HABIB & Dato’ Sri Siti Nurhaliza Satukan Legasi Dalam Kempen Rantaian Kasih Aidilfitri 2026

Kuala Lumpur. 27 Februari 2026 - HABIB, jenama barangan kemas terkemuka yang telah menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, dengan penuh berbangga mempersembahkan Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai wajah kempen Rantaian Kasih sempena Aidilfitri 2026.

HABIB & Dato’ Sri Siti Nurhaliza Satukan Legasi Dalam Kempen Rantaian Kasih Aidilfitri 2026


Pertemuan dua ikon negara ini menyatukan tradisi, seni dan keanggunan dalam sebuah penceritaan yang sarat dengan makna. HABIB yang sinonim dengan seni pertukangan halus dan rekaan bertaraf dunia, terus mengabadikan kisah cinta, warisan dan nilai kekeluargaan dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Simbol Keanggunan & Jiwa Malaysia


Lebih daripada sekadar ikon seni suara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan simbol keunggulan seni tempatan yang berjaya menembusi pentas global. Keanggunan, ketekunan serta sifat penyayang yang dibawanya seiring dengan semangat Rantaian Kasih - sebuah kempen yang meraikan hubungan kasih sayang, keindahan warisan dan nilai kekeluargaan yang terus dipelihara, terutamanya ketika Syawal menjelang tiba.

Melalui kempen ini, HABIB turut memperkukuh komitmennya dalam menyokong bakat dan seni tempatan, sekali gus memartabatkan kreativiti serta warisan negara. Gabungan dua legasi yang kukuh ini bukan sahaja meraikan keindahan, malah menjadi simbol penghargaan kepada komuniti yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan HABIB sejak sekian lama.

Koleksi Pilihan Yang Mencuri Tumpuan


Antara koleksi istimewa yang digayakan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan menjadi tumpuan dalam kempen ini termasuk:

HABIB & Dato’ Sri Siti Nurhaliza Satukan Legasi Dalam Kempen Rantaian Kasih Aidilfitri 2026

Koleksi Sicilia Oro Italia 916
Rekaan berstruktur dan berani namun tetap feminin ini mencerminkan aura wanita yang yakin dan anggun. Dengan kemasan Itali eksklusif serta perincian berlapis yang memantulkan kilauan mempesona, koleksi ini menampilkan sofistikasi moden yang sesuai digayakan bersama busana Raya, merentasi generasi dan gaya.

HABIB & Dato’ Sri Siti Nurhaliza Satukan Legasi Dalam Kempen Rantaian Kasih Aidilfitri 2026

Koleksi Eksklusif Batu Permata Rubellite
Pilihan Rubellite menyerlahkan sisi elegan dan dramatik Dato’ Sri Siti. Rantai leher Rubellite 92.36 karat potongan Asscher dipadankan dengan berlian potongan emerald bersijil GIA, melambangkan kekuatan, kredibiliti dan perjalanan seni yang gemilang. Cincin Rubellite 9.07 karat pula melengkapkan set ini dengan keseimbangan antara kemewahan dan ketelitian, sesuai untuk majlis istimewa Aidilfitri.

HABIB & Dato’ Sri Siti Nurhaliza Satukan Legasi Dalam Kempen Rantaian Kasih Aidilfitri 2026

Koleksi Inspirasi Songket
Selari dengan tema Songket, rekaan rantai leher Tanzanit 29.76 karat potongan Cabochon mencerminkan kehalusan seni tradisi Melayu, manakala safir biru 71.92 karat yang mengiringinya memperkukuh aura diraja dan klasik. Sentuhan berlian dan mutiara melengkapkan rekaan ini dengan simbol kemurnian dan keikhlasan, seiring dengan personaliti Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Sambut Syawal Dengan Sentuhan Istimewa


Menjelang Aidilfitri, HABIB turut mendekati pelanggan melalui inisiatif Bazar Ramadan dan Ambang Raya, memberi peluang kepada orang ramai melengkapkan koleksi barangan kemas untuk digayakan pada hari lebaran.

Tarikh & Lokasi:

Bazar Ramadan: 27 Februari – 1 Mac 2026
Ambang Raya: 13 Mac – 15 Mac 2026
Lokasi: Bilik pameran HABIB seluruh negara


Antara tawaran menarik yang disediakan termasuk harga istimewa charm emas 916, potongan harga bagi barangan kemas emas, berlian dan batu permata terpilih, serta hadiah eksklusif edisi terhad dengan pembelian minimum.

Sebagai tambahan, bilik pameran HABIB Ampang Point akan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam pada Sabtu, 28 Februari, membolehkan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih santai sambil menjamu selera ringan.


أحدث أقدم