TAHNIAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10

TAHNIAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10

Ruby
0
TAHNIAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10 | Assalammualaikum semua! Setelah mengikuti perkembangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sejak Penamaan Calon pada 5 November 2022. Sebagai Rakyat Malaysia ini adalah detik paling Ruby teruja. Setelah memenangi PRU15, fasa seterusnya melantik Perdana Menteri. 

Tahun 2022 telah melakar sejarahnya yang tersendiri dimana pemilihan Perdana Menteri ke-10 melibatkan pelbagai pihak. Parti Politik nak bergabung satu hal. Malah, Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga merujuk Majlis Raja-Raja. Ruby bangga dengan tindakan pantas YDPA dan Raja-Raja Melayu. Dirgahayu Tuanku.

TAHNIAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10


24 November 2022 tepat jam 5PM, sejarah Malaysia tercipta. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. Terus udara sekeliling berubah di saat menonton lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di lstana Negara. Menitis air mata. Elok pula hujan renyai-renyai di Ukay Perdana ni. 

Inilah keunikan Pemerintahan Beraja dalam Sistem Demokrasi Malaysia. Sistem pemerintahan Raja BerPerlembagaan dan Demokrasi BerParlimen, pemilihan Yang di-Pertuan Agong yang mula dilaksanakan ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957 adalah cukup bermakna kerana ia melambangkan keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan demokrasi.

PERBINCANGAN KHAS RAJA-RAJA MELAYU PADA 24 NOVEMBER 2022


Dirgahayu Tuanku! 

Raja-Raja Melayu berangkat ke Istana Negara hari ini bagi menghadiri Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu berhubung pembentukan kerajaan baharu.

Kenderaan rasmi dari Istana Johor antara terawal dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 9.40 pagi dengan membawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, diikuti konvoi kenderaan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada 10.21 pagi.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pula berangkat tiba pada 10.29 pagi, disusuli Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 10.46 pagi, Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir dan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pintu utama Istana Negara ditutup pada 11 pagi.

Perbincangan khas itu akan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata Seri Paduka telah menitah perkenan untuk Istana Negara menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu di Istana Negara.

“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat,” katanya.

 

TAHNIAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10

TAHNIAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu susulan daripada sesi menghadap wakil-wakil Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara berasingan di Istana Negara semalam manakala sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) secara berasingan pula pada Selasa.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu lepas berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan parti politik mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Persekutuan. Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan adalah 112 kerusi.

Pada PRU itu, PH memperoleh 82 kerusi; PN 73 kerusi; BN (30); Gabungan Parti Sarawak (23); Gabungan Rakyat Sabah (enam); Warisan (tiga); Bebas (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), masing-masing menang satu kerusi.

Sementara itu, hari ini juga berlangsung proses penamaan calon bagi pilihan raya kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Pahang yang diadakan serentak susulan kematian calon di kedua-dua kerusi berkenaan sebelum hari pengundian PRU15. - MalaysiaKini


ISTIADAT MENGANGKAT SUMPAH PERDANA MENTERI KE-10



SIDANG MEDIA PERTAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10


Selepas perlantikan, pastinya kita sebagai rakyat menanti sidang media PM10. Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Ke-10 ditemani isteri Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail mengadakan sidang media secara langsung dari Sg Long, Kajang, Selangor.


Antara intipati kenyataan media pertama Dato' Seri Anwar Ibrahim (24 November 2022) sebagai Perdana Menteri: 

1. Komited mempertahankan Perlembagaan - Bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan kaum Melayu tanpa meminggirkan hak kaum Cina, India, suku kaum Sabah dan Sarawak serta Orang Asli

2. Pemerintahan dibentuk dengan dukungan padu dan mantap dari tiga gabungan terbesar yakni Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak

3. Kerajaan akan menjamin dan menjaga hak semua rakyat Malaysia khususnya golongan yang terpinggir dan melarat tanpa kira bangsa dan agama

4. Fokus nombor satu saat ini adalah agenda pengukuhan ekonomi  

5. Melawan rasuah dan penyelewengan secara serius dan habis-habisan dengan menggerakkan agenda reformasi tatakelola (‘governance’) pemerintahan

6. Usul Undi Percaya akan menjadi agenda pertama sewaktu Sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini

7. Tetap menolak untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri

8. Isnin, 28 November 2022 ini adalah CUTI UMUM seluruh negara

ANWAR IBRAHIM #DemiPertiwi

SELAMAT BERTUGAS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


Jom kita doakan agar Allah s.w.t memberkati kepimpinan DSAI, dipermudahkan segala urusan dan dapat melaksanakan tanggunjawab sebaiknya. InsyaAllah!
Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !