KONSERT ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 DI KUALA LUMPUR LUAR BIASA!

KONSERT ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 DI KUALA LUMPUR LUAR BIASA!

Ruby
0
Assalammualaikum semua! Bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil. 9 September 2022 Ruby berkesempatan ke Konsert Dewa 19 - Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19. Seawal jam 5.30 petang Ruby bertolak, cuaca hari ini hujan sepanjang petang. Pada mulanya ingin menaiki motosikal. Namun, kami naik kereta sebab mengikut ramalan kaji cuaca, hujan akan berterusan sehingga malam.

Setelah mengharungi trafik sesak dari lebuhraya MEX, akhirnya kami sampai dan perkara yang paling teruja adalah melihat Baladewa dan Baladewi berhimpun untuk mengembalikan nostalgia zaman-zaman mengenali lagu-lagu Dewa 19. Ari Lasso, Once Mekel, Virzha dan Ello semuanya hadir! Katanya 30 tahun, 30 lagu. Tapi, mereka belanja sehingga 38 lagu! Terima kasih DEWA 19! Ternyata kalian luar biasa!

KONSERT ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 DI KUALA LUMPUR LUAR BIASA!


KONSERT ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 DI KUALA LUMPUR LUAR BIASA!


Dewa 19 kembali ke Malaysia! Untuk kali ini band tersohor Indonesia tersebut akan menebus rindu yang belum tuntas dan sekaligus menebus janji mereka apabila pengasasnya, Ahmad Dhani dipastikan hadir bersama. Hadir dalam rangka Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19, kumpulan yang sudah memulakan tour mereka di beberapa kota di Indonesia ini turut menjadikan Malaysia sebagai negara yang ikut merayakan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka.

‘30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’ begitu slogan ringkas namun cukup padat yang disampaikan kepada para peminat untuk konsert julung kali ini. Dhani malah berjanji dalam 30 lagu tersebut, akan ada banyak rendisi yang tidak pernah serta jarang dipersembahkan dalam konsert mereka selama ini.

Jika kehadiran Dhani yang menggerakkan Dewa 19 bersama 30 lagu belum cukup menyemarakkan perayaan 30 tahun band asal Surabaya ini, Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 terus memberi bonus tambahan. Kehadiran di Malaysia yang dibawakan oleh Icon Entertainment akan disertai beberapa mantan anggotanya termasuk pemain drum, Tyo Nugros.


KONSERT ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 DI KUALA LUMPUR LUAR BIASA!

KONSERT ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 DI KUALA LUMPUR LUAR BIASA!

KONSERT ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 DI KUALA LUMPUR LUAR BIASA!

KONSERT ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 DI KUALA LUMPUR LUAR BIASA!

KONSERT ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 DI KUALA LUMPUR LUAR BIASA!

KONSERT ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 DI KUALA LUMPUR LUAR BIASA!

KONSERT ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 DI KUALA LUMPUR LUAR BIASA!

Dan yang dinantikan juga buat pertama kali, Dewa 19 menghimpunkan empat vokalis handalan mereka di atas satu pentas! Bayangkan bagaimana Ari Lasso melantunkan tembang yang ikonik dengannya sebelum posisi vokalis itu diambil alih oleh Once Mekel dan perjuangan vokal magis kedua penyanyi ini disambung oleh Virzha serta yang terkini, Ello.

Konsert yang ditunggu-tunggu ramai ini turut mendapat sokongan Hot FM dan Buletin FM selaku radio rasmi serta Astro Gempak selaku digital media rasmi. Kesion Malaysia dan EF Media juga turut memberi sokongan padu terhadap konsert ini selaku rakan media rasmi.

SENARAI LAGU SEPANJANG KONSERT ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19

PERSEMBEHAN PEMBUKAAN:
FORMAT MASA DEPAN 1994

VIRZHA & ELLO:
1. RESTOE BOEMI
2. I WANT TO BREAK FREE
3. STILL I AM SURE WE'LL LOVE AGAIN

AHMAD DHANI:
4. CINTA GILA

ELLO:
5. JULIETTE
6. ASPIRASI PUTIH
7. TAK KAN ADA CINTA YANG LAIN
8. BAYANG - BAYANG
9. CARELESS WHISPER

VIRZHA:
10. SELATAN JAKARTA
11. BUNGA
12. AKU MILIKMU
13. LARUT

DHANI-VIRZHA:
14. HADAPI DENGAN SENYUMAN
15. ANGIN

ONCE (CHAPTER I):
16. ROMAN PICISAN (T)
17. ARJUNA (T)
18. PEREMPUAN PALING CANTIK DI NEGERIKU INDONESIA
19. DEWI
20. DUA SEDJOLI (T)
21. LAGU CINTA
22. MISTIKUS CINTA
23. SEDANG INGIN BERCINTA (AHMAD DHANI)

ARI LASSO (CHAPTER I):
24. CINTA KAN MEMBAWAMU KEMBALI
25. ELANG
26. AKU DISINI
27. SATU HATI
28. CUKUP SITI NURBAYA

ONCE (CHAPTER II):
29. PANGERAN CINTA
30. RISALAH HATI (T)
31. SATU
32. CEMBURU (T)
33. SAYAP SAYAP PATAH
34. PUPUS (T)

ARI LASSO (CHAPTER II) :
35. KIRANA
36. KANGEN
37. KAMULAH SATU SATUNYA

LASSO – ONCE – VIRZHA – ELLO :
38. SEPARUH NAFAS

KONSERT ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 DI KUALA LUMPUR LUAR BIASA!KONSERT ANNIVERSARY TOUR 30 YEARS OF DEWA 19 DI KUALA LUMPUR LUAR BIASA!

Terima kasih DEWA 19! Jumpa lagi!
Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !