Soft Black Lacquer Ruark Audio R1 Mk3

Soft Black Lacquer Ruark Audio R1 Mk3

Ruby
16

Soft Black Lacquer Ruark Audio R1 Mk3 | Assalammualaikum semua! Hari ni Ruby ada berita gembira ingin kongsikan dengan anda. Dalam masa yang sama, Ruby ingin buka kotak bersama-sama anda dan kongsikan apa yang menarik tentang Ruark Audio R1 Mk3. Jika anda baca penulisan blog Ruby tentang Ruark Audio, pasti mengetahui bahawa jenama ini sudah memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini 2020. Teruja! 

Soft Black Lacquer Ruark Audio R1 Mk3


Alhamdulillah Ruby telah memenangi Ruark Audio R1 Mk3 melalui peraduan media di platform media sosial facebook. Terima kasih buat semua yang beri response positif tentang jenama ini. Ramai terpesona dengan R3, R5 dan R7, sesuai untuk dekorasi di dalam rumah dan pejabat. Ruby pun dah tanam impian untuk memiliki R7. Hahaha. Suami Ruby masa dengar harga, dia cakap "biar betul?!". Nak yakin kan dia, Ruby mesti buktikan Ruark Audio ni memang "the best". Jadi, Ruby join peraduan dan berdoa moga-moga menang. Sebab bab audio ni susah nak terjemahkan dengan kata-kata. Maka, mesti usaha memiliki R1. R1 ni pun sudah bernilai RM 1,399 tau. 

Model R1 Mk3 yang Ruby menangi adalah warna Soft Black Lacquer. Ia lebih kepada rekaan modern. Jika warna kegemaran ramai adalah Rich Walnut Veneer dan Soft White Lacquer yang mudah disuaipadankan dengan apa sahaja tema kediaman. Tetapi untuk Soft Black Lacquer pula sesuai untuk konsep kediaman minimalist, hitam, putih, kelabu dan pastel. Boleh dikatakan apa sahaja model ruark audio pasti sesuai untuk semua jenis kediaman. Speechless dengan kecantikan Ruark Audio ni. Hahaha.

Ruark Audio R1 Mk3


Pengkritik telah menyebut R1 sebagai 'radio Aston Martin DAB' satu penyataan yang amat membanggakan. Sangat cantik, R1 sangat sesuai untuk dekorasi rumah. Sama ada di dapur, ruang tamu, di bilik tidur, teman Yoga atau di pejabat. Ia amat sempurna. Apa yang paling penting, jika anda menyukai muzik dan radio, maka R1 adalah teman akrab. 

Setelah Ruby buka kotak dan pasang R1 di rumah, nampak wajah suami teruja. "Hey ni ke bunyi audio dia? Lain dari yang lain". Rasa terbuai-buai dengan semua lagu yang Ruby pasang. Telinga selesa mendengar bait-bait lirik dan rentak muzik. Kemudian kami buka Spotify dan pasang nasyid selawat malam raya Aidil Adha. Subhanallah sedap sangat bunyi dari Ruark Audio. Rasa nak menangis dengar syahdu sungguh Zikir Hasbi Rabbi dan Ya Rabbana' Tarafna. Macam ni nikmat dengar Ruark Audio rupanya. Hahaha. Ayuh menabung untuk R7!! 💪💪💪


Spesifikasi Ruark Audio R1 Mk3


✅ DAB, DAB+ & FM Tuner dengan RDS
✅ Penerima audio Bluetooth terbina di dalam
✅ Paparan OLED kontras tinggi
✅ Port caj USB (5V 1.0A) telefon pintar
✅ Kualiti bunyi kelas terkemuka
✅ Input talian 3.5mm yang boleh ditukar untuk menyambungkan peranti audio lain
✅ Input headphones 3.5mm
✅ Antenna (Aerial) Teleskopik yang boleh ditanggalkan dengan penyambung jenis-F
✅ Sistem penggera dwi mudah digunakan
✅ Audio suara yang boleh di laras
✅ Pek bateri pilihan (BackPack) untuk mudah dibawa kemana-mana.
✅ Berat 1.8kg dengan dimensi H170 × W130 × D135mm
✅ Adapter punca kuasa 100-240VAC, 50-60Hz input, 14VDC 1.5A output.
✅ Klik intuitif untuk memilih sistem kawalan RotoDial
✅ Tiga kemasan yang menarik
🎉 Rick Walnut Veneer
🎉 Soft Black Lacquer
🎉 Soft White Lacquer

Dapatkan Ruark Audio Sekarang!

✅ Atlas Sound & Vision Malaysia (Ruark Experience Center) di The Gardens Mall
✅ MAC Studio di BB Plaza KL & Bangsar Shopping Centre (BSC)
✅ Flash Gadgets Sunway Pyramid
✅ Shopee
✅ Lazada


Tags

Catat Ulasan

16Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. eeeeeeeee Rubyyy! cantiknyaaaaaaaa design dia! kalo memang syok bunyi dia, memang tak rugi melabur ha...sebab kualitinya dah confirm terbaik!

    BalasPadam
  2. Wowww Tahniah tahniah tahniah Ruby. Suka yang soft white tu. Nanti boleh la try usha produk ni..

    BalasPadam
  3. This radio look so cute and retro chic. Congratulations on winning it.

    BalasPadam
  4. Tahniah! Desin R1 tu serius cantik. Kalau nikmat mendengar tu dah tahap tertinggi, memang berbaloi dgn harga tu.

    BalasPadam
  5. Wahhhh menang R1 pun dah cukup happy dah! Tahniah sis Ruby berjaya dapat idaman hati. Syok la dengar lagu lepasni hihi

    BalasPadam
  6. alahai comelnya, minimalis sangat design tu. sesuai la letak dalam bilik sebelah meja kerja BBL ni

    BalasPadam
  7. Tahniah ruby, bgusla, join smpai menang. Cantik design dia. Klasik. Kalau sound dia best, nak dgr apa pun mesti best erk.. Nice

    BalasPadam
  8. Cantek !! Suka tengok. Nampak gaya vintag pun ya juga.. sesuai utk deko2

    BalasPadam
  9. Memang cantik sangat design. Bertuah dapat menang Ruark Audio R1 Mk3. Design lain yg ruby tunjuk aritu pon cantik belaka. Berbaloi simpan duit

    BalasPadam
  10. Tahniah! Nampak comel je produk ini mudah diletak di mana mana. Mesti hari hari Ruby dengar muzik dirumah ni.. tentu bergema macam berada dalam studio kan?

    BalasPadam
  11. comel juga produk ni ya, mudahla nak letak di aman2 ruang rumah

    BalasPadam
  12. Geram plak nengok model audio dia, cute gilee..letak di celah dapo tentu ngam ni...tahniah Ruby, lepas ni sambil masak sambil dengar lagu ek...

    BalasPadam
  13. Tahniah sis ruby..
    Comelnya..
    Memang cantik je bila diletakkan sebagai salah satu hiasan dirumah ni kan..
    Kita pun terpesona tengoknya.

    BalasPadam
  14. Comel dan nampak elegant pun ada. Kalau ada satu di rumah pun macam menarik juga. Eh, terminat pulak dengan produk ni.

    BalasPadam
  15. wowww.. sukanya benda-benda macam ni.. geram pulak tengokk.. mula la nak cari jugak.. hahaha.. tahniah Ruby sebab menang contest ni.. mesti syok dapat hadiah best ni

    BalasPadam
  16. Org lelaki mmglah suka benda2 mcm ni, tahniag mng lucky draw Ruark Audio R1 Mk3

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !