Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) Di Malaysia

Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) Di Malaysia

Ruby
12
Coronavirus19 (COVID-19) Di Malaysia. Assalamualaikum semua! Ruby sebenarnya nak buat satu artikel berkenaan COVID-19 ni. Memandangkan ia isu global dan Ruby sentiasa kemaskini berita tentang kes ini melalui video berita antarabngsa, laman web statistik jangkitan, video Youtube negara yang dijangkiti, kemaskini dari Telegram MKN dan laman media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram dan Tik Tok. Ia amat menyedihkan apabila virus ini merebak dengan cepat dan kita tidak sangka ia meragut nyawa ramai orang. Ruby rasa, ini menjadi artikel amat bermanfaat bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia mengharunginya. Penulisan ini dari perspektif Ruby yang bekerja sebagai blogger, isteri, ibu kepada dua orang anak dan kami patuh Perintah Kawalan Pergerakan (18 Mac - 31 Mac 2020) yang di laksanakan oleh kerajaan melalui perutusan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac 2020 8 Malam. Ruby akan kongsikan serba sedikit kes Coronavirus sehingga 20 Mac 2020 dengan anda. Artikel ini sangat panjang. Semoga bermanfaat.

Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) Di Malaysia

Malaysia, negara ini terlalu banyak berita viral. Dari kisah politik, kisah selebriti dan kisah COVID-19. Semuanya trending dibahaskan oleh netizen. Tapi agak lucu apabila netizen tahu tentang semua perkara mengalahkan media yang membuat liputan di lokasi. Ruby juga mengalami kebanjiran "fake news" di Whatsapp Group (WG). Dalam dunia digital begini, WG ada 10. Nak tahu ia group kategori apa? Keluarga Ruby, keluarga suami, keluarga besar sebelah Ruby, keluarga lagi besar sebelah Ruby, sekolah anak, taska anak, kawasan perumahan, bangunan rumah, online media team dan bisnes. Sebagai ahli dalam WG, kita nak tegur semua orang memang tak boleh. Ada yang mudah percaya perkara-perkara yang di forward. So, kita kaji dulu dan barulah forward jika ia sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain.

Berkenaan isu Coronavirus Disease 2019, permulaan ketara di Malaysia adalah sekitar bulan Februari 2020. Pada awal Disember 2019, netizen berdebat tentang Influenza. Ramai mencari vaksin Influenza. Sehingga habis stok di klinik dan hospital swasta. Harga juga meningkat apabila permintaan tinggi. Ada juga netizen berbalah tentang nama Influenza, H1N1 dan SARS. Sebab mereka keliru dengan nama jenis-jenis virus ni. Tiap kali virus ini berevolusi dan bermutasi. Maka ia akan membentuk kepada sesuatu yang baru. Fail nama baru juga akan dicatatkan agar mudah untuk menjalankan kajian. Mungkin untuk mencari antivaksin juga. 

Seterusnya apabila orang ramai sibuk mencari vaksin, muncul masyarakat yang antivaksin. Malah mengutuk tindakan kami yang akur saranan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kekal sihat. Tahukah anda ia satu kelegaan apabila anak-anak kami berjaya mendapatkan vaksin bayi sehingga usia 3 tahun tu? Iya kadang-kadang anak ada demam, selsema, HFMD dan Chicken Pox. Tapi itulah caranya sistem imun anak-anak bertindak. Kita dah vaksin, selebihnya serahkan kepada Allah s.w.t. Betul tak?

Apa itu COVID-19?

Coronavirus Disease (COVID-19) juga dipanggil 2019-nCov dan 2019 Novel Coronavirus. Secara global kita panggil COVID-19 sahaja. Mudah kan? Coronavirus adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti selsema hingga ke penyakit lebih teruk seperti Middle East Respiratory Syndrome-related coronavirus (MERS-CoV) dan Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus (SARS-CoV).

Kronologi COVID-19

Pada 31 Disember 2019, WHO China Country Office dimaklumkan mengenai kes-kes pneumonia etiologi yang tidak diketahui (punca yang tidak diketahui) dikesan di Wuhan City, Provinsi Hubei China. Dari 31 Disember 2019 hingga 3 Januari 2020, sejumlah 44 kes-kes pesakit dengan pneumonia etiologi tidak diketahui dilaporkan kepada WHO oleh pihak berkuasa kebangsaan di China.  Semasa tempoh yang dilaporkan, ejen kausal tidak dikenalpasti.

Pada 11 dan 12 Januari 2020, WHO menerima maklumat terperinci lanjut dari Suruhanjaya Kesihatan Negara China bahawa wabak itu berpunca dari pasar basah Huanan Seafood Wholesale Market di Wuhan City. Di pasar ini menjual haiwan exotic dan kesemuanya dicampur dalam satu tempat yang padat dengan pelbagai hidupan laut dan darat.

Pihak berkuasa China mengenal pasti coronavirus jenis baru, yang diasingkan pada 7 Januari 2020. Pada 12 Januari 2020, China berkongsi urutan genetik coronavirus novel untuk negara-negara lain gunakan dalam membangun kit diagnostik tertentu. Pada 13 Januari 2020, Kementerian Kesihatan Awam, Thailand melaporkan kes pertama daripada Coronavirus (2019-nCoV) yang disahkan oleh makmal dari Wuhan, Wilayah Hubei, China.

Pada 15 Januari 2020, Ministry of Health, Labour and Welfare, Japan (MHLW) melaporkan kes pertama daripada (2019-nCoV) yang telah disahkan oleh makmal  dari Wuhan, Wilayah Hubei, China. Pada 20 Januari 2020, National IHR Focal Point (NFP) untuk Republik Korea melaporkan kes pertama novel Coronavirus di Republik Korea. Sehingga 20 Januari 2020, 282 kes yang disahkan 2019-nCoV telah dilaporkan dari empat negara termasuk China (278 kes), Thailand (2 kes), Jepun (1 kes) dan Republik Korea (1 kes).

Jadi, bagi negara Malaysia. Kes pertama adalah pada 24 Januari 2020 dan kita masih di dalam keadaan terkawal.

Selepas 11 Hari Tiada Kes COVID-19 Di Malaysia

Kita dikejutkan dengan peningkatan pesakit COVID-19 apabila pegawai kesihatan dapat mengesan sejarah perjalanan mereka. Selain dari pelajar pulang ke Malaysia, warga Malaysia pulang dari melancong atau pekerja asing pulang ke Malaysia. Mereka ini berkemungkinan bergejala, tetapi tidak self quarantine selama 14 hari dan meneruskan aktiviti macam biasa. Malah menyertai Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur. Kesannya? Wabak ini tersebar dengan mudah. Lebih kurang 14,500 rakyat Malaysia hadir. 

World Health Organization (WHO) Umum COVID-19 Adalah Pandemic

Penyakit virus COVID-19 yang melanda sekurang-kurangnya 114 negara dan menewaskan lebih 4,000 orang kini secara rasmi adalah Pandemik, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan pada Rabu 11 Mac 2020.


"Ini adalah pandemik pertama yang disebabkan oleh Coronavirus," kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada taklimat di Geneva. Kali pertama WHO telah mengumumkan wabak sebagai pandemik adalah ketika wabak H1N1 "swine flu (selesema babi)" pada tahun 2009.

Walaupun dinaikkan kecemasan kesihatan ke tahap tertinggi, Tedros berharap bahawa COVID-19 dapat dikurangkan. Beliau menggesa semua negara mengambil tindakan sekarang untuk menghentikan penularan penyakit itu.

Majlis Keselamatan Negara Menubuhkan Group Telegram Pada 12 Mac 2020

Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan. Inisiatif ini amat membantu masyarakat untuk terus mengetahui situasi terkini tentang COVID-19. Terima kasih diatas usaha ini. 


Klik https://t.me/MKNRasmi untuk sertai. 

20 Saat Mencuci Tangan

Rutin mencuci tangan menjadi biasa apabila saranan dari KKM untuk sentiasa menjaga kebersihan tangan kita. Sama ada mencuci tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer. Langkah-langkah pembersihan adalah sama.

Etika Batuk / Bersin

Ruby masih ingat lagi etika batuk dan bersin mak abah ajar. Tutup mulut dan hidung dengan kain sapu tangan atau tangan. Kemudian basuh tangan tersebut bersih-bersih di sinki. Pada 11 Januari 2020 Ruby telah menghadiri program Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital membawa ABC untuk pengetahun kesihatan kembali. Ia adalab program kebersihan diri bersama anak-anak di wad kanak-kanak tingkat 6. 


Infectious Disease Consultant, Dr Yazli Yuhana dari KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital telah menerangkan etika batuk dan bersin. Ramai yang batuk dan bersin tidak menutup mulut serta hidung. Ia akan memudahkan virus merebak. Jadi, amalkan etika ini untuk kesihatan bersama. Mesti kita tidak mahu anak-anak kita dijangkiti. Mulakan etika dari diri kita dan orang terdekat kita iaitu anak-anak dan suami.


Salah Anggap COVID-19

1. Pengering tangan tidak membunuh COVID-19 tetapi gunakan pencuci berasaskan alkohol untuk membersihkan tangan. Sabun dan air juga sudah mencukupi.

2. Bungkusan dari negara China selamat. Coronavirus tidak dapat hidup lama pada objek.

3. Minum air panas tidak akan membunuh Coronavirus, malah ia boleh mencederakan Esophagus anda. 

Dr Steven Chow Kim Weng, Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM)


Pakai Topeng Penutup Mulut, Hidung Dan Hand Sanitizer Apabila Keluar Rumah

Kebiasaannya topeng muka dan hand sanitizer sentiasa Ruby beli. Wajib restock. Akak tetapi, pada Disember 2019, stok seakan berkurangan di farmasi berdekatan Ruby. Seperti mereka mengetahui sesuatu berlaku. Kemudian, Ruby cuba mencari secara dalam talian di Shopee dan Instagram. Semuanya menjual pada harga yang tidak masuk akal. Sebagai pengamal media, situasi ini amat membimbangkan. Jika Ruby tidak sempat untuk menyediakan topeng muka dan hand sanitizer. Bagaimana rakyat yang lain? Altenatif lain banyak dimaklumkan oleh KKM bahawa cukup hanya membasuh tangan dengan sabun dirumah kita dan topeng hanya dipakai oleh orang yang sakit. 


Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac - 31 Mac 2020

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan. Ruby fikir ia perkara biasa. Sebab Ruby bekerja dari rumah dan anak-anak sedang cuti sekolah. Tetapi dalam tidak sedar, ada ibu bapa lain yang mengambil keadaan ini untuk pulang ke kampung. Astagfirullahalazim. Rakyat Malaysia ni memang kena diberi pendidikan dan peringatan sentiasa ya? Walau dah berusia dan mendapat ilmu tinggi-tinggi, tetapi bab Perintah Kawalan Pergerakan dan Wabak memang tak faham eh? Urut kepala tengok perangai masing-masing. Belum campur yang masih melakukan kenduri, berniaga di pasar dan makan di restoran. 

Nabi s.a.w. juga telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak:
إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ
Yang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Ramai masyarakat kita masih menganggap apabila COVID-19 ni tidak terkena kepada diri sendiri atau ahli keluarga mereka. Mereka sewenang-wenangnya ambil perkara ini ringan? Apabila ada satu kes di kawasan Ruby, Ruby terus cakap dekat anak-anak tentang Ccoronavirus. 

Masyarakat Panik Dan Memborong Di Pasaraya Tanpa Peduli

Selepas berita tentang lebih 14,500 peserta menyertai Itjimak Tabligh, keadaan menjadi lebih menakutkan. Ia tidak setakut apabila Pengarah UDA, Idris Elba, Isteri Perdana Menteri Kanada dan Salon di Melawati Mall disahkan positif COVID-19. Apabila aktiviti keagamaan menjadi punca utama, maka seluruh bangsa tidak kira agama akan ambil langkah berjaga-jaga. Mempersiapkan keperluan isi rumah kerana khuatir jika Perintah Berkurung dilaksanakan. Walaupun tiada Perintah Berkurung, masyarakat panik sebab pesakit COVID-19 semakin meningkat. Sama ada negatif, self quarantine dan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU). Semua jadi panik. Bermulalah, episod membeli barang keperluan asas. Tapi, mereka membeli berlebihan. Mungkin itu kiraan tepat matematik untuk 2 minggu iaitu 14 hari. Dalam masa 14 hari duduk di rumah pastinya mencabar. Tapi lagi mencabar pekerja barisan hadapan iaitu Jururawat, Doktor, Polis, Tentera dan Perdana Menteri Malaysia sendiri. Moga selepas membeli secara berlebihan ni, kalian dudul di rumah ya. Jangan keluar.

 Sumber gambar dari www.malaymail.com

Stay At Home, Be Safe

Apabila YAB Perdana Menteri umumkan Stay at Home, maka setiap syarikat swasta sudah bersiap sedia. Human Resources mengeluarkan memo kepada semua pekerja untuk Work From Home. Sektor kerajaan juga bersiap sedia untuk Work From Home. Hari Selasa 17 Mac 2020 adalah hari terakhir suami Ruby mengemas barang-barang di pejabat untuk dibawa pulang. Dia bekerja sebagai Design Engineer, maka bawa pulang laptop sudah memadai. Jika yang bekerja dengan desktop, kena bawa pulang desktop. Jadi kena set ruang kerja yang selesa di rumah. Suami Ruby boleh bekerja dalam persekitaran senyap, tetapi bila bekerja di rumah dengan "backup vocal" dari si Adam dan Alif. Maka, jeng jeng jeng. 

Selain dari anak-anak seronok Ayah mereka ada di rumah, Ruby pun seronok la memasak tiap beberapa jam. Sarapan pagi ada, nasi berlauk ada, kudap-kudap minum petang ada dan western dinner pun ada. Kahkahkah. Bersenam belum mula lagi, mungkin akan gunakan youtube dan Chromecast di televisyen. Semuanya di hujung jari kan. 

Hari pertama - 18 Mac 2020

Hari kedua - 19 Mac 2020

Hari ketiga - 20 Mac 2020

Medium Makluman Tentang COVID-19 100% Melalui Media Sosial

Kita semua sedia maklum bahawa penggunaan aplikasi media sosial adalah medium yang paling dekat dengan rakyat Malaysia. Telegram, Whatsapp, Shopee, Grab, Google, Facebook, Instagram, Youtube, Tik Tok dan Foodpanda. Selain itu, Telco di Malaysia juga menghantar SMS peringatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Inisiatif dari semua pihak amat positif dan Ruby berterima kasih untuk mesej-mesej kesedaran ini.


Pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020)

Seluruh dunia tahu kempen Melawat Malaysia 2020 sedang berlangsung. Pada 18 Mac 2020, YAB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Budaya dan Seni telah mengumumkan pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020) serta merta. 

Berhubung dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan wabak COVID-19, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengambil 
ketetapan seperti berikut:-

1. Pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020); 
2. Pembekuan semua urusan kaunter dan perkhidmatan atas talian bagi Permohonan Baru, Pembaharuan Lesen Pengendalian Pelancongan, Pemandu Pelancong, Institut Latihan Pelancongan dan Pendaftaran Penarafan Premis Penginapan Pelancongan, SPA dan Pusat Urutan Kaki (PUK); 

Oleh itu, saya ingin memaklumkan bahawa Kempen Melawat Malaysia (VM2020) adalah DIBATALKAN sejajar dengan impak penularan wabak COVID-19 yang  memberi kesan serta menjejaskan sektor pelancongan di Malaysia dan dunia secara amnya. Perkara ini berkuatkuasa serta merta. Berita lanjut di https://www.ruby.my/2020/03/pembatalan-kempen-melawat-malaysia-2020.html?m=1


Rakyat Masih Ingkar, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Akan Bantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pantau Keadaan

Menteri Perhanan Malaysia, YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob telah mengadakan sidang media pada 19 Mac 2020 dan memaklumkam beberapa intipati untuk rakyat yang masih berdegil keluar berurusan tanpa kepentingan. 

Situasi Terkini COVIC-19 Pada 20 Mac 2020

Malaysia berada di kedudukan nombor 17 dan ini menempatkan di carta Top 20 di dunia. Seluruh dunia sedang bertungkus lumus melawan wabak ini dari berterusan merebak. Jumlah kes dunia melebihi 250,000 kes dan kematian melebihi 10,000 kes. Kematian di Italy melebihi kematian di China. Kematian di Sepanyol melepasi 1,000 orang & menghampiri 20,000 kes. Kes di German melebihi 16,000. Kes USA melebihi 14,000 & kematian meningkat 155 orang. Putera Albert of Monaco positif Covid-19. Israel meningkat 677 kes. Indonesia melonjak di tempat kedua selepas Malaysia di Asia Tenggara. Malaysia nombor 17 dari 181 negara, memotong kedudukan Jepun.

1. China 🇨🇳 81,264
2. Italy 🇮🇹 41,035
3. Iran 🇮🇷 18,407
4. Sepanyol 🇪🇸 17,963
5. Jerman 🇩🇪 15,320
6. Amerika Syarikat 🇺🇲 13,680
7. Perancis 🇫🇷 10,886
8. Korea Selatan 🇰🇷 8,565
9. Switzerland 🇨🇭 4,075
10. UK 🇬🇧 2,716
11. Netherlands 🇳🇱 2,465
12. Austria 🇦🇹 2,013
13. Belgium 🇧🇪 1,795
14. Norway 🇧🇻 1,746
15. Sweden 🇸🇪 1,439
16. Denmark 🇩🇰 1,225
17. MALAYSIA 🇲🇾 1,030
18. Japan 🇯🇵 924
19. Canada 🇨🇦 800
20. Portugal 🇵🇹 785


Kes Kematian COVID-19 Di Malaysia Meningkat Kepada 3 Orang

Tiga kematian COVID-19 iaitu pada :

17 Mac 2020
1. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 thn yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Beliau bergejala mulai 5 Mac & dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disah meninggal dunia hari ini. 

2. Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60thn mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hosp. Umum Sarawak pd 14 Mac. Kesihatan mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.

20 Mac 2020
3. Pesakit kes ke-152 lelaki warga tempatan 58thn dari kluster kes tabligh meninggal dunia di Hospital Tawau jam 6.27 petang ini. 

Titah Diraja Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan 

Tepat jam 8 malam 20 Mac 2020, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah menitahkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dlm membasmi penularan wabak COVID-19 mulai Ahad 22 Mac 2020 jam 1201 pagi.


Pusat Panggilan COVID-19

Banyak agensi kerajaan telah membuka talian untuk rakyat menghubungi mereka. Jika, ada sebarang pertanyaan. Gunakan perkhidmatan ini sebaiknya.

*Artikel ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. InsyaAllah.

Sumber dan Info dari :
Majlis Keselamatan Negara
Tags

Catat Ulasan

12Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Betul Ruby..hat yang vaksin tu, agaknya nanti kalau ada vaksin, org yang anti vaksin tu datang tak injek ek hehehehe..
    Maklumat dan info pun banyak, memang tak terima bila kata tak dapat apa-apa info, geram gile...
    #JustStayAtHome dan marilah kita gemuk sama-sama hahahaha..
    MOga kita semua dilindungi oleh Allah swt..

    BalasPadam
  2. Wah agak menyuluruh juga yea info dan details yang dimuatkan dalam entry ni..senang juga untuk yang tengah mencari medium rasmi untuk mendapatkan maklumat seperti group telegram dan sebagainya tu berkenaan update terkini covid19 ni. Sama-sama stay at home jaga diri dan keluarga.

    BalasPadam
  3. Lengkap info tuan blog. Bagus! Bab orang menangguk di air yang keruh memang menyakitkan hati. Yang tak tahannya ada yang percaya. Bacalah daripada sumber yang sahih duku oii

    BalasPadam
  4. wah banyaknya info..semoga virus covid-19 ni segera pulih..takot iena dgn keadaan skrg..

    BalasPadam
  5. tak tahu nak cakap macam mana tapi ini pendapat peribadi sahaja mungkin negara kita kena buat satu tindakan drastik untuk bendung perkara ini kerana ia merebak sangat cepat. Tengok cina mereka membina sebuah hospital khas untuk pastikan ia tidak berjangkit pada orang lain kalau negara kita tak boleh bina hospital khas kita kena sekat ketat dari mula lagi...

    BalasPadam
  6. bagus ruby buat blog ni..lengkap utk baca psl covid ni..za tak tau nak rasa apa dah psl covid ni..rakyat mlysia masih ada yg degil.. tgk la hari ni dah melonjak ke 8 kematian... punnnnn ada lg sibuk g kenduri la...pasar pagi la..duduk la rumah.. semoga kita2 yg akur perintah ni dilindungi dan selamat dari org2 ingkar ni...

    BalasPadam
  7. Paling sedih time-time serious macam ni bila dah attack malaysia ada lagi yang selfish tak nak ikut arahan atau nasihat dari kerajaan.

    BalasPadam
  8. this is a very detailed post about Coronavirus19 (COVID-19) Di Malaysia. I hope we do practice stay at home and fight this together. Soon COVID-19 is gone from our land and we are safe then

    BalasPadam
  9. Cukup detail Ruby buat artikel ni..bagus. Harap yg kedegak tu baca lah. Geram jugak yg tak nk ikut arahan tu sedangkan kita beria ia berkurung kat rumah utk memutuskan rantaian wabak ni. Harapan sis moga virus nyahh dr dunia ni

    BalasPadam
  10. rasanya ni artikel paling lengkap tentang covid ni. semuanya ada! terima kasih kak. risau jugak pasal covid19 ni, harap2 cepatlah berambus dari muka bumi :)

    BalasPadam
  11. Hopefully, all these will be past soon!
    No more new numbers &... just hope more people will follow the rule & orders.

    BalasPadam
  12. Makin berleluasa pulak virus covid nie. Semakin hari semakin takut. Tambah2 kes di negara kita mendadak naik sejak seminggu yg lalu. Semoga Allah angkat ujian ini dan kembalikan ia seperti sedia kala.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !