Kenali Pengasas Dan Produk CPG Cosmetics

Kenali Pengasas Dan Produk CPG Cosmetics

Ruby
14



Kenali Pengasas Dan Produk CPG Cosmetics. Assalammualaikum semua! Pasti anda semua tertanya-tanya tentang CPG Cosmetics ni singkatan nama itu kepada nama apa, dari mana asalnya dan best ke produk mereka? Hehehe. Ruby tahu berkenaan produk CPG ini dari Facebook Live Mua Bellaz pada tahun 2017. CPG adalah singkatan kepada nama Cik Puan Gojes. Dari jenama Cik Puan Gojes (CPG) ini terdapat koleksi pakaian, penjagaan kulit dan mekap. Kesemuanya menarik dan menjadi viral! Tetapi, tahukah anda siapa disebalik jenama unggul CPG ni? Jom Ruby kongsikan informasi menarik tentant jeama ini.


Kenali Pengasas Dan Produk CPG Cosmetics

Ismaniza Fahida Ismail adalah Pengasas CPG Cosmetics. Cantik dan manis orangnya! Sejak di bangku sekolah, wanita yang berasal dari Baling, Kedah ini sudah bijak merebut peluang didepan mata. Berbekal semangat dan kerajinan, Ismaniza Fahida Ismail, 38, tidak jemu berusaha mencari duit poket. Ismaniza atau mesra dengan sapaan CPG tidak pernah malu untuk berniaga. Pada sebelah pagi, dia menjual laksa yang dimasak oleh ibunya. Waktu petang pula, Isma gigih menjual jeruk buah-buahan. 

Produk CPG telah menerima Anugerah Kosmetik Terbaik Kedah 2018, Anugerah Inovasi Solekan Terbaik 2018 dan Anugerah Ikon Usahawan Utara 2019. Keperitan hidup mengajar wanita ini menjadi insan yang tabah dan cekal mencari rezeki untuk membina masa depan yang lebih cerah. Pengalaman mencari rezeki sewaktu kecil inilah yang membentuk peribadi CPG pada hari ini. Dia yakin perniagaan mampu memberi pulangan lumayan dan boleh mengubah nasib keluarga.









“Sebagai anak sulung daripada lima beradik, saya berdikari dan banyak membantu meringankan beban ibu dan ayah. Keluarga saya bukan orang senang, lantaran saya bertekad mahu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka. Walaupun kini mempunyai pendapatan lumayan namun Isma tidak pernah lupa diri. Dia berpijak di bumi nyata dan sentiasa berkongsi rezeki bersama keluarganya. Isma bersyukur dikurniakan suami, Mohd Rozaini Khazali, yang memahami dan amat membantu dalam urusan perniagaan mereka. Suami sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai Pegawai Bomba & Penyelamat semata-mata mahu memberi fokus kepada perniagaan yang kami usahakan. 

Produk CPG Cosmetics

CPG Cosmetics telah mengeluarkan 10 jenis produk kecantikan seperti compact powder, makeup base, mascara, eyebrow gel, eyebrow definer, eyeliner, sheer glow foundation dan 3 jenis warna pembayang mata. Perniagaan kami amat peka terhadap penjagaan kulit wajah dan menitik beratkan cara pengunaan yang betul untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan yang boleh membawa kepada tidak keserasian.




















Kisah Kejayaan LEADER CPG Cosmetics

1. Moharita Mohamad



Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, itu adalah pepatah yang sering diingati oleh Moharita Mohamed , 39. Beliau yang mempunyai kerjaya tetap tidak menjadikan alasan kesibukan untuk mencari pendapatan sampingan. Bermula dengan pengalaman sendiri menggunakan produk penjagaan kulit wajah dimana pada masa tu beliau mengalami masalah kulit yg teruk, jerawat batu dan resdung. Setelah menggunakan secara konsisten selama 2 bulan, kulit menjadi bertambah baik. Keyakinan beliau untuk memulakan bisnes produk CPG secara online semakin tinggi setelah ramai yang bertanyakan tentang produk CPG dan mula menjual produk disekitar negeri Kelantan. Bermula dengan bisnes produk CPG, beliau berjaya sehingga mempunyai team stokis dan mampu menjana pendapatan sehingga enam angka.

2. Hasrina Hussin



Anak istimewa penguat semangat Hasrina Hussin, 36 untuk menambah pendapatan dan memberi keselesaan kepada keluarga. Beliau merupakan surirumah yang memberi sepenuh perhatian kepada anak istimewanya dengan menjalankan bisnes produk CPG secara online. Sebagai Leader CPG Cosmetics & Fantabulous Skincare Melaka dan pelanggan Fantabulous Skincare (FBS). Bermula sekitar tahun 2014, beliau menggunakan FBS, pada ketika itu menguji kesabaran untuk mendapatkan hasil yang diingini. Minat terhadap bidang kecantikan disamping menjadikan diri sendiri sebagai testomi kepada produk CPG beliau menceburkan diri dalam bidang bisnes online bersama produk CPG. 

3. Nur Shafinar Issa



Nur Shafinar Issa, 39 adalah LEADER CPG KEDAH merupakan surirumah dan mempunyai 4 cahaya mata. Menjalankan bisnes sambilan sebagai ejen perniagaan produk CPG dengan bermodalkan RM250. Selepas 2 tahun berjinak dengan perniagaan beliau berpeluang menjadi stokis dengan modal sebanyak RM8,000++ dengan menggunakan duit simpanan dari perniagaan produk CPG yang diusahakan. Dahulu beliau seorang kerani pentadbiran yang memperoleh pendapatan sebanyak RM600 sebulan. Kini, beliau telah bergelar LEADER pada hujung Disember 2018 dan telah mempunyai stokis, ejen & dropship #teamfinar dan memperoleh pendapatan sebanyak RM 6,000 sebulan.

4. Noor Ain Maulad Yahya



Dari akauntan ke suri rumah berpendapatan? Bukanlah sesuatu yang mustahil dengan niat dan iltizam. Bekas Akauntan yang kini menjadi usahawan produk CPG, Noor Ain Maulad Yahaya,32 pada tahun 2013 sebagai dropship produk CPG. Tekad dan kesabaran ingin menambah pendapatan melalui bisnes online telah membuahkan kejayaan kepada Ain. Hanya bermula sebagai dari ejen, stokis dan kini setelah 5 tahun beliau menjadi LEADER bagi produk CPG di Lembah Klang. Bermula tahun 2016, beliau telah nekad berbenti kerja sebagai Akauntan dan memberi fokus 100 peratus kepada perniagaan online. Ain juga percaya berkongsi rezeki seperti yang selalu dimaklumkan oleh Cik Puan Gojes menjadi satu perangsang kepada beliau disamping sokongan penuh dari keluarga.

CPG Cosmetics Kini Di AEON

Kini produk CPG Cosmetics menapak ke dalam 4 Pusat Membeli Belah Aeon iaitu di Maluri, Nilai, Dato’ Onn dan Shah Alam, bagi CPG ini merupakan satu pencapaian yang terbesar produk tempatan untuk bersaing dengan produk kosmetik antarabangsa yang telah lama menapak di pusat membeli-belah tersebut




CPG Cosmetics telah diperbadankan di bawah syarikat Pesona Idaman Qaseh Sdn Bhd pada tahun 2017. CPG Cosmetics ditubuhkan pada 9 MAC 2017 selepas kelahiran Fantabulous Skincare dan CPG Obcession. CPG Cosmetics ditubuhkan dibawah syarikat Pesona Idaman Qaseh Sdn Bhd. Syarikat ini menghasilkan pelbagai jenis produk kecantikan yang terkini dan mengikut cita rasa kaum wanita dan remaja masa kini. Tekstur yang digunakan untuk membuat produk CPG Cosmetics berasakan bahan-bahan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

CPG Cosmetics ditubuhkan kerana perkembangan yang memberangsangkan pada produk keluaran yang lalu dan permintaan yang tinggi keatas produk kecantikan. CPG Cosmetics masih memonopoli pasaran kosmetik kerana kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan keberkesanannya.

www.cikpuangojes.com
www.instagram.com/cik.puan.gojes
www.facebook.com/cpgcosmeticsmalaysia

Catat Ulasan

14Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Pengasasnya tu kemain lawaa..sesuai jadi Duta produk sendiri aja..Sukalah nengok color-color yang di padankan, semua lembut aje, Sis walau tak pakai makeup tp suka kumpul barang makeup, nanti nak beli juga satu koleksi CPG ni...

    BalasPadam
  2. This is so beautiful ! I am currently using Mary Kay. Hope to try other brands in future.

    BalasPadam
  3. Lawa pengasasnya. Boleh la tengok kat pasaraya nanti lepas habis tempoh kawalan pergerakan ni.

    BalasPadam
  4. First time encounter CPG Cosmetics brand. Suka eye palette dia. so pretty and the price so affordable. Let's try them all out and be pretty ya sis

    BalasPadam
  5. suka tengok kisah kisah leader cpg yang semuanya bermula dari bawah nak berjaya sampai ke tahap ni. inspired!

    BalasPadam
  6. tahniah diucapkan untuk kejayaan mereka! sernok tengok masing-masing bermula dari bawah dan akhirnya berjaya :)

    BalasPadam
  7. Ohh orang tempatan yang buat produk ni hehehe orang perempuan suka lah dapat tambah koleksi Makeup hehehehe tengok semua bagus dan berkualiti moga ramai lagi usahawan tempatan berjaya macam ni...

    BalasPadam
  8. bagus la org kita masuk dlm bidang kecantikan.
    aida support. aida sgt kagum. sampai bila kita nak bangga dgn produk antarabangsa, kan.
    why not kita up kat produk anak bangsa kita like cpg ni.
    aida pun now guna produk tempatan. tak lagi guna produk antarabangsa.
    setanding dah sekarang ni. r&d diorang dah seperti world class.

    BalasPadam
  9. Harga dia boleh tahan jugak ya. Semakin ramai rakyat malaysia menceburkan diri dalam bidang kosmetik. Mcm x tercapai akal mcm mana mereka survive dlm dunia perniagaan yg mana pesaing ramai dan tumbuh bagai cendawan skrg nie

    BalasPadam
  10. cantik juga eyes shadow palette dia ada glitter2.. mcm boleh beli je ni main makeup2 kat umah...hahhah

    BalasPadam
  11. Bestnya kalau pandia bermekap. Dapat beli stok stok ni semua. Harga semua berpatutan. Kiranya harga mampu milik sangat ni.

    BalasPadam
  12. cantik moleh pengasas Cik Puan Gojes Brand ni ye Kak Ruby. baru tahu pasal pengasas dia bila baca cerita akak ni.

    BalasPadam
  13. alhamdulillah dh kenal pengasasnya. tak pernah tau pula brand ni. all the best

    BalasPadam
  14. Wow lengkap set makeup brand ni, their eyeshadow color pun banyak pilihan kan.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !