Kedai Rasmi Naelofar Kini Di Shopee


Kedai Rasmi Naelofar Kini Di Shopee. Buat julung kalinya Naelofar akan berada di aplikasi e-dagang Shopee. Siapa teruja? Semestinya kita lah kan. Peminat Neelofa dan wanita berhijab. Perkembangan jenama Naelofar sentiasa menjadi ikutan. Malah tiap kali pelancarannya, pasti menjadi acara yang kita semua ingin sertai. Rekaan segar, sesuai dengan trend semasa dan mudah untuk digayakan. Penglibatan selebriti Neelofa juga memainkan peranan apabila beliau sendiri membantu para muslimah dengan mengajar tutorial bagaimana menggayakan hijab Naelofar. Neelofa sendiri tahu menggunakan platform media sosial yang sedia ada. Ikon fesyen ini tidak pernah berdiam diri. Pasti ada sesuatu untuk kita semua. 

Kedai Rasmi Naelofar Kini Di Shopee

Melangkah lebih jauh, Naelofar memperluas jangkauan digital. Tidak asing dalam dunia hijab, selebriti dan usahawan tersohor, Neelofa meneruskan usahanya dalam memperkasakan wanita dengan mengambil satu lagi keputusan besar iaitu memperluaskan empayar digitalnya. Tidak terganggu oleh krisis semasa, beliau telah memutuskan untuk membawa jenama pakaian sopan Naelofar yang disukai ramai ke Shopee, platform e-dagang no.1 Malaysia dalam usaha untuk tetap setia pada janji jenamanya untuk 'Go Far'.

Melancarkan kedai di Shopee merupakan satu lagi kejayaan bagi Neelofa dalam usaha beliau memperluas jejak digitalnya, berikutan perkembangan globalnya ke Singapura, Indonesia, Dubai, Jerman, UK dan AS.

Neelofa, Pengasas Naelofar berkongsi bahawa kerjasama jenama ini dengan Shopee tidak harus terbatas pada pasaran tempatan kerana Shopee boleh didapati di enam buah negara lain, tetapi akan melakukan perkara seterusnya satu langkah pada satu masa.
Pelancaran ini juga dikatakan tepat pada masanya kerana seluruh industri runcit perlu mengubah corak pemikiran dan bersifat tangkas demi menyesuaikan diri dengan perubahan yang disebabkan oleh penularan Covid-19.


Neelofa berkata, “Sebagai pemilik perniagaan, kami memiliki dua pilihan - a) tunggu dan lihat atau b) perhati, lakukan perubahan yang sewajarnya dan bertindak secara positif terhadap persekitaran kami. Kami memilih untuk melakukan perkara yang kedua dengan membuka peluang baharu dan memperluas saluran penjualan melalui kerjasama kami dengan Shopee. Tidak ada apa-apa yang akan menghalang Naelofar daripada menepati janji kami kepada wanita ketika kami berusaha untuk melahirkan perbezaan dalam hidup mereka dengan memperkasakan mereka dan memberikan keyakinan pada paras rupa mereka sendiri."

"Saya tetap tabah dan optimis secara berhati-hati dalam pada kami terus melancarkan pelbagai strategi dan pelan mitigasi. Memandangkan keadaan semasa dan bagaimana pengguna yang muda dan muda di hati kini beralih kepada pembelian atas talian untuk memenuhi keperluan runcit mereka, adalah baik untuk kami memanfaatkan kerancakan dan pangkalan pengguna Shopee bagi memasarkan Koleksi Raya istimewa kami di seluruh negara. Secara utamanya, sebagai pemilik perniagaan, kepentingan saya juga adalah untuk melindungi kebajikan pekerja saya sementara kami terus menilai pasaran untuk peluang yang ada,” tambah Neelofa.

Koleksi Hijab Terkini Naelofar Sempena Aidilfitri


Kedai Rasmi Naelofar di Shopee mempunyai rangkaian tudung yang direka dengan baik dan berpatutan untuk memenuhi setiap pilihan pengguna. Pengguna Shopee boleh mendapatkan hijab yang paling laris oleh jenama ini di kedai termasuk Sport Stretch - Sport Hijab, Go Far Moda, Bell - Instant Shawl, Sofis - Printed Square, Lorea - Printed Square dan Elle - Printed Square.



Selain itu, peminat pastinya teruja untuk mendapatkan Koleksi Raya 2020 jenama ini, yang terdiri daripada rangkaian Raya Printed yang diinspirasikan oleh corak bunga (Elle, Sofis, Lorea) dan rangkaian Raya Solid (Aisa, Bell, Delika) yang dihias dengan Swarovski.


Neelofa Sebagai Shopee Celebrity Squad


Dengan pelancaran kedai rasmi Naelofar di Shopee, Neelofa kini menyertai barisan selebriti lain di Shopee Celebrity Squad. Dilancarkan pada bulan Mei 2018, Shopee Celebrity Squad merupakan platform bagi selebriti untuk mempromosikan dan menjual produk mereka yang direka khas kepada peminat dan pengguna Shopee. Sehingga kini, ia telah menarik lebih daripada 50 selebriti dengan bilangan yang semakin bertambah, termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Nora Danish, Dato’ AC Mizal, Jane Chuck dan Amy Search.



LIVE Pelancaran Kedai Rasmi Naelofar & Tawaran Istimewa


Bersempena pelancaran kedai rasmi Naelofar, pada 11 Mei jam 12 tengah hari, Neelofa akan berinteraksi bersama-sama dengan peminatnya menerusi Shopee Live. Boleh distrim secara langsung dari rumahnya, beliau akan membawa penonton untuk melihat almarinya, memberikan tutorial hijab, mempamerkan Koleksi Eid miliknya serta menjawab soalan daripada peminat. Mereka yang menonton berpeluang menikmati tawaran waktu terhad.
Sambutan diteruskan dengan Jualan Raya Naelofar dari 11 hingga 22 Mei di mana peminat dan pengguna Shopee boleh menuntut baucar dari kedai dan menikmati potongan 30% tanpa perbelanjaan minimum, yang dihadkan pada RM30. Layari kedai rasmi Naelofar di Shopee di https://shopee.com.my/naelofar.


"Dalam pada saya meletakkan diri saya dan jenama saya di luar sana sama ada ketika pelancaran kedai di Shopee atau melakukan sesi penstriman langsung bagi membolehkan peminat saya berada lebih dekat dengan saya, adalah harapan saya agar peminat dan pekerja mengetahui bahawa mereka dekat di hati saya. Dengan Shopee, Naelofar juga telah melancarkan beberapa tawaran dan baucar menarik bagi memberikan lebih nilai dan membantu pengguna bersiap sedia untuk Hari Raya yang bermakna. Ini mungkin sedikit awal, tetapi saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua,” kata Neelofa.

Mengenai Naelofar 


Naelofar adalah jenama pakaian muslimah yang diasaskan oleh selebriti dan usahawan terkemuka Malaysia iaitu Cik Neelofa pada tahun 2014. Naelofar jenama yang dipercayai oleh masyarakat kerana pemilihan material tudung berkualiti tinggi dan harga jualan yang berpatutan.


Naelofar mempunyai saluran pengedar yang luas iaitu melalui laman web www.naelofar.com, Isetan KLCC, Luxe Boutique TTDI, SOGO KL, dan lebih dari 500 Stokis Sah di seluruh dunia.  Naelofar adalah jenama pakaian muslimah Malaysia yang terkenal dan telah menembusi pasaran antarabangsa iaitu ke Singapura, Indonesia, Dubai, Jerman, UK dan AS dan banyak lagi.

Di Naelofar, mereka sentiasa menghasilkan tudung cantik dan mudah untuk dipakai.  Janji jenama ini adalah inti pati Naelofar. 'Go Far', adalah janji jenama yang akan digunakan untuk menyampaikan mesej baru ini. Ini menyatakan apa yang boleh dilakukan untuk menarik jiwa pelanggan. Naelofar juga ingin membantu wanita mencapai matlamat mereka, merasa yakin pada diri mereka sendiri dan diperkasakan oleh keputusan mereka untuk memilih pakaian muslimah terkini.

Catat Komen

15 Ulasan

  1. peminat tudung naelofar lpsni lagi senang la nk shopping..tk perlu ke butik sbb dh bole shopping online thru Shopee..nk plak skarang ni pergerakan terhad kn di musim PKP..better shopping online

    BalasPadam
  2. Kekekeke Sis ko dah pun soping untuk raya..Sis amik yang Lavender, tapi takde dalam ni..hehehe maklum lee peminat setia...tak pernah miss dengan design baru..lagi kalau dah masuk Shopee..

    BalasPadam
  3. design cantik2. tahniah naelofar sebab dah masuk shopee. tapi saya rakyat marhaen belum mampu nak beli haha

    BalasPadam
  4. Rawlins suka tengok design dan pilihan warnanya yang lembut tapi bila dipakai dengan power suit, nampak sangat eksklusif dan elegan. Chaiyok Lofa!

    BalasPadam
  5. Cantiknya tudung keluaran baru Naelofar ni heheheh memang ramai lah anak muda yang suka nampak elegent dalam menjaga aurat hehehe ini yang sepatutnya...

    BalasPadam
  6. Cantiknya. Teringin gak nak dapatkan barang satu dua. Boleh le raya ni melaram gan tudung Nelofa. Nanti nk survey lah

    BalasPadam
  7. Alahai cantiknya design dia! Dengan warna pastel, terserlah keanggunannya. Bagus dah masuk Shopee, sangat memudahkan peminat membeli dqn membuat pilihan terbaik.

    BalasPadam
  8. lofa ni kepala hotak dia memang fikirkan kerja-kerja dan kerja. dia ni barulah ikon yang boleh di jadikan contoh

    BalasPadam
  9. Cantek koleksi tudung dia yang ini.. nampak unik lain daripada yang lain

    BalasPadam
  10. She is pretty. And her collection looks nice too. Will share it to my friends.

    BalasPadam
  11. memudahkan.
    tu tipsnya kan dlm bisnes. mudahkan pembelian oleh pembeli.
    shopee ni aneka brg. semua org tertumpu di platform tu.
    sebaiknya la nilofa join dan letak produk dia di situ.
    org mudah beli. dia pun sukses :)
    terbaik nilofa.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah mudah platform semakin diperluaskan. Pula tu sekarang ramai juga artis dan peniaga join shoppee ni. Huda suka tgok neelofa sekarang tau, soft je orangnya

    BalasPadam
  13. Semakin mudah sekarang nak berniaga kan. Artis pun dah ramai menggunakan shopee sebagai platform ecommerce mereka utk kembangkan lagi bisnes masing2..

    BalasPadam
  14. Cantik betul design terbaru koleksi tudung nelofar ni. Sekarang dah ada kat shopee memang makin mudah la acik-acik nak borong tudung nelofar kan. tekan2 tunggu depan pintu haha.

    BalasPadam
  15. wah..baguslah.. lebih meluas pembeli nanti sebab sebelum ni ramai jugak yang tak berapa tahu tentang koleksi dari butik naelofar ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.