MERCK ANJUR SIDANG KEMUNCAK KAWALAN KUALITI DAN PEMANTAUAN PEMATUHAN PERTAMA DI MALAYSIA

MERCK ANJUR SIDANG KEMUNCAK KAWALAN KUALITI DAN PEMANTAUAN PEMATUHAN PERTAMA DI MALAYSIA

Ruby
0
MERCK ANJUR SIDANG KEMUNCAK KAWALAN KUALITI DAN PEMANTAUAN PEMATUHAN PERTAMA DI MALAYSIA | Kuala Lumpur, 12 Julai 2022 – Syarikat sains dan teknologi terkemuka, Merck menganjurkan Sidang Kemuncak Kawalan Kualiti dan Pemantauan Pematuhan buat pertama kali di Malaysia. Sidang kemuncak berkenaan berjaya melengkapan pakar-pakar Kawalan Kualiti (QC) dengan peraturan dan teknik terkini dalam industri serta latihan praktikal bagi meningkatkan kemahiran makmal, kaedah penyelesaian masalah dan analisis data, di samping memberi mereka peluang untuk mengetengahkan cabaran yang mereka hadapi.

Segala peraturan, dasar dan kriteria yang berkaitan QC mengalami perubahan pesat akibat perubahan sentiment pasaran dan keperluan pelanggan. Pakar-pakar QC sering menghadapi cabaran untuk mendapatkan maklumat terkini. Sehubungan itu, unit Life Science Business di Merck mengambil inisiatif untuk menganjurkan sidang kemuncak pertama ini untuk merei peluang kepada agensi kawal selia, pemimpin pasaran dan pakar QC berkumpul untuk berkongsi maklumat dan bersama menangani cabaran bidang mereka.

MERCK ANJUR SIDANG KEMUNCAK KAWALAN KUALITI DAN PEMANTAUAN PEMATUHAN PERTAMA DI MALAYSIA


Dengan mengadakan seminar dan bengkel selama dua hari, sidang kemuncak ini berjaya menarik hampir 300 peserta daripada pelbagai industri termasuk makanan & minuman, pertanian, farmaseutikal dan bioteknologi, makmal pengujian, institusi akademik dan agensi kerajaan, industri air & air sisa dan pengeluar kimia.


MERCK ANJUR SIDANG KEMUNCAK KAWALAN KUALITI DAN PEMANTAUAN PEMATUHAN PERTAMA DI MALAYSIA


Sidang kemuncak tersebut menampilkan enam penceramah berwibawa yang menyampaikan pelbagai topik merangkumi akreditasi makmal, penggunaan standard, infografik pasaran dan strategi digitalisasi. Selain itu, terdapat empat pakar dari Jabatan Standard Malaysia (DOS), Merck Malaysia, dan Institut Kimia Malaysia (IKM) yang menerangkan pengawalseliaan dan akreditasi terkini.

Mengulas tentang sidang tersebut, Jessica Sawai Jues, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Dasar dan Penyelidikan, Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Standard Malaysia (DOS) menegaskan kepentingan Infrastruktur Kualiti Kebangsaan (NQI) untuk menjamin kecekapan operasi dalam pasaran domestik serta menawarkan industri berkaitan QC akses kepada pasaran luar negara.

Penolong Pengarah, Unit Perhubungan, Bahagian Akreditasi, Jabatan Standard Malaysia (DOS), Mark Mariba yang bersetuju dengan pandangannya, berkata syarikat QC tempatan harus menerima akreditasi badan penilaian pematuhan (CAB) berdasarkan piawaian (ISO/IEC: 17025, 17021, 17065, 17020) bagi mempertingkatkan penerapan produk dan perkhidmatan, dan juga untuk keyakinan tehadap barangan keluaran Malaysia dalam pasaran.

“Syarikat QC wajar menggunakan hanya produk berkualiti tinggi dalam ujian analitik supaya layak memperolehi akreditasi dan pengiktirafan daripada agensi pengawalseliaan,” kata Jimmy Wong, Pengurus Pemasaran APAC, Penyelesaian Analitikal dan Perindustrian & Pengujian Lanjutan, Sains dan Makmal, Life Science Merck. Dia berkata demikian ketika memperkenalkan penggunaan bahan kimia rujukan yang grednya berbeza, termasuk penentukuran sistem pengukuran, pengesahan kaedah, program QC dan bahan kimia rujukan yang menjamin ketepatan ujian.

Ketika menjelaskan metrologi kimia untuk pengukuran QC, Li Hui Ling, ahli Majlis Institut Kimia Malaysia, mencadangkan penggunaan piawaian pengukuran Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) di makmal QC, bagi mengukuhkan keyakinan pengguna tempatan dan antarabangsa terhadap produk dan perkhidmatan Malaysia.


Topik lain yang diberi tumpuan semasa seminar itu termasuk:

  • Gambaran keseluruhan tentang digitalisasi dalam IR 4.0 (Revolusi Perindustrian Keempat) yang disampaikan oleh Chandraprasad S Rajangan, Ahli Majlis Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT),
  • Pengurusan kimia dan keselamatan makmal yang disampaikan oleh Sulaiman R. Rahman, Ketua Perunding, Zeta Consultant Services, yang berpengalaman 34 tahun berkhidmat di Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH). Berdasarkan pematuhan OSHA, beliau menegaskan tanggungjawab majikan terhadap pengunaan bahan kimia di tempat kerja khususnya dalam persekitaran makmal.

MERCK ANJUR SIDANG KEMUNCAK KAWALAN KUALITI DAN PEMANTAUAN PEMATUHAN PERTAMA DI MALAYSIA



“Melalui Sidang Kemuncak itu, para peserta bukan sahaja mempelajari peraturan dan dasar kawal selia terkini, malah memperoleh pengetahuan mengenai rangka dan perkhidmatan pembangunan dan penggunaan piawaian, penilaian pematuhan, akreditasi, metrologi dan pengawasan pasaran, serta pengurusan kimia berlandaskan pematuhan OSHA”, kata Angela Chong, Ketua Pemasaran Komersial, Singapura dan Malaysia, Penyelesaian Sains dan Makmal.



“Melalui kerjasama antara pakar industri, kami berazam membantu syarikat-syarikat memastikan pengeluaran mereka konsisten serta mematuhi standard pembuatan tinggi dengan memanfaatkan penyelesaian QC canggih, yang akan mendatangkan kebaikan kepada seluruh masyarakat”, kata Alex Zong, Ketua Negara, Singapura dan Malaysia, Penyelesaian Sains dan Makmal.


Merck bertekad meneruskan usaha untuk bekerjasama dan menyokong agensi-agensi pengawalselian kerajaan, institusi dan syarikat perindustrian dalam keseluruhan aspek QC, bagi membantu Malaysia meningkatkan tahap dan proses QC dalam menepati piawaian global.
Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !