Soft Black Lacquer Ruark Audio R1 Mk3


Assalammualaikum semua! Hari ni Ruby ada berita gembira ingin kongsikan dengan anda. Dalam masa yang sama, Ruby ingin buka kotak bersama-sama anda dan kongsikan apa yang menarik tentang Ruark Audio R1 Mk3. Jika anda baca penulisan blog Ruby tentang Ruark Audio, pasti mengetahui bahawa jenama ini sudah memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini 2020. Teruja! 

Soft Black Lacquer Ruark Audio R1 Mk3

Alhamdulillah Ruby telah memenangi Ruark Audio R1 Mk3 melalui peraduan media di platform media sosial facebook. Terima kasih buat semua yang beri response positif tentang jenama ini. Ramai terpesona dengan R3, R5 dan R7, sesuai untuk dekorasi di dalam rumah dan pejabat. Ruby pun dah tanam impian untuk memiliki R7. Hahaha. Suami Ruby masa dengar harga, dia cakap "biar betul?!". Nak yakin kan dia, Ruby mesti buktikan Ruark Audio ni memang "the best". Jadi, Ruby join peraduan dan berdoa moga-moga menang. Sebab bab audio ni susah nak terjemahkan dengan kata-kata. Maka, mesti usaha memiliki R1. R1 ni pun sudah bernilai RM 1,399 tau. 

Model R1 Mk3 yang Ruby menangi adalah warna Soft Black Lacquer. Ia lebih kepada rekaan modern. Jika warna kegemaran ramai adalah Rich Walnut Veneer dan Soft White Lacquer yang mudah disuaipadankan dengan apa sahaja tema kediaman. Tetapi untuk Soft Black Lacquer pula sesuai untuk konsep kediaman minimalist, hitam, putih, kelabu dan pastel. Boleh dikatakan apa sahaja model ruark audio pasti sesuai untuk semua jenis kediaman. Speechless dengan kecantikan Ruark Audio ni. Hahaha.

Ruark Audio R1 Mk3

Pengkritik telah menyebut R1 sebagai 'radio Aston Martin DAB' satu penyataan yang amat membanggakan. Sangat cantik, R1 sangat sesuai untuk dekorasi rumah. Sama ada di dapur, ruang tamu, di bilik tidur, teman Yoga atau di pejabat. Ia amat sempurna. Apa yang paling penting, jika anda menyukai muzik dan radio, maka R1 adalah teman akrab. 

Setelah Ruby buka kotak dan pasang R1 di rumah, nampak wajah suami teruja. "Hey ni ke bunyi audio dia? Lain dari yang lain". Rasa terbuai-buai dengan semua lagu yang Ruby pasang. Telinga selesa mendengar bait-bait lirik dan rentak muzik. Kemudian kami buka Spotify dan pasang nasyid selawat malam raya Aidil Adha. Subhanallah sedap sangat bunyi dari Ruark Audio. Rasa nak menangis dengar syahdu sungguh Zikir Hasbi Rabbi dan Ya Rabbana' Tarafna. Macam ni nikmat dengar Ruark Audio rupanya. Hahaha. Ayuh menabung untuk R7!! ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช


Spesifikasi Ruark Audio R1 Mk3

✅ DAB, DAB+ & FM Tuner dengan RDS
✅ Penerima audio Bluetooth terbina di dalam
✅ Paparan OLED kontras tinggi
✅ Port caj USB (5V 1.0A) telefon pintar
✅ Kualiti bunyi kelas terkemuka
✅ Input talian 3.5mm yang boleh ditukar untuk menyambungkan peranti audio lain
✅ Input headphones 3.5mm
✅ Antenna (Aerial) Teleskopik yang boleh ditanggalkan dengan penyambung jenis-F
✅ Sistem penggera dwi mudah digunakan
✅ Audio suara yang boleh di laras
✅ Pek bateri pilihan (BackPack) untuk mudah dibawa kemana-mana.
✅ Berat 1.8kg dengan dimensi H170 × W130 × D135mm
✅ Adapter punca kuasa 100-240VAC, 50-60Hz input, 14VDC 1.5A output.
✅ Klik intuitif untuk memilih sistem kawalan RotoDial
✅ Tiga kemasan yang menarik
๐ŸŽ‰ Rick Walnut Veneer
๐ŸŽ‰ Soft Black Lacquer
๐ŸŽ‰ Soft White Lacquer

Dapatkan Ruark Audio Sekarang!

✅ Atlas Sound & Vision Malaysia (Ruark Experience Center) di The Gardens Mall
✅ MAC Studio di BB Plaza KL & Bangsar Shopping Centre (BSC)
✅ Flash Gadgets Sunway Pyramid
✅ Shopee
✅ Lazada


Catat Komen

0 Ulasan