Blog Ruby Pemenang MSMW Best Lifestyle Blog 2016

Blog Ruby Pemenang MSMW Best Lifestyle Blog 2016

Ruby
1
Blog Ruby Pemenang Di MSMW Best Lifestyle Blog 2016

Blog Ruby Pemenang MSMW Best Lifestyle Blog 2016 | Assalammualaikum semua! Syukur alhamdulillah blog Ruby telah memenangi anugerah pada temasya Malaysia Social Media Week bagi tahun 2016. Perjalanan seorang penulis blog pasti ada cabarannya. Sesekali ingin juga menerima penghargaan. Ruby mula menulis blog sejak dari bangku sekolah. Ketika itu baru lagi pembangunan ICT di sekolah sekitar tahun 2000. Sekitar tahun 2003 Ruby diberi peluang untuk memilih aliran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tertarik dengan aliran Teknologi Maklumat. Maka, bermulalah menulis blog. 

Blog Ruby Pemenang Di MSMW Best Lifestyle Blog 2016

Tahun demi tahun berlalu, tahun 2009 dunia penulisan blog seakan bersinar. Kelihatan pelbagai agensi muncul memperkenalkan diri. Kemudian pengiklanan mula bertapak di blog kecil ku. Alhamdulillah. Perjalanan ini membuatkan kita nampak betapa luasnya skop penulisan blog. Ya, Ruby bermula dengan blog sangat lama. Tetapi tetap berasa kerdil kerana ilmu internet terlalu luas. Terima kasih buat teman-teman blog yang sentiasa memberi sokongan. Kita bertemu di pelbagai acara. Semoga hubungan baik ini diteruskan untuk kekal aktif menghasilkan karya yang lebih profesional dan konsisten. InsyaAllah.

Terima kasih buat semua yang mengundi blog www.ruby.my. 


Pemenang MSMW Best Blog 2016

  1. Best Travel Blog – Runawaybella.com
  2. Most Engaging Blog – Kisahemasputih.com
  3. Most Entertaining Blog – Huseinrider.blogspot.com
  4. Best Foodie Blog – Mahamahu.com
  5. Best Lifestyle Blog – Ruby.my (saya! saya!)
  6. Best Content Blog – Cikguhailmi.com
  7. Best Video Blog – Pojiegraphy
  8. Promosing Blogger of The Year – Viramon.com
  9. Best Blog of The Year – Pembina.com.my

Blog Ruby Pemenang Di MSMW Best Lifestyle Blog 2016

Blog Ruby Pemenang Di MSMW Best Lifestyle Blog 2016

Blog Ruby Pemenang Di MSMW Best Lifestyle Blog 2016
Sumber Gambar: Facebook MSMW


Terima Kasih Malaysia Social Media Week

Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) adalah acara tahunan yang difokuskan untuk memanfaatkan & berkongsi amalan terbaik di media sosial, yang menampilkan pakar dari seluruh dunia. Mereka mengadakan pameran serta bengkel untuk mendapatkan ilmu yang terbaik dari pengamal media sosial tersohor. Selain itu, perkara yang dinantikan adalah hari penghargaan untuk mengiktiraf influencer & jenama pada Malam Anugerah MSMW. Tahukah anda, MSMW adalah acara yang memberi siaran langsung pertama dan telah mewujudkan penglibatan global? Oleh kerana itu, acara ini menjadi acara berprestij setiap tahun. All the best MSMW! Terima kasih kerana memilih www.ruby.my sebagai MSMW Best Lifestyle Blog 2016! Ruby amat menghargainya!
Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Nice post. Good Quality
    Artikelmu sangat bermanfaat. Aku suka!

    Rara Travel & Tour | Travel Jember
    Melayani:
    Travel Jember Surabaya/Juanda
    Travel Jember Malang
    Adapun Paket Wisata dan Ziarah Wali 5.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !