak dptkan satu jugak la nk merasa

    BalasPadam
  12. Cantik mooncake dari Purple Cane ni.. Tak sabarnya nak menikmati mooncake sedap ni sambil minum teh and tengok bulan purnama paling cantik in the year!

    BalasPadam
  13. Sebenarnya sepanjang nad hidup tak pernh lagi rasa mooncake ni tau.. Hahaha.. Kesian kan.. Tak tau nak cakp sedp ke tak.. Tapi tengok ni ade macam2 perisa.. Rasa nak cuba pulak..

    BalasPadam
  14. Cantik dan berwarna warni mooncake tu semua. Sesuai nk dijadikan hadiah. Yang penting halal. Boleh makan tanpa was was. Harga pun reasonable.

    BalasPadam
  15. Kak dah pernah mkn mooncake ni, byk perisa, kak suka yg ada telur masin sedap gak

    BalasPadam
  16. Alaaa tak sempat nak join giveaway tu..huhuhu..teh tarik kurang manis mooncakes tu macam sedap aje..ade jugak yg demam2 drive pergi midvalley southkey ni kang 😂

    BalasPadam
  17. wahhh mcm mcm jenis ya mooncake. kalau dekat ofis dlu mooncake ni sampai tak termakan sebab banyak sgt hee

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !