MOVIE REVIEW: FILEM MUSYRIK API NERAKA MENANTIMU, ASHRAF MUSLIM DAN AERIL ZAFRIL TEGAS MENYAMPAIKAM MESEJ KEISLAMAN

MOVIE REVIEW: FILEM MUSYRIK API NERAKA MENANTIMU, ASHRAF MUSLIM DAN AERIL ZAFRIL TEGAS MENYAMPAIKAM MESEJ KEISLAMAN

Ruby
12
Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby berkesempatan menonton filem Musyrik Api Neraka Menantimu. Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! adalah terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd & Real Reel Pictures Sdn Bhd. Penerbit, S Baldev dan Pengarah, Arjin Uppal. Ia adalah filem genre seram mistik.

Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan Aril (Aeril Zafril) yang seterusnya mengganggu keluarga. Sehinggakan isterinya Wati (Aishah Ilias) dan anaknya Puteri (Qaseh Shuhada) menjadi mangsa kemarahannya.

Keadaan semakin rumit apabila adik Aril iaitu Farah (Ruhainies) datang ke rumah. Banyak gangguan dan perkara aneh berlaku. Aril yang mempunyai perniagaan sering rungsing sehinggakan berubah menjadi berang. 


Semakin lama, semakin menakutkan. Farah meminta bantuan Ustaz Akasyah (Ashraf Muslim), maka banyak perkara ghaib muncul. Menonton filem ini sangat mendebarkan. 

Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran semasa proses perubatan Islam juga memberi impak kepada Ruby yang menonton. Malah Ustaz juga menjadi sasaran Iblis Azazil. 

Pengajaran dan mesej dalam filem ini adalah jangan sesekali kita menyekutukan Allah s.w.t. walau sesukar mana kehidupan. Percaya bahawa Allah s.w.t sentiasa ada untuk memberi rezeki yang Halal. 

MOVIE REVIEW: FILEM MUSYRIK API NERAKA MENANTIMU, ASHRAF MUSLIM DAN AERIL ZAFRIL TEGAS MENYAMPAIKAM MESEJ KEISLAMAN DALAM KARYA FILEM


Sudah lama Ruby menantikan filem jenis seram mistik yang melibatkan perubatan Islam. Ruby sangat suka filem begini sebab ia lebih menusuk jiwa. Sebagai Muslim, filem begini perlu diperbanyakkan. Agar dapat memberi iktibar kepada masyarakat beragama Islam secara khususnya. 

Dengan keadaan sekeliling kita penuh cabaran selepas pandemik COVID-19 dan masalah ekonomi negara yang semakin tidak menentu. Ramai dikalangan masyarakat mengambil jalan singkat untuk senang. Faktor untuk menjadi kaya dalam sekelip mata, sehingga sanggup memyekutukan Allah s.w.t. 

Musyrik bukan sahaja demi duit, kerjaya, iri hati dan tidak boleh melihat kesenangan orang lain. Malah, perkara Musyrik turut berlaku disebabkan nafsu dan ingin memiliki seseorang tanpa rela. Di dalam filem Musyrik, mesej yang disampaikan adalah berkaitan keinginan memiliki sesuatu dan menjadi ketagih untuk melakukan perkara tidak baik dengan menyekutukan Allah s.w.t. Astaghfirullahalazim. Nauzubillahminzalik!

Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! arahan Arjin Uppal mempunyai kelainan tersendiri untuk menarik perhatian penonton ke pawagam. Filem bergenre seram terbitan Real Reel Pictures Sdn Bhd ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies selaku teraju utama. 


Penerbit filem Musyrik - Api Neraka Menantimu!, S Baldev berkata, filem ini mempunyai kekuatan daripada segi mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. “Filem Musyrik memiliki mesej untuk membina kekuatan dalaman dan meningkatkan keimanan seseorang daripada memilih jalan salah kerana api neraka akan menanti. Malah, pasukan produksi kami juga membuat kajian mendalam termasuk bertemu ustaz demi merealisasikan filem ini,” katanya .

Mengulas sasaran kutipan filem Musyrik, kata S Baldev, dia hanya menyerahkan kepada penonton untuk menilai hasilnya.“Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa boleh menonton filem ini kerana ia sesuai untuk tontonan semua golongan masyarakat,” katanya. 


Selain Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies, filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! turut menampilkan barisan pelakon seperti Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi. 

SINOPSIS MUSYRIK - API NERAKA MENANTIMU!


Aril mempunyai sikap panas baran, terutama ketika pemiagaannya ditimpa masalah berpunca daripada orang kepercayaannya. Rumah tangga Aril mula menjadi porak peranda sehingga mampu bertindak di luar kawalan apabila ada sesuatu mendampinginya. Masalah Aril mempunyai kaitan dengan kisah silam dalam mengamalkan perbuatan syirik. 


MUSYRIK - API NERAKA MEMANTIMU! SARAT DENGAN MESEJ 


Review cara Ruby mungkin berbeza sedikit. Mungkin akan ada spoiler juga. Tapi tidak mengapa, kita meraikan perbezaan pendapat dan pandangan setiap insan. Hehehe. 

Permulaan filem Musyrik Api Neraka Menantimu juga sudah suspen. Kenapa jadi begitu? Kenapa dia kena gangguan? Kenapa lelaki baik kena begitu? Kenapa tidak dapat anak? Kenapa 5 tahun berkahwin, cerai, mulakan keluarga baru dan ada anak masih tidak bahagia? Banyak Big Why? 


Filem ini straightforward memberi tahu penonton akibat apabila kita yang beragama Islam menyekutukan Allah s.w.t. Kehidupan dan perwatakan Islamik. Tetapi tidak solat, tidak membaca Al-Quran dan tidak melakukan perkara-perkara yang dituntut dalam Islam. Malah siap mempertikai soal rezeki. 

Filem ini perlu bimbingan ibu bapa atau penjaga jika membawa anak-anak. Sebab Musyrik ini berat juga untuk difahami. Mereka hanya tahu cerita hantu. Mesej-mesej yang ingin disampaikan jangan biar berlalu. Terangkan kepada anak-anak apa itu Musyrik. 

APA ITU MUSYRIK?

Musyrik adalah satu istilah dalam agama Islam, yang merujuk khusus kepada orang-orang yang melakukan perbuatan syirik seperti menyekutukan Allah s.w.t secara terang-terangan. Orang yang menyembah Jin, Iblis, Syaitan termasuk dalam kelompok orang musyrik. Dalam ajaran Islam, balasan kepada orang musyrik ialah neraka jahanam.

Terdapat tiga golongan orang Musyrik:

  • Musyrik Murni iaitu perbuatan yang dilakukan nenek moyang atau pemimpin spiritual mereka. 
  • Musyrik Perbuatan merupakan orang yang mengaku Islam dengan amal ibadah tetapi tidak mencerminkan seorang mukmin. Mereka mengucap dua kalimah syahadah, solat, berpuasa, membayar zakat, dan menunaikan Haji. Namun, masih mempercayai benda-benda bertuah yang dianggap memiliki kuasa ghaib, seperti keris, tombak, tangkal, azimat, batu, pemujaan dan lain-lain. Mereka sering mengunjungi dukun, bomoh atau pawang. Apa sahaja yang disuruh, pasti akan dituruti. 
  • Musyrik Pemujaan, orang Islam yang sering datang kr tempat-tempat keramat. Tempat yang dimaksud ialah kuburan para wali, pohon-pohon, dan gua-gua yang dianggap keramat. Mereka pergi ke kubur para wali bukan untuk berziarah, melainkan untuk meminta berkah. 

PELAKON FILEM MUSYRIK MENJIWAI WATAK DENGAN BAIK SEKALI

Tidak dinafikan pengarah berjaya mengangkat setiap babak dengan baik. Namun, para pelakon juga memainkan peranan penting. Ekspresi wajah, ketakutan, jahat dan baik semua terpapar. Ruby berasa lakonan Aeril Zafril lain dari watak yang pernah dia bawa sebelum ini. Sebab dia menjiwai watak seorang Musyrik tu nampak jelas macam orang hilang pedoman. 

Mudah membuat keputusan dengan bisikan syaitan. Bunuh orang tanpa kata dua. Dia nak, dia dapat. Begitulah karakter yang Ruby rasa melampau betul sebagai suami dan abang yang sangat beremosi. Tapi kehidupan dia kaya tau. Istidraj terang-terangan. Apabila berlaku kesusahan terus dia panas baran. Seram! 


Manakala lakonan Ashraf Muslim juga luar biasa. Sebagai Ustaz Akasyah, membantu masyarakat dalam perubatan Islam memang nampak mudah. Tapi, apabila orang istimewa ini kemana-mana, dia boleh rasa kehadiran makhluk halus dan dalam masa yang sama lagi mudah diganggu. Level gangguan dia peringkat General tau. Bukan Prebet tau. Jadi, waktu Ustaz menentang segala makhluk tu. Memang gerun!  


Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 7 Julai. Trailer rasmi filem disiarkan menerusi saluran YouTube WhiteMerpatiMovies sejak 15 Jun lalu. Ayuh ramai-ramai ke panggung wayang berdekatan anda dan menonton filem Musyrik - Api Neraka Menantimu!

INSTAGRAM | FACEBOOK 

Tags

Catat Ulasan

12Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. kesian dekat keluarga yang tak tahu-menahu pasal perbuatan Aril tapi terkena tempiasnya. Nak buang benda tu bukan senang sebab dia dah bagi kekayaan dekat Aril. Bahaya kalau jenis tamak dan cintakan dunia ni.

    BalasPadam
  2. Lama dah tak tengok cerita cerita seram. Tu la cerita seram macam ni biasa straight forward je.Suka tengok tapi takut nak tengok

    BalasPadam
  3. Genre favourite i ni!!!! Ok confirm nak tengok filem musyrik ni!!! Pelakon pun yg berkualiti!! ❤️

    BalasPadam
  4. filem ni.. sebab ada elemen rasukan itu yang menjadi ketakutan... kena tgk dr awal smpi akhir br paham jalan cerita yg cuba disampaikan

    BalasPadam
  5. horror movie malaysia ni boleh relate dengan real life di malaysia. sarat dengan mesej, semoga Allah sentiasa jaga iman kita as muslim

    BalasPadam
  6. dah kenapa dia buat benda2 syirik ni tak pasal terkena kat keluarga pula. jalan cerita nampak menarik dan ada mesej pengajaran cuba disampaikan.

    BalasPadam
  7. Amalkan benda2 yang tak elok dan syirik tapi impak bukan dekat dia sorang je tapi kena satu keluarga..AllahuAkbar. Semoga kita semua terpelihara dari perbuatan yang sia2, inshaAllah amin.

    BalasPadam
  8. Ohh wow...Sienny actually timid for horror movie, thanks for sharing this detailed review of this new movie with learning more of Islamic values. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  9. Macam menarik Movie ni. Banyak pengajaran dalam movie ni. Boleh lah ajak adik iena pergi tengok movie ni nanti.

    BalasPadam
  10. Thanks for sharing this, i read many good reviews about this movie till I m want to watch it too

    BalasPadam
  11. wah nampak macma menarik filem ni. pelakon yag membintang filem ni pun hebat2 belaka. bolehlah nnti saya tonton ya :)

    BalasPadam
  12. Wah, ramai juga pelakon baru. Tak sabar nak support filem macam ni.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !