Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

Ruby
0

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Ekzema dan Psoriasis. Assalammualaikum semua, baru-baru ini ruby telah hadir ke acara pelancaran Suu Balm eksklusif hanya di Watsons. Seronok sangat sebab ada sesi eksperimen dan penerangan dari Dr John sangat membantu untuk memahami kenapa Ekzema dan Psoriasis amat memerlukan produk Suu Balm. Kebiasaannya produk alternatif untuk penghidap Ekzema dan Psoriasis adalah krim pelembab. Tiada sensasi sejuk yang melegakan segera rasa gatal tu. Ramai yang mempunyai masalah kegatalan akan menjadi stress, malah jika untuk anak-anak kecil yang tidak faham. Mereka akan menggaru sampai lega. Tanpa disedari kuku penuh dengan kesan darah. Kesiannya!

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Ekzema dan Psoriasis

Suu Balm berasal dari Singapura, di uji dari National Skin Centre Singapore oleh Pakar Dermatologi Kulit iaitu Dr Tey Hong Liang yang telah membuat kajian formula untuk melegakan kegatalan pesakit di Hospital. Ada dua solusi yang diinginkan iaitu cepat melegakan kegatalan dan memberi kebaikan kepada kulit iaitu kelembapan sepanjang hari. Suu Balm adalah solusi untuk melegakan kegatalan segera dan memberi kelembapan. Pada tahun 2015 Suu Balm mula dijual di Singapura. Dalam masa 4 tahun telah mendapat perhatian ramai pengguna. Terutama untuk penghidap Ekzema dan Psoriasis.

Perkongsian Tentang Suu Balm dan Eczema Oleh Dr John O’Shea

Peratusan penghidap Ekzema dan Psoriasis adalah 1 dari 10 orang semasa hidup mereka dan ia berlaku pada semua peringkat umur. Manakala kulit Ekzema berbeza dengan kulit normal kerana ia tidak menutup kulit. Oleh kerana itu, kelembapan sukar untuk kekal di kulit.

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

Ramai ibu bapa risau tentang anak-anak mereka yang memiliki Ekzema. Kebanyakan masa mereka sentiasa mengawal tangan anak agar tidak menggaru. Tetapi, keadaan itu tidak dapat dilakukan selalu kerana ibu bapa juga perlu melakukan perkara lain. Selain itu, doktor akan memberi saranan agar memberi kelembapan berganda kepada anak-anak yang memiliki Ekzema. Suu Balm sangat bagus untuk seisi keluarga. Malah anak boleh menyapu sendiri apabila berasa gatal dan saiz yang disediakan sangat sesuai untuk dibawa ke rumah pengasuh, travel atau dimana-mana sahaja!

Isi Kandungan Utama Suu Balm Adalah Daun Pudina

Daun Pudina adalah isi kandungan natural yang mengandungi menthol semulajadi. Kami berksempatan melakukan eksperimen dan aktiviti mengenali isi kandungan Suu Balm.

1. Menthol Experience

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

2. Stopwatch Experience

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

3. Ceramide Experience

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

4. Wash Trial

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

Suu Balm Adalah Alternatif Ubatan, Bukan Menggantikan Ubat Yang Sedia Ada

Kebanyakan pengalaman ahli keluarga yang mencari solusi Ekzema akan bertukar kepada satu produk kepada produk lain. Malah melupakan ubat yang diberikan oleh doktor. Preskripsi yang diberikan adalah yang terbaik. Tetapi penggunaan alternatif sampingan seperti Suu Balm dapat membantu anda dengan lebih efektif.

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

Perkongsian Pengalaman Cik Rocyie Wong – “The Psoriasis Fighter”

Semasa tidur tidak sedar menggaru sampai berdarah. Kuku ada bekas darah. Cik Rocyie Wong menggunakan Suu Balm setelah diperkenalkan kepadanya. Banyak jenis produk telah digunakan, tetapi Suu Balm banyak membantu. Kehidupan lebih bermakna dan dia bebas melakukan apa sahaja.

Tekanan Yang Dihadapi Oleh Penghidap Ekzema dan Psoriasis

Ruby juga ada pengalaman melihat penghidap Ekzema dan Psoriasis, malah ruby juga ada Psoriasis suatu masa dulu. Kebanyakan masa, ruby bergantung kepada ubat yang doktor pakar kulit berikan.

1. Kualiti kehidupan terganggu.
2. Masalah mental dan suicidal ideation.
3. Kualiti tidur yang tidak mencukupi kerana kegatalan mengganggu. 63% sentiasa terjaga.
4. Stress dengan persekitaran dan pandangan masyarakat.
5. Produk kecantikan – pelbagai produk di pasaran yang menarik. Tetapi tidak sesuai.
6. Kerap mandi – perlu mandi air suam untuk membersihkan badan dari peluh
7. Berpeluh – apabila ingin bersukan, ia amat terbatas! Ini kerana peluh dan bakteria membuatkan kulit lagi berasa gatal.
8. Debu dan haiwan peliharaan – kami tidak membela haiwan peliharaan dan tidak boleh terdedah kepada persekitaran berhabuk.
9. Sabun basuh pakaian – sentiasa melihat isi kandungan sabun, kebiasaannya beli yang ada antibakteria
10. Pencemaran alam – kadang-kadang kami lebih suka berada di rumah dari berada di luar rumah. Cuaca tidak menentu dan tidak selesa berada di luar terlalu lama.
11. Pemakanan – Kami makan seperti berpantang, elak pelbagai jenis makanan. Terutamanya yang mengakibatkan kegatalan dan tidak selesa. Kami perlu mencuba satu-satu makanan dan berjumpa nutritionist untuk bantu rancang pemakanan seimbang.
12. Gaya hidup sihat – Cuba untuk lakukan perkara bermanfaat yang bersesuaian dengan keadaan diri. Lebih suka ke tempat yang ada penghawa dingin. Rumah ada penghawa dingin adalah yang terbaik. Supaya saya boleh melakukan kerja tanpa batasan.

Ekzema & Psoriasis mengakibatkan pelbagai tekanan. Bercakaplah dan minta bantuan sokongan dari kawan-kawan dan keluarga. Jumpa doktor untuk sentiasa dapat preskripsi. Ini kerana Ekzema & Psoriasis mengakibatkan pelbagai kemurungan. Tidak kira sama ada anda kanak-kanak, wanita atau lelaki dan semua peringkat usia ada tekanan tersendiri.

Rangkaian Produk Suu Balm

  1. Suu Balm Kids
Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

2. Suu Balm Original

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

Rangkaian penjagaan kulit SUU BALM sesuai untuk seisi keluarga. Suu Balm ultra-gentle moisturising washes TIDAK mengandungi SLS (Natrium Lauryl Sulfate), SLES (Natrium Laureth Sulfate), dan bebas daripada Parabens, bahan pengawet, dan wangian. Semua produk Suu Balm Original and Suu Balm Kids disahkan Halal oleh Jakim Malaysia.

Perbezaan diantara rangkaian Suu Balm adalah, Suu Balm untuk kanak-kanak kurang sejuk,tetapi lebih Ceramide. Manakala Suu Balm untuk dewasa lebih sejuk, tetapi kurang Ceramide. Mandian Badan Suu Balm, membantu memberi kelembapan dan pantas melegakan kegatalan. Sebelum tidur, gunakan mandian ini agar anda boleh tidur sepanjang malam.

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

Produk Suu Balm tersedia secara eksklusif di Watsons. Sekarang Watsons mempunyai tawaran pengenalan untuk Suu Balm Body Moisturiser (15ml) dengan hanya RM9.90 dari sekarang hingga 4 Mac 2019. Selain itu, tawaran Purchase-With-Purchase (PWP) 30% off pada produk Suu Balm dari 5 Mac hingga 1 April 2019.

www.watsons.com.my
www.facebook.com/watsonsmalaysia
www.instagram.com/watsonsmy

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !