20 JUTA! MALBATT: MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR

20 JUTA! MALBATT: MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR

Ruby
0
Assalammualaikum semua! 10 September 2022 hari ini telah berlangsung Majlis Pelancaran dan Sidang Media MALBATT: Misi Bakara di Berjaya Times Square Hotel. Buat kali pertama klip promosi filem ini dipertontonkan kepada rakan media dan para barisan pelakon filem telah diperkenalkan. Kos filem ini berjumlah RM 20 Juta dan melalui sesi penggambaran di Turkey selama 7 minggu. Para pelakon juga menerima latihan di Kem Tentera Darat Port Dickson, Negeri Sembilan.

Selain itu, pakaian seragam yang digunakan bebeza dengan rekaan digital yang sedang digunakan pada hari ini oleh Angkatan Tentera Darat (ATM) sekarang. Pihak produksi perlu menempah khas pakaian untuk memberi hasil filem yang terbaik. Walaupun pakaian dan jalan cerita mengikut dari kisah benar 1993, dengan suntingan CGI set penggambaran ia tidak akan nampak seperti filem lama. Ia pasti membanggakan Malaysia.

Menurut Adrian Teh, pemilihan para pelakon berdasarkan keselesaan bekerjasama, semua pelakon melalui uji bakat dengan menjiwai skrip. MALBATT: Misi Bakara adalah dari kisah benar dan ia melibatkan seluruh Batalion. Pelakon perlu faham tentang protokol Tentera Darat Malaysia. Dalam memperbetulkan fakta, sepanjang 3 tahun ini, Adrian Teh telah membuat kajian dan misi. Menyemak rekod rasmi dari Tentera Darat Malaysia dan menemuramah para perwira. Ini bukan dokumentari, ia adalah filem yang mudah untuk penonton faham. Ia dari kisah benar.

Sesi temubual diadakan bersama pengarah filem iaitu Adrian Teh dan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Gambit Saifullah dan Theebaan G. 

20 JUTA! MALBATT MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR

MALBATT: MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR


MALBATT: Misi Bakara akan dipersembahkan oleh Tentera Darat Malaysia bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw. Filem ini adalah kisah benar tentang operasi untuk membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di dalam peperangan saudara di Somalia. Cerita ini pernah diketengahkan di dalam filem Hollywood iaitu Black Hawk Down. Kali ini kita semua berpeluang untuk mengetahui naratif tentang malam kejadian tersebut dan mengenali wira yang sebenar. 

20 JUTA! MALBATT MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR

Di majlis tersebut ucapan pembukaan telah disampaikan oleh pengarah filem iaitu Adrian Teh. Beliau berkata, “Selepas Paskal The Movie, saya memang tertarik untuk menyampaikan cerita kisah benar tentang Angkatan Tentera Malaysia. Sudah semestinya penglibatan tentera kita di Perang Mogadishu ini menjadi inspirasi kerana ia adalah misi yang paling berjaya dan diketahui umum. Saya bersyukur diberi peluang untuk menceritakan kisah sebenar yang terjadi di sana.” 

20 JUTA! MALBATT MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR

Mewakili pihak penerbit, Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun turut menyampaikan ucapan di majlis tersebut. Beliau berkata, “Dengan adanya filem yang bakal membangkitkan semangat kenegaraan dan mengangkat segala usaha wira-wira kita mempertahankan kedaulatan negara, kami Berjaya Pictures amat berbesar hati untuk menjadi salah sebuah syarikat penerbitan filem ini.” 

Tetamu kehormat majlis, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Bin Mohd Zain turut menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Pelancaran filem MALBATT: Misi Bakara. Di dalam ucapannya, beliau berkata, “Adalah menjadi harapan saya, agar filem ini nanti akan dapat memaparkan fakta sebenar berkaitan peristiwa bersejarah ini. Adalah penting untuk fakta sebenar insiden ini ditonjolkan demi menghargai peranan dan pengorbanan mereka yang telah berkorban nyawa untuk menyempurnakan amanah negara.” 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Golden Screen Cinemas Cik Koh Mei Lee, turut berkata, “Sebagai salah satu rakan pelabur filem ini, GSC akan terus menyokong penghasilan filem yang boleh menghibur, mendidik, dan memupuk semangat cinta negara.” 

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami rasa amat teruja dapat terlibat dalam filem ini. Kami yakin filem ini mampu memberi gambaran sebenar dan memperlihat keberanian serta kegagahan tentera Malaysia, sekali gus menyuntik semangat kepada rakyat Malaysia. Semoga penglibatan Astro Shaw dapat perkukuhkan lagi kualiti produksi dan pemasaran filem ini.” 

Turut hadir di majlis tersebut adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohamad Bin Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Muhammad Haffizudeain bin Jantan, Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Bin Md Lepi, Asisten Ketua Staf Perisikan, Mejar Jeneral Datuk Hamzah Ali, Senator Datuk Seri Zurainah Musa, Pengerusi FINAS; Tuan Syed Ali Shahul Hameed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Corporation; Cik Budi Citawan W Hanafi, Pengarah Urusan, Berjaya Pictures; Dato’ Razak Al-Malique, Ketua Pegawai Eksekutif, Fast Bikes dan Puan Carla Soong wakil Aurum Investments Limited. 

MALBATT: MISI BAKARA


Filem: MALBATT: Misi Bakara
Genre: Aksi, Patriotik
Penerbit: Berjaya Pictures Sdn Bhd, Act 2 Pictures Sdn Bhd, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw
Produksi: Act 2 Pictures Sdn Bhd
Pengarah: Adrian Teh
Lakon Layar: Adrian Teh; Modee
Pengedar: GSC Movies
Tempoh Penggambaran: 14 Jun – 6 Sept 2022, 39 hari (Turki), 21 hari (Malaysia)
Lokasi Penggambaran: Turki & Malaysia
Tarikh Tayangan: Q3 2023
Barisan Pelakon: 
Adlin Aman Ramlie sebagai COL Rahman
Fauzi Nawawi sebagai MAJOR Osman
Bront Palarae sebagai MAJOR Adnan
Tony Eusoff sebagai MAJOR Abd Samad
Zahiril Adzim sebagai LT Dahari
Hairul Azreen sebagai LT Ismail
Iedil Dzuhrie sebagai LT Mustafa
Syazwan Zulkifly sebagai LT Johan
Shaheizy Sam sebagai LCPL Ramlee
Nafiez Zaidi sebagai LCPL Nik Zainal
Dafi Ismail Sabri sebagai LCPL Zulkifli
Taufiq Hanafi sebagai LCPL Fuad
Ikhram Juhari sebagai LCPL Wahid
Safwan Nazri sebagai PTE Isa
Dini Schatzmann sebagai SGT Hamid
Gambit Saifullah sebagai SGT Mukhriz
Theebaan G sebagai LCPL Shah


20 JUTA! MALBATT MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR20 JUTA! MALBATT MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR20 JUTA! MALBATT MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR20 JUTA! MALBATT MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR20 JUTA! MALBATT MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR20 JUTA! MALBATT MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR20 JUTA! MALBATT MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR20 JUTA! MALBATT MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR20 JUTA! MALBATT MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR20 JUTA! MALBATT MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR


SINOPSIS FILEM MALBATT: MISI BAKARA

Pada tahun 1993, semasa Perang Saudara Somalia, kebuluran dan kematian menyelubungi negara. Operasi penjaga keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan di Mogadishu untuk membantu dan melindungi aktiviti kemanusiaan daripada diserang dan disembelih oleh panglima perang Somalia Jeneral Mohamed Farrah Aidid dan militannya.

Pada 13 Oktober 1993, selepas kejayaan misi menyelamatkan wartawan asing daripada cengkaman militan, Batalion Malaysia (MALBATT) menerima perintah kecemasan baharu daripada UNOSOM(Operasi Bangsa Bersatu Di Somalia). Semasa percubaan untuk menangkap menteri luar Aidid dan penasihat politik tertingginya, dua helikopter Black Hawk tentera Amerika Syarikat ditembak jatuh. Juruterbang dan anak kapal di atas kapal, bersama 70 Renjer Amerika Syarikat terperangkap, dikelilingi oleh Militan, tanpa jalan keluar.

Misi MALBATT adalah untuk membantu tentera Amerika Syarikat untuk menyelamatkan semua tentera mereka, sama ada hidup ataupun mati...

MALBATT: Misi Bakara, filem penuh aksi ini bakal memecah panggung di seluruh negara bermula tahun hadapan 2023. 
Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !