ULANG TAHUN KE-3 TOPPEN SHOPPING CENTRE
الجمعة, نوفمبر 18, 2022ULANG TAHUN KE-3 TOPPEN SHOPPING CENTRE | Assalammualaikum semua! Pada 7 November 2022 yang lalu telah berlangsung pelancaran kempen bersempena ulang tahun ke-3 Toppen Shopping Centre. Toppen Shopping Centre menyambut ulang tahun ke-3 dengan menjemput komuniti Johor untuk menyertai kempen “Ringgit Kasi Tariiik” sepanjang November. Pertama kali Ruby ke Toppen Shopping Centre sudah jatuh hati dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.
Di sini, Ruby meneroka banyak peluang untuk beriadah seisi keluarga. Jika anak-anak suka skateboarding dan rock climbing, mereka boleh buat aktiviti tersebut. Manakala di The Topp ada banyak kedai makan outdoor. Persekitaran luas dan menenangkan. Suka sangat vibes di Toppen Shopping Centre. Lokasi untuk OOTD pun banyak untuk abadikan gambar bersama keluarga atau rakan-rakan. Kalaulah konsep macam ni ada di Kuala Lumpur, mesti best! Ruby juga da sertai Toppen Shopping Centre Race To The Topp, nanti Ruby share di artikel seterusnya okay?
ULANG TAHUN KE-3 TOPPEN SHOPPING CENTR
MENANGI TRIP KE QATAR 2022
ACARA HUJUNG MINGGU SEMPENA ULANG TAHUN KE-3 TOPPEN PADA 11 - 13 NOVEMBER 2022
Vasilisa Kuznetsova, Pengurus Besar Toppen Shopping Centre berkata, “Hasrat kami adalah untuk menjadikan Toppen sebagai lokasi pilihan utama komuniti Johor untuk membeli-belah, bersantai bersama keluarga serta menjalankan pelbagai aktiviti melibatkan komuniti setempat. Setakat ini, Toppen telah menjadi tuan rumah kepada 450 acara yang dianjurkan oleh komuniti setempat.Oleh itu, sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka, kami berbesar hati meraikan sambutan ulang tahun ke-3 ini dengan menawarkan pelbagai tawaran hebat, ganjaran dan acara yang boleh mereka sertai. Melangkah ke hadapan, kami komited untuk memastikan Toppen terus berkembang dan antara usaha yang dilakukan termasuk memperkenalkan tawaran baharu untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup pelanggan kami.”
1 comments
Happy Anniversary Toppen Shopping Centre! best nyer so many promos and activities
ردحذفPERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.