Jom Tuntut RM 50 ePENJANA Di TNG eWallet Atau GRABPay

Jom Tuntut RM 50 ePENJANA Di TNG eWallet Atau GRABPay

Ruby
0
Hai Assalammualaikum semua. Salam Aidil Adha! Pasti ramai yang pulang ke kampung atau bercuti pada ketika ini. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dimaklumkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia. Beliau telah memaklumkan Kerajaan memperkenalkan PELAN JANA 
SEMULA EKONOMI NEGARA atau secara ringkasnya PENJANA dengan tema 
“Bersama Menjana Ekonomi”.

Jom Tuntut RM 50 ePENJANA Di TNG eWallet Atau GRABPay

Di bawah PENJANA, Kerajaan telah mengenalpasti 3 teras utama iaitu:

✅ Pertama: Memperkasakan Rakyat (Empower People);
✅ Kedua: Melonjakkan Perniagaan (Propel businesses); dan
✅ Ketiga: Merangsang Ekonomi (Stimulate the economy)

Secara keseluruhan, terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah PENJANA. Salah satunya adalah hari ini. RM 50 untuk Rakyat Malaysia melalui aplikasi e-Wallet pilihan korang. 31 Julai 2020, hari Jumaat dan semasa sambutan Hari Raya Aidil Adha seluruh rakyat Malaysia boleh menuntut RM 50. Macam dapat duit raya! Hahaha. Ruby nak kongsikan cara Ruby dapatkan wang tersebut. Guna TNG eWallet dan GRABPay. Semoga bermanfaat!


ePENJANA Melalui TNG eWallet

Jam 2.30 pagi saje la tengok TNG eWallet sebab nak topup. Ruby sekeluarga sedang bersiap-siap nak pulang ke kampung. Jadi, sedang nak menambah nilai TNG. Sambil tu, kita cuba menuntut RM 50 ePENJANA. Hahaha. Nampaknya jam 8 pagi baru tersedia untuk dituntut. Kami pun bertolak pulang ke kampung sekitar jam 5.30 pagi. Sampai di kampung di Perak sekitar jam 8.30 pagi. Alhamdulillah. 


Pada jam 8.50 pagi, Ruby cuba untuk tuntut RM 50 ePENJANA. Ada dua perkara kita perlu lakukan. Mendaftar dan mengesahkan butiran lengkap peribadi di beberapa aplikasi. Diantara aplikasi yang boleh menebut RM 50 ePENJANA adalah TNG eWallet, GRABPay, dan Boost. Lagi satu, aplikasi wajib adalah Aplikasj Pengesan Kontak COVID-19 MySejahtera. Apabila dua-dua akaun ini sudah di sahkan dan gambar kad pengenalan sudah dimuatnaik. Pihak TNG akan mengambil masa selama 3 hari untuk semak permohonan korang. 


Walaupun proses untuk menuntut RM 50 dari ePENJANA mengambil masa 3 hari. Ruby telah menerima RM 50 itu pada jam 11.59 tengahari. Sangat pantas kan?
 
ePENJANA Melalui GRABPay

Ketika RM 50 dari ePENJANA mula boleh dituntut. Ada dua aplikasi Ruby cuba untuk menebus, ini kerana dua aplikasi ini paling kerap Ruby guna. Kalau salah satu akaun ini menerima RM 50, memang Ruby akan happy la. Hahaha. 

Berlainan dengan TNG eWallet, GRABPay mengambil masa lebih lama iaitu 5 hari untuk menyemak permohonan RM 50 ePENJANA. Mungkin mereka ingin melihat setiap permohonan sama ada sudah menuntut dari aplikasi lain. Akan tetapi, jika tiada masalah atau tiada permohonan berganda. GRABPay akan masukkan wang ke dalam eWallet anda dalam kadar segera. Hehe. Adik Ruby menuntut RM 50 ePENJANA hanya di satu aplikasi iaitu GRABPay. Maka, prosesnya jadi cepat. 

Kemaskini Akaun MySejahtera

Seperti korang sedia maklum, aplikasi MySejahtera lebih sesuai digunakan ketika musim Pandemik COVID-19. Di dalam aplikasi tersebut terdapat informasi kesihatan pengguna seperti kita. Kita boleh ambil tahun tentang situasi semasa tentang kes COVID-19. Malah ada tips penjagaan kesihatan. 

Tempoh memohon RM50 kredit ePENJANA adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020, manakala tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020. Terima kasih Kerajaan Malaysia! Duit Raya Aidil Adha. Alhamdulillah.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !