Xiaomi Mi Band 5 Wrist Strap RM 1.30 Dan Ada Pelbagai Warna!

Xiaomi Mi Band 5 Wrist Strap RM 1.30 Dan Ada Pelbagai Warna!

Ruby
17

Xiaomi Mi Band 5 Wrist Strap RM 1.30 Dan Ada Pelbagai Warna! Assalammualaikum semua! Hari ni nak kongsikan apa Ruby beli dan sudah terima parcel. Hehehe. Jika korang masih ingat lagi artikel Ruby beli Xiaomi Mi Band 5 baru-baru ini. Kali ini Ruby nak kongsikan di mana Ruby beli Wrist Strap atau nak panggil tali jam kesihatan Mi Band 5 pun ok. Terdetik hati nak beli sebab sudah sedia maklum bahawa Xiaomi sentiasa menyediakan pilihan kepada pengguna gadget mereka. Jadi, dalam nak memilih beberapa strap, jadi rambang mata untuk pilih. Maka, Ruby beli semua! Why not kan?

Xiaomi Mi Band 5 Wrist Strap RM 1.30 Dan Ada Pelbagai Warna! 

Mi Band 5 ni Ruby dah ada strap warna hitam dan pink. Ini adalah strap asli dari kotak. Memandangkan sekarang ni suka aksesori sama warna dengan bag, kasut dan pakaian. Ruby window shopping dalam Shopee pada 17 Julai 2020. Jumpa kedai ma5734.my. Jual banyak aksesori Mi Band dan telefon pintar Xiaomi. Ruby tidak melepaskan peluang! Terus pilih warna dan checkout. Bayar terus. Tadaaaaa..


Dah alang-alang beli wrist strap, screen protector pun Ruby beli sekali. Hahaha. Okay la tu. 5 keping screen protector RM 2.39 sahaja! Boleh la praktis pasang, kalau tak jadi atau tak kemas. Buka screen protector yang baharu pula. Hehe. 

Lihatlah hasil Ruby membeli-belah di Shopee. 11 warna strap Mi Band 5 dan screen protector selamat tiba pada 25 Julai 2020. Bungkusan siap ada bubble wrap. Bila dah dapat ni, jom lah kita pakai. Hehehe. Percubaan nak pakai screen protector tu sampai tiga kali ya. Sebabnya, satu dah terkena cap jari, kedua, terkena kuku. Sensitif betul plastik tu. Haha. Kali ke tiga, baru lah jadi! Kemas aje plastik tu terletak dekat bahagian hadapan jam kesihatan itu. 

Dah siap! Bukan senang ya pakai screen protector. Percubaan kali ke tiga baru jadi. Hahaha. So, mood nak pakai wrist strap warna kuning pula. Cantikkan? Hehe.. Harap informasi ringkas ini bermanfaat! Kalau korang mencari jam kesihatan yang sangat affordable. Cari Mi Band tau. Selamat membeli-belah! 
Tags

Catat Ulasan

17Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Memang bagus dan versatile mi band 5 ni. Wow...harga strap RM1.30 ni memang murah lar.

    BalasPadam
  2. cantiknyaaaa banyak banyak colourr! yang pentinggg boleh tukar2 strap dia ikut tema outfit. barulah matching matching! hehehe murah sangat pulak tuuu.

    BalasPadam
  3. Mereka yang ada produk ni mesti suka boleh tukar tukar warna wrist band. Harga pun murah bole beli banyak. Beli tujuh warna pun ok tukar tiap2 hari.

    BalasPadam
  4. Pretty colors. Harga dia pun quite affordable ya. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  5. dah lama dah teringin nak beli mi bad ni. sebab boleh tukar2 strap. heheh. nantilah kalau ada rezeki lebih beli jam ni untuk tambahkan koleksi jam tangan

    BalasPadam
  6. Wahhh nampak menarik dan cantik dalh Xiaomi MI Band 5 wrist strap ni hehehe boleh tukar warna ikut mood kita lah bestnya hehehehe kita tak suka pakai macam jam tangan apa tah lagi wrist strap ni tak tahu lah hehehehe...

    BalasPadam
  7. Wahhh banyaknye borong. Mcm suami ena pon suka. Haha bab nak tampal screen protector tu mmg kena sabar. Tgk suami xjadi terpaksa beli lagi. 😂😂😂

    BalasPadam
  8. wahhh dah ada banyak warna dah strap Mi band sekarang ni. Dulu ada basic colour je. Siap ada screen protector pulak tu. kita punya dah bercalar haha

    BalasPadam
  9. Serious la RM1.30 sis Ruby... Ini murah ni! Memang tak boleh ketinggalan ni kan kan kannnn... Warna pun cantik, menarik the bomb gitu... Nak cekidaut lah jap lagi...

    BalasPadam
  10. Ruby tau tak...oo tak tau seba Sis baru nak cite ni hahaha...
    Sis punya duk tersimpan je dalam kotak tak pakai, sebabnya beli konon nak pakai Huawei hrtu hahahaha, sekali TERbeli iphone...tu yang duk diam je tak pakai..ingat nak buat giveaway laaa...

    BalasPadam
  11. Alamak.comelnya warna dia.. murah plak tu.. kalau ada mi band bolehlah beli

    BalasPadam
  12. Seriusla murh betul 1.30..nakniuga beli jam kesihatan macam ni.. Tq ruby. Bokehbusha kedai tu jam. Macam2 warna erk. Rasa nak borong mcm ruby juga.. Haaha

    BalasPadam
  13. amboi.. nampak gayanya. hari-hari la tukar wrist strap ni nak padankan dengan tudung dan baju. Baru lah bergaya ketika workout nanti

    BalasPadam
  14. Wah. Borong byk terus sis ni. Meh nk satu 😅. Cantik jugak wrist Mi ni. Nampak kemas. Alang2 mmg guna hp Mi ni kan.

    BalasPadam
  15. Menariknya kaler2 wristband xiaomi ni. Berkenan sungguh la kita. Nak beli juga ni sbb nak start exercise. Haha nak jaga heartbeat

    BalasPadam
  16. murahnya harga. nanti boleh beli jugak. thanks sbbs hare :)

    BalasPadam
  17. Wah best nyer boleh tukar warna and tukar strap hari hari and price pun sangat affordable.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !