Marrybrown Berbaloi Puasa Family Meals RM 49.90 Jer!

Marrybrown Berbaloi Puasa Family Meals RM 49.90 Jer!

Ruby
8

MarrybrownPuasa Family Meals RM 49.90 Jer! | Assalamualaikum semua! Salam Ramadan! Sekejap je dah hari ke 15 kita sudah berpuasa. Dalam masa ini, pasti ada satu hari kita sebagai ibu-ibu ingin gantung kuali kan? Hehehe. Ruby pertama kali mencuba makan dari restoran Marrybrown. Sebab tertarik dengan promosi Berbaloi Puasa Family Meals B. Ayam total 7 ketul. Mana nak dapat dengan harga macam tu kan.

Marrybrown Berbaloi Puasa Family Meals RM 49.90 Jer!


Di dalam promosi ini terdapat 3 jenis set. Ada set Berbaloi A, set Berbaloi B dan set Berbaloi C. Kesemuanya amat berbaloi-baloi. Jadi Ruby ingin kongsikan dengan korang, apa yang Ruby dapat. 


Ini adalah kali pertama Ruby mencuba Marrybrown. Iya benar, tidak pernah makan Marrybrown sepanjang hidup ku. Ternyata makanan yang disediakan amat sedap. Sesuai dengan selera kami. Nasi Lemak MB adalah kombinasi yang sangat enak. Sambalnya memang sesuai pedas-pedas manis. Kacang rangup dan banyak! Timun tiga keping, ayam pula boleh pilih mahu yang pedas atau original. Apa yang lebih menarik adalah nasi lemak MB ni adalah nasinya seperti nasi ayam. Wangi! Kemudian ditambah lagi 5 ketul ayam MB. Adududududu. Kenyang berbuka puasa! Berbaloi-baloi!

Pelbagai Cara Pembelian Marrybrown 


Pada mulanya Ruby nak membeli dari GRABFOOD. Cuma ketika itu cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Maka, aplikasi GRAB tidak tersedia untuk penghantaran. Maka, Ruby pun memandu ke Marrybrown cawangan terdekat iaitu Melawati Mall. Cawangan ini mengamalkan cara pesananan di kaunter hadapan dan kita terus pilih menu yang diinginkan. Mudah sangat!

Promosi Marrybrown Berbaloi Puasa


Jom, Ruby kongsikan promosi lain dari Marrybrown. Confirm korang rambang mata untuk pilih.

MB Berbaloi Puasa : Family Meals

Family Meals ini menjadi pilihan bagi anda yang tinggal bersama keluarga macam Ruby. Macam yang Ruby pilih adalah Berbaloi B. 3 set tersedia untuk anda beli terus dari restoran Marrybrown berdekatan atau melalui MBDelivery, GRABFOOD dan FOODPANDA. 

Terdapat 3 set iaitu :

• Berbaloi A (2 – 3 pax) – Harga dari RM24.90 

1) 4 pcs MB Crispy Chicken
2) 6 pcs Chicken Nuggets
3) 1 Cheesy Wedges
4) 1 French Fries (L)
5) 2 Coca Cola (R)

• Berbaloi B (5 – 6 pax) – Harga dari RM49.90

1) 5 pcs MB Crispy Chicken (campur original dan spicy)
2) 12 pcs MB Chicken Nuggets
3) 2 set Nasi Lemak MB (dalam ni pun ada ayam tau)
4) 1 Cheesy Wedges
5) 2 French Fries (L)
6) 1 botol 1.5 L Coca-Cola

• Berbaloi C (8 – 10 pax) – Harga dari RM79.90

1) 6 pcs MB Crispy Chicken (campur original dan spicy)
2) 12 pcs MB Chicken Nuggets
3) 4 set Nasi Lemak MB (dalam ni pun ada ayam tau)
4) 1 Cheesy Wedges
5) 2 French Fries (L)
6) 1 Vegetables Salad (L)
7) 1 botol 1.5 L Coca-Cola


MB Berbaloi Puasa : BUY 1 FREE 1


Promosi ini hanya boleh didapati di restoran Marrybrown sahaja. Tiada di MBDelivery, GRABFOOD & FOODPANDA. Buy 1 Free 1 hanya untuk menu terpilih dari senarai Marrybrown
bestsellers iaitu :

• Bubur Ayam MB
• Cheesy Wedges
• 6 pcs Chicken Nuggets
• Chicken Sausage Burger
• Mushroom Soup

Setiap pembelian, limit untuk 3 menu sahaja dalam satu transaksi. 



MB Berbaloi Puasa : Istimewa Ramadan 


Istimewa Ramadan hanya tersedia untuk pesanan penghantaran sahaja melalui MBDelivery, FOODPANDA & GRABFOOD. Anda akan dapat 2 MB Combo Meals bersama minuman dengan hanya bernilai RM20 sahaja. Murah kan?

Seleksi Menu adalah : 
• Nasi Lemak MB Combo x2 @RM20 
• MB Hotouch Burger Combo x2 @RM20
• MB Lucky Plate Combo x2 @RM22


Promosi Marrybrown bermula 29 April 2020 sehingga 23 Mei 2020. Dapatkan set pilihan anda sekarang!

Tags

Catat Ulasan

8Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. lama btul tk mkn ayam marry brown..ni ada byk pakej berbaloi ,bole la beli utk berbuka puasa nanti...tq for sharing

    BalasPadam
  2. Dah masuk dalam list untuk esok, sebab hrni dah ada menu lain...kawan pun tunjuk dalam group dia beli, berbaloi gile banyak dan muai...aishh tak sabarnya...

    BalasPadam
  3. Dah tergoda ni..time promosi ni berbaloi beli buat buka puasa..raikan anak-anak.

    BalasPadam
  4. Dah lama tak makan MB. Murah berbaloi-baloi pakej MB yang baru ni. Pasni dah plan nak cuti masak nak berbuka puasa dengan MB

    BalasPadam
  5. terliur betul tengok tapi area sini tak cover delivery. lama tak makan marrybrown sedapnyaaa

    BalasPadam
  6. Memang berbaloi sangat berbuka puasa dengan Marrybrown terutama sekali ambil set B Family tu. Harga murah dan makanan pun banyak. Eh memang tak rugi lah kalau order.

    BalasPadam
  7. Memang berbaloi-baloi promosi ramadhan dari marrybrown ni. iena pun grab promosi ni juga pergi take away dekat marrybrown melawati mall

    BalasPadam
  8. Setiap tahun, berbuka dgn menu Marrybrown pasti ada dalam list. Tahun ni lebih banyak masak di rumah. Tapi rasanya nak kena cuba gak promo yang ni

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !