SAHAM NAIK SELEPAS PILIHAN RAYA?

SAHAM NAIK SELEPAS PILIHAN RAYA?

Ruby
0
SAHAM NAIK SELEPAS PILIHAN RAYA? | Assalammualaikum semua! Tahun 2022 bakal menyaksikan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 esok. Sepanjang tempoh menjelang PRU15, kita dapat lihat Hari Penamaan Calon, Pengesahan Simbol Parti, Aktiviti Kempen dan seterusnya Hari Mengundi yang wajib dilaksanakan oleh Warganegara Malaysia.

Selepas peristiwa Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme di kalangan rakyat Tanah Melayu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu yang kini negara kita Malaysia. Para pemimpin ini mendapat kuasa melalui pilihan raya yang diadakan untuk memilih kerajaan. 

Namun, adakah benar saham naik selepas pilihan raya?

SAHAM NAIK SELEPAS PILIHAN RAYA?



Sana-sini orang sibuk berkempen.

Ada yang memberi ilmu, ada yang mempertahankan, ada yang menabur perasaan amarah - demi meluaskan pengaruh parti politik pilihan.

Sebagai seorang pelabur, kita bukan sahaja membaca berita-berita dan cerita-cerita untuk mencari pemimpin terbaik, tetapi kita juga melihat reaksi bagaimana politik memberi reaksi kepada pasaran saham.

Persoalannya, betulkah saham akan naik selepas pilihanraya?

Bolehkah kita menjangka dan membuat keuntungan dari kaunter-kaunter mengikut musim pilihanraya?

LATAR BELAKANG 


Ya benar, pasaran saham negara kita terpengaruh dengan berita-berita politik.

SAHAM NAIK SELEPAS PILIHAN RAYA?
Tuan Wafi Azian; Pengasas WR Trader Academy. Pakar Teknikal Analisis dalam pelbagai instrumen kewangan


Kenapa?

Kita harus faham, ada syarikat-syarikat di Malaysia adalah jentera dalam memastikan kelangsungan politik satu-satu parti.

Ada juga ahli keluarga dan rakan-rakan baik ahli politik memegang jawatan penting seperti pengarah, pemegang saham dan penasihat dalam satu-satu syarikat.

Selain itu, ada syarikat yang memperoleh laba daripada projek-projek kerajaan.

Ketiga-tiga faktor ini memberi impak kepada kenaikan dan penurunan harga saham syarikat tersebut.

Sebagai contoh, sebelum musim pilihanraya, parti-parti politik ini akan cuba menaikkan harga pasaran saham dan seterusnya menjual pegangan saham mereka untuk mendapatkan dana.

KAUNTER DIPENGARUHI POLITIK


Di antara kaunter yang dipengaruhi politik:

  • Kaunter berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim - MUI Properties Bhd, Malayan United Industries Bhd (MUI Group), Pan Malaysia Holdings Bhd and Advance Synergy Bhd (ASB)
  • Kaunter Berkaitan Tan Sri Muhyiddin Yassin - Eden Inc Bhd dan Thriven Global Bhd.
  • Kaunter Berkaitan Dato' Sri Ismail Sabri - Dataprep Holdings Berhad, Sedania.
  • Kaunter Berkaitan Barisan Nasional - MyEG, Media Prima Bhd, Star Media, Datasonic (dikaitkan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

PEMERHATIAN MENARIK KETIKA PRU-14


Dalam pilihanraya ke 14, ada satu perkara menarik berlaku dalam pasaran saham. Kebiasaannya, ketika pilihanraya, saham-saham berkaitan Barisan Nasional akan menunjukkan peningkatan.

Tetapi sebelum pilihanraya pada 2018 lagi, kaunter-kaunter berkaitan Tun Mahathir telah menaik dengan kuat. Kaunter-kaunter berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meningkat sebelum pilihanraya.

Adakah ini bermakna sentimen dalam Bursa Malaysia menunjukkan sentimen di dunia luar?

Jawapannya, YA untuk PRU-14. Buat pertama kalinya, Pakatan Harapan menang dan menguasai tampuk pemerintahan.

Setelah menang, saham-saham berkaitan terus naik dan memberi keuntungan kepada pemegan-pemegang saham.

APA AKAN JADI SELEPAS INI? 


Untuk pilihanraya yang akan berlangsung pada Sabtu ini, ianya lebih sukar diramal.

Tiada indikasi kuat yang menyatakan siapa akan menang seperti pilihanraya sebelum ini.

Pilihan pemilih terpecah tiga, berbanding dua sebelum ini.

Dan buat pertama kali dalam sejarah, kita melihat dari ketiga-tiga parti ini, tiada satu-satu pun benar-benar kuat, terpasak dalam hati rakyat secara majoriti.

Dengan usaha-usaha seperti Pengundi 18 serta pendaftaran automatik, kita juga bakal melihat perkara baru berlaku dalam pemilihan pemimpin negara.

FCPO DAN PILIHANRAYA


Satu lagi persoalan menarik, bagaimana pilihanraya mempengaruhi pasaran Futures Crude Palm Oil (FCPO)?

Dari pemerhatian, selama dua tahun, trend besar FCPO akan menunjukkan penurunan. Satu sifat FCPO ialah, momentum untuk ianya menurun adalah lebih kuat berbanding ianya menaik. Ia akan turun dengan kuat berbanding menaik.

Tetapi di sinilah letaknya kebaikan FCPO. Ia adalah pasaran dua arah, maka kita boleh ambil kesempatan untuk jual dulu kemudian beli (macam dropship).

Dan kita boleh beli kemudian jual bila pasaran menaik.

Satu lagi kebaikan FCPO, ianya adalah untuk semua - tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti atau individu politik.

Tidak terikat kepada sentimen.


Maka, kita hanya perlu pandai baca carta, dan buat keputusan - untuk buat duit dari FCPO. Nak belajar lanjut tentang trading FCPO? 

Jom baca lebih lanjut di www.atmasterclass.com.my

SELAMAT MENGUNDI! 

Jom laksanakan tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia! Ayuh semak lokasi pusat mengundi dan masa yang disyorkan! Selamat mengundi pada Sabtu 19 November 2022!
Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !