Carlo Rino Raikan Raya 2026 Dengan Koleksi ‘The Horizon’ Yang Anggun & Sarat Nostalgia Balik Kampung

KUALA LUMPUR, 23 FEBRUARI 2026 - Menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri 2026, Carlo Rino Group Berhad memperkenalkan Koleksi The Horizon menerusi kempen khas bertemakan Rona Raya, Graceful Gaya, sebuah interpretasi moden terhadap keindahan tradisi dan nostalgia perjalanan pulang ke kampung halaman.

Diinspirasikan daripada semangat permulaan baharu dan keterujaan musim perayaan, Koleksi The Horizon menzahirkan gabungan siluet moden dengan elemen hangat yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia daripada momen persiapan Raya sehinggalah detik kebersamaan bersama keluarga tersayang. 

Carlo Rino Raikan Raya 2026 Dengan Koleksi ‘The Horizon’ Yang Anggun & Sarat Nostalgia Balik Kampung


Rona Raya Yang Sarat Makna Kebersamaan


Mengangkat simbolik kuih-muih tradisional sebagai metafora kemanisan silaturahim, kempen Rona Raya menyerlahkan kepelbagaian warna, tekstur dan susunan yang mencerminkan keharmonian serta kegembiraan sambutan Aidilfitri. Seperti aneka juadah yang tersusun indah di atas dulang, koleksi ini meraikan keindahan perbezaan dan ikatan mesra yang menjadikan Raya lebih bermakna.

Teman Gaya Raya Dari Pagi Hingga Malam


Direka sebagai pelengkap gaya sepanjang musim perayaan, Koleksi The Horizon sesuai digayakan untuk pelbagai acara — daripada kunjungan Aidilfitri, rumah terbuka, sesi jamuan hingga perbualan santai yang berlanjutan ke malam.

Antara rekaan utama dalam koleksi ini termasuk Horizon Boston Bag, Horizon Tote Bag, Horizon Bucket Bag dan Horizon Shopper Bag, yang menawarkan keseimbangan antara fungsi praktikal dan gaya kontemporari. Ruang simpanan luas serta rekaan versatil menjadikannya pilihan ideal untuk gaya hidup aktif sepanjang Raya. 

Carlo Rino Raikan Raya 2026 Dengan Koleksi ‘The Horizon’ Yang Anggun & Sarat Nostalgia Balik Kampung

Bagi melengkapkan keperluan harian, koleksi ini turut menampilkan rangkaian barangan kecil berasaskan kulit seperti Horizon Short Bi Fold Wallet, Horizon Bi Fold Wallet, Horizon Zip Around Wallet dan Horizon Card Case. Tidak ketinggalan, Horizon Sneaker melengkapkan keseluruhan gaya dengan sentuhan muda dan selesa, sesuai untuk kunjungan dari satu rumah ke satu rumah.

Sentuhan Moden Berinspirasikan Garisan Ufuk


Mengambil ilham daripada keindahan tenang garisan ufuk, Koleksi The Horizon menampilkan corak jalur mendatar yang melambangkan hubungan, kesinambungan dan perjalanan bermakna dalam tradisi Hari Raya. Rekaannya diserlahkan dengan palet rona neutral lembut, tona beige hangat serta kontras halus yang mencipta suasana ceria dan inklusif.

Sesuai dipadankan dengan persalinan Raya yang berwarna-warni mahupun gaya harian yang minimalis, koleksi ini menyerlahkan keyakinan moden yang santai dan selari dengan keceriaan musim perayaan. 

Carlo Rino Raikan Raya 2026 Dengan Koleksi ‘The Horizon’ Yang Anggun & Sarat Nostalgia Balik Kampung
 
Koleksi The Horizon boleh didapati di semua butik dan gedung Carlo Rino di seluruh negara. Pelanggan juga boleh membeli secara dalam talian menerusi laman rasmi Carlo Rino serta platform e-dagang seperti TikTok, Shopee dan Lazada.

Tentang Carlo Rino Group Berhad


Ditubuhkan pada tahun 1986, Carlo Rino merupakan jenama fesyen kontemporari yang memfokuskan kepada beg tangan, kasut dan aksesori wanita. Dikenali dengan identiti “Young, Fun, Bold & Colourful”, Carlo Rino komited memperkasa wanita untuk mengekspresikan diri melalui fesyen. Kumpulan ini memasarkan produknya melalui rangkaian butik, gedung serbaneka dan platform e-dagang di Malaysia serta lebih 62 buah negara, dan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

My Life, My Colours.
أحدث أقدم