Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?

Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?

Ruby
0
Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?

Apa Yang Best Sangat Ke KUMON? | Assalammualaikum semua. Wah penulisan kali ini macam stress kan? Sebenarnya Ruby tidak stress pun. Korang tahu ke Ruby nak sembang berkenaan apa hari ni? Hehehe. Dah lama tak menulis panjang macam ni. Hehehe. Sebab pengalaman Adam ke KUMON memang membuka mata Ruby sekeluarga. Ia adalah kenangan buat kami. Anak sulong kannnn

Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?

Ramai mesej Ruby bertanyakan tentang KUMON. Adam belajar apa? Kenapa kertas homework dia warna warni? Bestnya dapat bag KUMON! KUMON memang bagus, anak-anak uncle pun belajar di situ. Mahal tak KUMON? Dua subjek aje? Seminggu dua kali kelas untuk 45min? Apa yang best sangat ke KUMON? dan berterusan soalan-soalan diajukan. Dah macam melayan talian khidmat pelanggan pula. Hahaha.

Adam mula masuk belajar Matematik di KUMON semasa kempen YES – Year End Special 2018. Belajar 1 bulan setengah untuk bayaran RM 160. Percuma bag KUMON. Sebelum mendaftar kelas matematik KUMON, Ruby lakukan beberapa kajian. Testimoni di internet dan testimoni dikalangan saudara mara. Rata-rata bagi maklum balas positif. Siap cakap, “daftar cepat, dulu kami daftar bila anak-anak tidak mahir dalam sesuatu subjek sahaja. Sekarang dah boleh daftar seawal usia 4 tahun lagi best!”


Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?

Ruby pun terus mencari KUMON berdekatan. Kriteria utama Pusat KUMON yang Ruby cari adalah lokasi dan kemudahan tempat parking. Ruby faham, lain cawangan Pusat KUMON, lain caranya. Tapi, Ruby yakin KUMON mempunyai program yang sama walau dimana-mana Pusat KUMON Ruby pilih. In Syaa Allah.

Setelah hampir 4 bulan di KUMON, banyak perkara best berlaku di dalam kehidupan kami. Adam semakin pandai berdikari, seronok belajar Matematik, kemudian dia mula membaca nombor dimana-mana sahaja. Ada satu masa, harga di pasar raya tertera RM 301.80. Terus dia cakap “mahalnya barang tu ibu”. Hahaha

KUMON Pusat Bandar Wangsa Maju

Ruby pilih KUMON Wangsa Maju sebab lokasi berdekatan dengan rumah. Ada Wangsa Walk Mall, AEON BiG, Kedai Buku, Cafe, Bank dan ruang parkir DBKL RM 0.80 satu jam dan parkir pusat membeli-belah Wangsa Walk Mall RM 1 untuk 3 jam pertama. Best kan? 31 Oktober 2018. Hari Orientasi & Penilaian di KUMON.

Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?

Berbalik kepada kelas Matematik Adam di KUMON, permulaan untuk Ruby nak masukkan Adam adalah Ruby sendiri buat beberapa ujian mengajar Matematik terhadap Adam. Malangnya dia manja dan bosan. Ruby sebagai ibu juga seperti tiada skills untuk mengajar. Nak bagi Adam fokus 10 minit selesaikan pengiraan mudah pun dia tidak boleh.

31 Oktober 2018 : Orientasi Dan Penilaian Bersama Instructor Fairus Anwar

Sebelum memulakan kelas, Ruby datang ke Pusat KUMON untuk sesi orientasi dan penilaian (Diagnostic Test). Adam akan lakukan tugasan mudah untuk tahu Adam di peringkat mana. Adam sebenarnya belum lagi pandai membaca. Kenal huruf tapi nak gabungkan ayat memang dia tak tahu. Kemudian, kira nombor atau kenal nombor pun tidak tahu. Memang Ruby risau, risau dia rasa tercicir. Sedangkan ibu ni nak hantar dia belajar. Selepas selesai orientasi dan penilaian, Ruby isi borang pendaftaran dan Puan Fairus terangkan Adam di peringkat permulaan iaitu Level 6A & Z1 (Pencil Skills Programme).

Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?
Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?
Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?

Pencil Skills Programme (Level 6A & Z1)

Ramai tanya Ruby, macam mana boleh buat keputusan untuk daftar Adam di KUMON. Sebab Adam baru 4 tahun, malah satu subjek RM 160. Kena datang 2 kali seminggu ke Pusat KUMON pada hari Isnin dan Khamis. Jangka masa di dalam kelas 30 minit hingga 45 minit. Bergantung kepada prestasi Adam. Masa mula-mula dia mencari-cari juga ibu. Sebab masih belajar cara berdikari. Ruby kena ada selalu untuk teman dia. Hari Pertama di KUMON, 5 November 2018.

Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?
Hari Pertama di KUMON, 5 November 2018

Cara untuk pupuk minat Adam suka Matematik adalah bawa dia pergi KUMON, dia akan tengok persekitaran, tengok homework, dapat gift bag, layanan instructor dan sebelah Pusat KUMON ada Domino’s Pizza. Hahaha.

Di KUMON, Adam belajar meningkatkan keyakinan diri, rasa ingin tahu, mula belajar pengiraan dan kemahiran literasi sebelum memulakan sekolah pada tahun 2021. Ruby nak Adam seronok belajar Matematik. Kehidupan juga perlukan Matematik. Kalau ibu ayah tiada, Adam boleh jaga diri. Wuuu sedih pula tiba-tiba.

Lembaran kerja KUMON direka untuk meningkatkan rasa ingin tahu kanak-kanak dan memberi setiap kanak-kanak rasa pencapaian sebenar sambil membangunkan kemahiran mereka. Adam suka sangat menerima pelekat gambar comel apabila selesai tugasan. Sekarang dia dah pandai minta pelekat Spiderman pulaaaaaa. 8 November 2018 : Kelas Kedua Adam

Pembelajaran awal akan mengembangkan kemahiran motor halus mereka, pengenalan nombor dan perbendaharaan kata. Walaupun masih belum boleh membaca, Adam tahu apa yang perlu dilakukan. Kira, baca dan teka nombor yang Ruby tunjuk.

Apabila anak-anak menikmati pembelajaran dari awal, kemahiran konsentrasi mereka boleh dibangunkan supaya mereka dapat memberi tumpuan untuk masa yang lebih lama. Permulaan Adam dulu, dia boleh fokus 15 minit je. Sekarang 30 minit dia dah boleh selesaikan semua homework. Manakala di Pusat KUMON, dia selesaikan tugasan sekejap tetapi nak berada di kelas lebih lama. Seronok katanya. Terutama apabila bahagian susun nombor magnet tu.

Adam dah seronok ke KUMON, secara automatik ia memupuk sikap untuk pembelajaran baru, dia tidak akan takut, tetapi sentiasa mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru pada masa hadapan.

You’re On School Holiday, Your Brain Isn’t

Bestnya KUMON ni sebab ia beroperasi walaupun musim cuti sekolah. Sudah semestinya pada Public Holiday, Pusat KUMON akan tutup. Hahaha. Bagi ibu bapa, ia adalah kebimbangan apabila anak-anak tiada kelas. Mereka akan habiskan masa dengan permainan dalam talian. Selama 4 bulan ini Ruby pernah alami ketidakhadiran ke Pusat KUMON disebabkan Adam tidak sihat dan kami bercuti pulang ke kampung. Masa inilah peranan ibu bapa perlu berkomunikasi bersama Instructor. Jadi, Instructor akan sediakan homework harian walaupun anda cuti 1 minggu terus. Di KUMON, 1 hari, 1 homework wajib diselesaikan.

Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?

Homework Harian Bantu Perkembangan Minda

KUMON bukanlah pusat tuisyen. Ia adalah Pusat Perkembangan Minda yang menerapkan budaya berdasarkan kebolehan seseorang pelajar. Jika Adam dah boleh buat tambah, tolak, sifir dan pecahan sebelum kanak-kanak lain, Pusat KUMON akan beri latihan untuk tajamkan lagi kemahiran. Bagus kan? Homework Pertama Adam? Homework semasa ibu sedang belajar di kelas. Balik kampung pun buat homework tau. Buat homework bersama-sama.

Adam sentiasa lakukan homework mengikut masa yang dia inginkan. Kebiasaannya sebelum tidur jam 8 malam. Homework tu dah wajib ada dalam bag Ruby. Kadang-kadang Adam ikut Ruby pergi mesyuarat, pergi kelas dan pergi kerja. Ruby nak bagi dia tidak ganggu Ruby bekerja, Ruby sediakan homework KUMON. Jadi dia akan selesaikan. Selepas selesai, Ruby akan semak semua muka surat dan bagi pelekat. Hehehe.

Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?
Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?

Adam lebih suka buat KUMON sambil Ruby sedang bekerja. Dia nak ibu ada di sebelah sambil perhatikan dia.

Jam Tangan Analog Pertama Adam

Jika anda ikuti Instagram Ruby, banyak Ruby kemaskini prestasi Adam di KUMON dan paling Ruby suka bila Adam minta jam tangan yang ada nombor. Dia nak belajar tengok jam! Perkara ni berlaku pada bulan Disember 2018 dan ibu dapat beli pada 24 Januari 2019. Hadiah untuk hari lahir sekali lah tu. Hehehe.

Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?

Februari 2019 – Numbers Up To 100 (Level 3A)

Dari tidak kenal angka, kini sudah tahu hingga nombor 110. Di KUMON, sesi pembelajaran tidak akan habis setakat itu. Untuk menajamkan fikiran dan tingkatkan kemahiran. Latihan bertubi-tubi amat membantu. Jangan sesekali ingat apabila kita dah berjaya sekali selesaikan Matematik, ia menunjukkan kita bijak. Ini kerana Matematik perlukan latihan harian. Pupuk pembelajaran berulang-ulang agar ia melekat dalam ingatan.

Adam sudah berada di Level 3A. Kadang-kadang, Ruby nampak dia seperti bosan membuat homework yang sama. Tetapi, dia perlu tahu ini adalah permulaan untuk dia mahir Matematik. Pada masa akan datang dia akan mula perlu mengingati formula penting Matematik. Ruby tidak mahu sia-sia kan peluang belajar di KUMON. KUMON pakar dan berpengalaman selama 61 tahun. Hebat kan?

Mula Membaca Nombor Di Poster Jualan Murah, Tanda Harga, Tarikh & Plat Kenderaan

Sejak belajar di KUMON, semua yang melibatkan nombor akan membuat Adam turn ON. Mula membaca nombor dimana-mana sahaja. Belajar untuk tahu tarikh. “Ibu today nine eleven twenty eighteen (9/11/2018) kan?”. “Ibu now eight (8) dah malam, tomorrow seven (7) ada sun”.

Tanda harga dan poster jualan murah pun Adam baca. Nombor 3 ke atas bagi dia dah mahal. 3 nombor seperti RM 2.90 adalah murah. Kalau RM 20.80 adalah mahal. Hahaha. RM 150.00 dia akan cakap mahal sangat ibu!!!

Sejak Adam ke KUMON, kami ada aktiviti baru di dalam kenderaan. Kami belajar baca nombor plat kenderaan. Siapa cepat, dia menang. Kebiasaannya Adam la menang. Sebab dia sebut “twenty six, thirty five (2635)”. Hahaha. Kemudian iklan filem di billboard tepi jalan raya dia akan baca bila tarikh tayangan filem. Masa ni dah tak boleh elak untuk tidak menonton wayang. Dia akan ingatkan Ruby “Ibu today thirty first one (31/1/2019), jom tengok movie”. Haha

Komitmen Ruby, Komitmen Adam & Komitmen Instructor

Ramai bertanya, macam mana komitmen Adam, macam mana pula komitmen Ruby? Macam mana komitmen instructor? Hahaha. Korang nak tahu rutin Ruby sejak Adam daftar kelas Matematik KUMON?

Ruby set jadual supaya tidak kelam kabut. Semasa menunggu Adam, Ruby ada masa untuk siapkan kerja Ruby. Cek email, balas email, edit gambar di telefon, edit video di telefon dan Ruby ada “me time” untuk ke Wangsa Walk Mall.

Bulan pertama best la kan. Bulan kedua dan seterusnya. Eh mana Adam ni, tak nak ibu tunggu dah ke. Siap suruh Ruby pergi jalan-jalan dulu. Tak perlu tunggu di ruang menunggu di depan. Huwaaaa.

Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?
Dari kiri, Ruby, Adam, Staff KUMON Cik Pei Ing dan Instructor KUMON Puan Fairus Anwar (Pemilik KUMON Pusat Bandar Wangsa Maju)

Adam Berdikari Cara KUMON

Apabila Ruby hantar Adam ke KUMON, sikap berdikari Adam belum lagi menonjol. Anak sulong ni kan manja dengan ibu ayah dia. Jadi, apabila dia ke KUMON pada hari kedua, dia macam panik. Sebab masa tu dia ke kelas jam 6.30 pm. Pelajar sedang ramai, ada yang baru daftar dan memang kelas penuh. Belajar susun bag dan mencari file nama dia pun tak nak. Hahaha.

Tapi, ia tidak ambil masa yang lama untuk dia berdikari. Bulan November adalah permulaan. Disember dia dah sangat berdikari. Datang ke KUMON berlari, naik atas dan susun kasut, masuk ke dalam kelas terus keluarkan pensil box dan homework yang dah selesai. Kemudian ambil fail bernama Adam Solihin dan “exchange” masukkan homework yang dah siap, lepas tu ambil homework baru. Terus dia masukkan dalam bag. Zip bag dan simpan dalam rak bag yang disediakan oleh KUMON. Kemudian dia bawa fail, tugasan di kelas dan pensil box ke meja. Keluarkan alat tulis yang diperlukan sahaja iaitu pemadam dan sebatang pensil. Pensil box dan alat tulis simpan di bawah meja.

Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?

Nampak tak? Dia dah tahu apa perkara yang perlu diutamakan dan mula belajar fokus. Alhamdulillah. Ruby bangga tengok prestasi Adam.

KUMON Di 51 Negara

Apa Yang Best Sangat Ke KUMON? Apa lagi ya? Ruby suka lakukan kajian untuk mengetahui pengalaman dan kisah di sebalik tabir. Dari kisah sukses seseorang, pasti ada sesuatu yang menaikkan semangat mereka. Jadi inspirasi untuk kita juga. Betul tak?

KUMON mempunyai cawangan di 51 buah negara.

  • Asia – Japan, Brunei, Cambodia, China, India, Indonesia, Korea, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Sri Lanka, Thailand, Vietnam, Hong Kong, Macau, Taiwan
  • Europe – Andorra, Austria, Belgium, France, Germany, Greece, Hungary, Ireland, Italy, Luxembourg, Netherlands, Poland, Spain, Switzerland, U.K.
  • Africa – Botswana, Kenya, Namibia, South Africa, Zambia
  • Middle East – Bahrain, Qatar, U.A.E
  • Oceania – Australia, New Zealand
  • North America – Canada, U.S.A., Mexico
  • South America – Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Peru

Kisah Inspirasi TORU KUMON

Apabila Toru Kumon mengembangkan Kaedah KUMON, tujuannya adalah untuk memastikan anaknya dapat melakukan Matematik di sekolah menengah dan tidak akan terlalu tertekan oleh subjek ini dan mempunyai masa yang cukup untuk meneroka usaha lain yang dia minat.

Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?

Dengan tujuan membantu anaknya memperoleh kebebasan dalam pembelajaran, Toru Kumon menyiapkan bahan pembelajaran dan kaedah pembelajarannya sendiri. Beliau menulis masalah Matematik pada lembaran kerja dan menggabungkan dengan kaedah pembelajaran sendiri yang membolehkan anaknya untuk maju dengan sendiri.

Ini meletakkan asas untuk pendekatan individu KUMON yang membolehkan setiap pelajar belajar mengikut kemampuan akademiknya, dan untuk mencapai potensi tanpa had; kedua-duanya mempunyai kepentingan.

Biografi Pengasas – Toru KUMON

Toru Kumon (?? ? Kumon T?ru, 17 November 1914 – 25 Julai 1995) adalah seorang pendidik Matematik Jepun yang dilahirkan di Prefektur K?chi, Jepun. Beliau menamatkan pengajian dari College of Science di Osaka University dengan ijazah dalam Matematik dan mengajar Matematik sekolah menengah di bandar asalnya di Osaka. Pada tahun 1954, anaknya, Takeshi, melakukan ujian yang tidak baik dalam ujian Matematik Tahun 2.

Didorong oleh isterinya, Teikonisila, Toru memeriksa buku teks Takeshi dan percaya mereka tidak mempunyai peluang yang tepat untuk seorang kanak-kanak untuk mengamalkan dan menguasai topik. Akibatnya, dia mula menulis lembaran kerja setiap hari untuk anaknya. Pada masa Takeshi berada di Tahun 6, dia dapat menyelesaikan kalkulus perbezaan dan integral yang biasanya dilihat pada tahun-tahun akhir sekolah menengah. Inilah permulaan Kaedah Pembelajaran KUMON dan pada akhir hayatnya, dia terus membantu.

Apa Yang Best Sangat Ke KUMON?

Hasil kemajuan Takeshi, ibu bapa yang lain berminat dengan Kaedah KUMON, dan pada tahun 1956, Pusat KUMON pertama dibuka di Osaka, Jepun. Pada tahun 1958, Toru Kumon mengasaskan Institut Pendidikan KUMON dan menetapkan piawaian untuk semua Pusat KUMON yang mula dibuka di seluruh dunia.

Program KUMON direka untuk mengukuhkan kemahiran Matematik dan kemahiran asas pelajar dengan mengkaji lembaran kerja yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar. Kaedah ini juga bertujuan untuk pelajar belajar secara bebas dan mempelajari bahan lanjutan di luar tahap gred sekolah mereka.

Pelajar maju apabila mereka menunjukkan penguasaan topik. Penguasaan KUMON ditakrifkan sebagai mampu mencapai skor cemerlang dalam tempoh masa yang diberikan. Kumon sangat menekankan konsep masa dan ketepatan.

Toru Kumon memberi kuliah mengenai kaedah pembelajarannya termasuk pentingnya seseorang pelajar mempelajari bahan yang sesuai dengan keupayaan mereka dan bukannya melalui faktor usia mereka. Malah, faedah-faedah ini membolehkan pelajar mempelajari bahan dengan lebih baik daripada tahap gred mereka.

Toru Kumon meninggal dunia di Osaka pada 25 Julai 1995 pada usia 81 tahun dari radang paru-paru. Terdapat sebuah muzium Toru Kumon di Osaka, Jepun dan Hari Yayasan Kumon yang diraikan pada 20 Oktober setiap tahun. Asteroid 3569 Kumon dinamakan sempena namanya.

Terima Kasih KUMON!

www.kumonmalaysia.com
www.facebook.com/kumonmalaysia
www.youtube.com/kumonmalaysia

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !