Pengalaman Bersalin Lower Segment Caesarean Section (LSCS)

Pengalaman Bersalin Lower Segment Caesarean Section (LSCS)

Ruby
0

Pengalaman Bersalin Lower Segment Caesarean Section (LSCS). Assalammualaikum. Baru rasa gagah sikit untuk menulis pengalaman bersalin Lower Segment Caesarean Section (LSCS). Memandangkan anak dah masuk dua orang, jadi sedang belajar berbahagi kasih sayang dan keutamaan. Kadang-kadang adik menangis, si abang Adam pula nak susu. Adik nak guna rocker, abang Adam nak duduk juga. Suami ruby adalah orang penting ketika ini kerana kena jaga 3 orang dengan pelbagai karenah. Dia perlu sediakan mandian herba ruby, makanan berpantang ruby, keringkan jahitan Caesarean ruby dan pakaikan pilis. Kemudian mandikan baby, tuam perut dan wangikan baby. Hehehe. Kemudian suami kena mandikan abang Adam, sediakan susu, makanan dan main dengan dia. Beginilah kami berpantang bersama-sama. Terima kasih suami!


Pengalaman Bersalin Lower Segment Caesarean Section (LSCS)


Alhamdulillah ruby berjaya bersalin pada usia kandungan cukup bulan, tetapi kena melalui Lower Segment Caesarean Section (LSCS). Sedangkan bersalin abang Adam dulu pada 32 minggu secara normal. Si Adik pada 38 minggu secara Caesarean. Memang tidak terfikir langsung akan lalui semua ini. Tapi, dah berlaku pun. Hahaha. Nak cerita balik pengalaman bersalin pun ruby masih rasa ngilu kat perut ni. Sepanjang hamil, ruby amalkan gaya hidup sihat. Walaupun ruby ada Gestational Diabetes Mellitus (GDM) sepanjang hamil. Masa Adam pun ada, masa adik pun ada juga. Amalkan pemakanan sihat dan ikut jadual Blood Sugar Profile (BSP) secara bulanan yang diberikan oleh jururawat Klinik Kesihatan Ibu Anak (KKIA). Rekod buku pink/merah ruby memang cun. Tiada masalah selain GDM yang perlu dirisaukan. Mungkin dah takdir Allah s.w.t kena bersalin secara pembedahan.
Bila diingatkan balik pengalaman bersalin Caesarean memang menitis juga air mata ni. Sebab memang nak bersalin secara normal, cuma komplikasi akan lebih teruk. Tambahan ruby dah terlalu lemah ketika tu. Sehari sebelum bersalin, ruby masih berjalan-jalan pergi kedai buku dan makan bersama suami di IKANO. Balik rumah dah mandi dan berbaring untuk acara keesokan hari di Galeri Hajra Shah Alam. Call time pada 8 pagi. Macam biasa ruby bangun 6 pagi. Mandi dan nak berwudhuk terus. Masa mandi tu ruby macam terpijak lendir. Eh amende pula ni kan. Rasa di miss v macam ada cairan lendir yang tidak boleh dibersihkan macam biasa. Maka, masa ni terus pakai pad madame. Terus ambil bag hospital ruby, bag baby, bag abang Adam, bag susu Adam, pampers Adam dan bag suami. Siapkan semua ni dan hantar Adam ke rumah atok, kemudian bergegas ke Hospital Selayang. Ruby sedia maklum jika ke hospital kerajaan, menunggu katil memang lama, tapi tak mengapa. Ruby sanggup tunggu. Cuma tidak selesa ruang menunggu tu ada lelaki juga, kita melayan contraction tu sampai sakit-sakit pinggang ha. Mereka duk tengok. Bab tu lah yang ruby rasa tidak selesa. Hurmm.
Jam 9 pagi masuk Wad Bersalin untuk doktor cek bukaan, jawab soalan dari doktor berkenaan kelahiran pertama dan bagaimana air ketuban pecah. Menunggu katil sehingga jam 5 petang. Fuhhh memang berjalan tawaf dalam hospital je kerja ruby. Ruby tidak peduli, asalkan ada bukaan. Masuk Wad 5A, Katil 28, alhamdulillah dah ada katil. Boleh la rehat. Penat melayan contraction. Tiba-tiba rasa nak teran tu dah mai!!!! Part ni memang dinantikan oleh ruby sebab tak sabar nak jumpa baby. Tapi bukaan baru 6cm! Errrr. macam mana bukaan 6cm tapi dah nak meneran sangat ni. Mau koyak rabak nanti. Maka perbalahan diantara doktor dan staff nurse dan sister pun berlaku. Bila cek bukaan tidak rasa kepala baby, tapi benda lain. Mereka kata baby besar ni, risiko nanti. Bacaan Blood Pressure (BP) ruby dan baby tak bagus. Naik turun, naik turun. Air ketuban dan darah seiring keluar dan doktor tidak pasti sama ada baby ok ke tidak. Risau dah lemas. Masa tu ruby memang dah mengerang nak teran, siap kena marah dengan doktor/staff nurse/sister melayu. Huhuhu. Nasib baik ada doktor India yang handle ruby. Sebab tidak tahu nama mereka, jadi kita labelkan ikut bangsa.

Ibu Dah Tak Larat

Doktor R. Kavitha kalau tidak silap nama beliau, sebelum masuk bilik pembedahan ada beliau terangkan bahagian mana pembedahan akan dilakukan. dan beliau siap cakap “i will try my best”. Masa tu meleleh air mata ruby. Bayangkanlah berapa ramai yang cek bukaan ruby. Masa contraction bila mereka seluk, sakit sangat. Masa rasa nak teran mereka nak seluk pun sakit. Cardiotocography (CTG) / Electronic Fetal Monitoring (EFM) pun dipasang lengkap untuk tengok baby. Mereka tahu baby dah nak keluar sangat. Jadi, keputusan Doktor R. Kavitha tu adalah penyelamat ruby dari mereka duk argue apa perlu dilakukan. Alhamdulillah. Maka, saluran pundi kencing dan bag dipasang.  3 dokumen perlu ruby tandatangan. Dokumen kebenaran Lower Segment Caesarean Section (LSCS), dokumen Darah jika diperlukan dan dokumen Bius Spinal Anesthesia oleh doktor pakar bius, Doktor Wan. Mata ruby rabun tidak pakai spek mata, tandatangan je. InsyaAllah semuanya berjalan lancar. Bersyukur sebab ruby tiada alergik, tiada masalah lain-lain ketika hamil. Proses bius adalah satu pengalaman baru bagi ruby. Ruby didudukkan, relax bahu dan leher. Kemudian masuk suntikan bius. Kemudian dibaringkan. Sekajap je dah tidak rasa sakit contraction dan separuh badan.
Pembedahan dimulakan dan berjalan lancar. Ruby siap boleh nampak perut ruby di lampu atas. Kemudian dengar baby menangis. Lahir dah khalifah seterusnya. Subhanallah. Walaupun tidak dapat rasa nikmat bersalin normal ketika uri diteran keluar. Tetapi tak mengapa, ruby dan baby selamat. Selesai pembedahan dan ketika doktor sedang jahit, Dr R. Kavitha sempat tegur ruby “Are you okay?”. Ruby jawab “Yes, terima kasih doktor”. Selesai jahit, doktor/staff nurse/ sister kena angkat ruby untuk dialihkan ke katil wad pula. Hehehe. Sebab katil bilik pembedahan kan lain. Rasa diawang-awangan bila tidak rasa kaki ni. Baru ruby tahu bagaimana rasanya tidak dapat menggunakan anggota badan. Lepas bersalin, ruby diletakkan di luar bilik pembedahan bersama baby. Masa ni nurse bantu Ruby untuk susukan baby. Walaupun tidak boleh bangun, nurse akan bantu. Baby pun pandai crawl cari susu. Comel betul. Masa Adam dulu ruby tidak dapat pengalaman begini, kerana dia terus di bawa ke Neonatal Intensive Care Unit (NICU).
Sementara nak tunggu ruby gerakkan kaki, ruby susukan baby. Bila dah boleh gerakkan kaki, barulah nurse akan hantar ke wad. Dari jam 6.30pm sampai 9pm suami duk tunggu di luar pintu. Bila dia tengok buku pink, baby lahir jam 7.02pm. Masa tu mula dia tanya-tanya apa berlaku. Dari awal sampai dah selesai pembedahan, suami ada je dengan ruby. Cuma masa dewan pembedahan je dia tidak dibenarkan masuk. Di Wad, ruby baring tanpa bantal selepas pembedahan. 7PM kena bius, 3AM baru rasa kaki. 5AM nurse datang ganti tuala wanita dan buka saluran pundi kencing dan bag. Masa ni tidak pasti nak buat apa. Nak kemana-mana takut. Takut luka terbuka
Apa yang mampu ruby buat adalah minum, makan, baring dan susukan baby. Kepayahan dan perit bermula bila nak terkencing sangat. Tangki dah penuh, maka terasa sangat ngilu dekat tempat jahit dan di miss v tu. Pinggang belakang ruby rasa macam bedsore pun ada. Tak faham kenapa pinggang rasa kebas dan macam gatal-gatal. Kadang berpeluh-peluh kat pinggang je. Nak bangun dari katil super slow, ngiring sakit. Tangan ruby banyak sokong segala pergerakan ruby. Segalanya sakit. Wuwuwuw. Seram betul masa tu. Masa bius masih ada, ok la kan. Bila dia dah makin tiada. Masa tu menanti girang pain killer Diclofenac Sodium dari jururawat. Hahaha. Rawatan selepas pembedahan diteruskan dengan suntikan supaya darah tidak beku, 3 kali kena suntik dekat lengan. Kemudian antibiotik. Dari cecair ke kapsul. Ruby ditahan di hospital 2 hari sahaja. Selepas doktor review luka jahitan, baru boleh balik. Kemudian cek Jaundice baby ada ke tidak. Baby tiada Jaundice maka boleh balik rumah. Yay! Seronoknya! Suami pun seronok sebab tidak perlu warded lama di hospital. Bermulalah pengalaman berpantang. 
Terima kasih sudi baca! 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !