KAMI PENGUNDI P098 GOMBAK UNTUK PILIHAN RAYA UMUM KE-15

KAMI PENGUNDI P098 GOMBAK UNTUK PILIHAN RAYA UMUM KE-15

Ruby
5
KAMI PENGUNDI P098 GOMBAK UNTUK PILIHAN RAYA UMUM KE-15 | Assalammualaikum semua! Alhamdulillah hari ini selesai kami suami isteri melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan melaksanakan undian bagi Parlimen P098 Gombak. 

Sejujurnya, Ruby dan suami tidak tahu siapa yang bertanding untuk kawasan sekolah yang kami akan hadir untuk pangkah. Ada juga google, tapi tak faham siapa bertanding untuk kawasan kami. Rupa-rupanya, kami undi Parlimen P098 Gombak direct. Huyoooo. Teruja! Sebab ada nampak nama-nama familiar. 

KAMI PENGUNDI P098 GOMBAK UNTUK PILIHAN RAYA UMUM KE-15 


Rutin harian kami sememangnya sudah terbiasa tidur awal dan bangun awal. Mudah untuk mulakan hari yang baru apabila konsisten begini. Siapkan anak dan suami awal memudahkan mereka ke sekolah dan pejabat awal. Penjagaan masa amat penting, tidak kelam kabut dan stress. Masalah ponteng pun tak ada. Setuju?

Jadi, pada hari Pilihan Raya Umum Ke-15 kami siap-siap dari rumah, solat dan light breakfast. Jam 7:30 pagi bertolak, rilex je memandu, cari parking dan berjalan ke tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang. 

Setibanya masuk ke dalam kawasan parking sekolah pada jam 8 pagi, kami dibantu oleh petugas keselamatan dan sukarelawan SPR untuk daftar diri di Saluran 7. Korang tahu tak, nama sukarelawan yang semak nombor bilangan dan nama di Saluran 7 tu namanya pun sama macam nama penuh Ruby. Hahahaha. Tergelak kami. 

Dah daftar, Ruby terus ke bangunan yang ada Saluran 7. Ruby siap sesat barat sebab masuk laluan Saluran 1, 3, 4 & 5. Jalan terus je mereka kata. Ruby pun jalan tanpa baca penanda arah. Hahaha. Lepas tu tengok Saluran 2 di Bangunan Warisan Tan Sri P. Ramlee berlakon tu. Baru Ruby berksempatan tengok seni bina bangunan tersebut dan apa ada dalam bilik tu. Hehehe.

Kami suami isteri berjalan ke Saluran 7 melalui kantin Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang. Terus naik ke atas. Rupanya tempat mengundi di sebelah kelas anak Ruby je. Kelas Adam dijadikan tempat beratur para pengundi. Siap ada kerusi disediakan. Walaupun Saluran 7 untuk muda mudi. Kalau berdiri lama, mau sakit lutut. Terima kasih banyak-banyak kepada petugas SPR menyediakan ruang selesa kepada kami. 


Sambil menunggu giliran. Terdengar la bunyi riuh rendah yang ada pengundi geli nak celup jari. Terjerit-jerit dan dicampuri dengan hilaian tawa. Nasib baik tak lama situasi itu, mau delay kami yang menunggu ni. Hahaha.

Apabila tiba giliran kami untuk mengundi. Ruby masuk dulu, serahkan Kad Pengenalan kepada Kerani SPR di meja pertama dan sebut nombor bilangan. Senang Kerani SPR buka muka surat 3 dan baca nombor Kad Pengenalan dan Nama Penuh. 

Seterusnya ke meja kedua iaitu sebelah je untuk celup jari. Tunjukkan tangan pusing-pusing depan belakang untuk menunjukkan Ruby belum mengundi. Sebelum kerani celup cari, mereka tanya Ruby menulis guna tangan kanan atau tangan kiri? Ruby jawab tangan kanan. Celup jari telunjuk kiri, ada span di dalamnya. Hehehe. Kerani SPR siap bantu bersihkan jari Ruby dari dakwat meleleh. Terharu lah! Terima kasih. 

Meja ketiga pula tempat Kerani SPR beri kertas undi. Mereka akan tarik kertas baru dan lipatkan. Seterusnya Ruby perlu letak telefon dan terus ke kotak undi untuk pangkah X. Selesai pangkah, Ruby terus masuk kertas dalam box transparen di tengah bilik. Ambil telefon dan jalan keluar. Ruby tengok jam di telefon. Eh baru 8:30 pagi!!! Laju!! Setelah selesai, kami terus pulang. 


UNDI KALI PERTAMA BUAT SUAMI DAN KAMI JUGA TUKAR ALAMAT


Pilihan Raya Umum Ke-15 adalah pengalaman ke tiga Ruby mengundi dan merupakan pengalaman kali pertama buat suami. Oleh kerana kami tidak lagi menetap di kampung masing-masing. Adalah lebih baik kami tukar alamat baharu Kad Pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara. 

Selesai urusan alamat di JPN, Ruby terus kemaskini di laman web SPR. Semua ini Ruby lakukan pada tahun 2018 selepas PRU14. Sebab susah betul nak kena asing-asing balik kampung mengundi. Lepas buat kemaskini di SPR, Ruby tutup komputer dan biar mereka buat perubahan. Sebulan, dua bulan, setahun? Selagi belum ada Pilihan Raya Umum, Ruby tak kalut cek. Cuma masa Kerajaan Malaysia maklum tarikh-tarikh penting PRU-15. Terus Ruby semak tempat mengundi. 

Alhamdulillah SPR dah kemaskini lokasi mengundi kami suami isteri di lokasi sama dan Saluran 7 yang sama. Selama 15 hari menanti Hari Pengundian. Kempen yang diadakan oleh semua calon sangat aktif dan kreatif. Jangan bimbang. Undi adalah RAHSIA. 

5 PENJURU - SEMUA CALON HEBAT-HEBAT


Sumber gambar dari The Merdeka Times

Tadi Ruby lihat ada 5 nama calon semasa ingin pangkah kertas undi. Kertas undi sama seperti Dato' Seri Amirudin bin Shari kongsikan di media sosial beliau. Hari ini Ruby baru cari dan faham. Hahahahaha. 

  • Perikatan Nastional (PN) - MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
  • Pakatan Harapan (PH) - Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari.
  • Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) - Jamaludin Mohd Tahir.
  • Parti Bahtera Sejahtera Malaysia (BAHTERA / BEBAS) - Tuan Haji Ir. Zulkifli Ahmad.
  • Barisan Nasional (BN) - Ketua UMNO Gombak, Datuk Wira Megat Zulkarnain Omar Din.

KAMI PENGUNDI P098 GOMBAK UNTUK PILIHAN RAYA UMUM KE-15
Gambar semasa Penamaan Calon P.098 Gombak 5 November 2022. Dari kiri Tuan Haji Ir Zulkifli Ahmad (Bebas), Datuk Seri Azmin Ali (Perikatan Nasional), Dato' Seri Amirudin Shari (Pakatan Harapan), Aziz Jamaludin Tahir (Pejuang) dan Datuk Wira Megat Zulkarnain Omar Din (Barisan Nasional). Sumber gambar dari Fareez Fadzil Malaysia Gazette.


Semua calon memiliki karisma tersendiri untuk menjadi pemimpin. Ruby ikuti semua kempen para calon dari jauh sahaja sebelum ini. Memang nampak mereka ingin berikan yang terbaik kepada Gombak. Walau sesiapa pun menang, Ruby harap mereka memiliki sifat empati terhadap kebajikan rakyat tidak kira dari golongan T20, M40, B40 dan B50. 

Tiada istilah kaya akan terus kaya, miskin akan terus miskin. Jika anda berusaha, anda berjaya. Begitulah sepatutnya kan? 

Ruby mahu peluang pekerjaan tidak kira usia untuk semua. Sama ada lepasan SPM, fresh graduates, ibu hamil, suri rumah, duda, janda, warga tidak fasih mandarin, masyarakat berlainan bangsa dan agama. Kita sepatutnya meraikan kepelbagaian yang sememangnya ada di Malaysia. Kami mahu mencari rezeki yang Halal. 

Ruby mahu gaya hidup yang sihat. Kehidupan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, sosial, fizikal dan mental. 

Kita pengeluar bahan makanan, sepatutnya food shortages tidak berlaku. Harga barang dapur juga sepatutnya tidak mahal. Bumi Malaysia kaya dengan sumber pertanian. Rasional lah. 

Seterusnya kemaskini institusi pendidikan negara Malaysia. Ramai anak-anak genius. Janganlah slow kan perkembangan mereka.

Isu institusi kekeluargaan pun perlu dibantu. Banyak kes perceraian, hubungan songsang dan lain-lain. Semua berkait rapat. Masyarakat semakin tenat. Tolonglahhhhh. 


KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-15


Tempoh mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 adalah dari 8 pagi hingga 6 petang. Ia memberi ruang dan peluang kepada semua pengundi. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan urusan PRU15 dan kemenangan berpihak kepada pemimpin yang benar-benar ingin menjaga Malaysia. Amin. 

Nanti Ruby kemaskini keputusan rasmi kemenangan. Okay?
Tags

إرسال تعليق

5تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. comel je MB punya poster hahaha. Cair jugak eh kak ruby punya dakwat tu, dekat area saya mengundi kemain pekat warna dia. Kalau tau dip hujung kuku je hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha kan. Sebab nak masuk jari tu ke dalam botol ada span. Akak masuk sampai tak kena penutup. Rupanya penuh sampai nak habis jari telunjuk.

      حذف
  2. Tahniah kerana telah menjalankan tanggungjawab anda..adakah pilihan anda tepat? :-p

    ردحذف
    الردود
    1. Kikiki undi adalah rahsia. Tapi kalau dah sampai hari Khamis gini. Tiada rahsia lagi. Ya benar pilihan yang tepat. Kikiki

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !