DAPAT SAMSUNG GALAXY A13 PERCUMA DARI DIGI CENTRE

DAPAT SAMSUNG GALAXY A13 PERCUMA DARI DIGI CENTRE

Ruby
1
Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby ke DiGi Centre Wangsa Walk Mall untuk tambah nombor Family Plan. Sebelum ni nombor anak-anak. Kali ini, suami pun dah join kelab DiGi. Haha. Sambil buat Switch to DiGi. Tetiba dapat tawaran telefon baru. Samsung Galaxy A13 pula tu. 

Pada mulanya menolak juga la. "Tak nak tak nak. Ni mesti ada apa-apa kan? Kena bayar kan?" Boss kedai tu cakap "takda kena bayar apa-apa. Betul tau. Puan layak untuk telefon PERCUMA. Dah lama guna DiGi Postpaid 90 kan? Tak pernah ambil kontrak telefon lain kan?" Betul. Saya tiada kontrak dan guna DiGi Postpaid 90 tu. 


DAPAT SAMSUNG GALAXY A13 PERCUMA DARI DIGI CENTRE


Ruby memang pengguna DiGi dari Prepaid sehinggalah beralih ke Postpaid. Punca beralih ke Postpaid tu sebab nak join DiGi Phone Freedom 365 tu. Bila dah join, rupanya kena setahun pengguna Postpaid barulah layak nak memohon. Bila dah setahun, dua tahun, tiga tahun. Lupa pula nak mohon pakej tu. Hahaha. 

Kontrak Ruby dah tamat dan terus guna Postpaid DiGi ni walaupun tiada kontrak. Mudah guna DiGi Postpaid ni sebab bayar je bulanan. Tidak perlu risau tentang top up dan nombor tak aktif. Ruby selesa macam ni. Boleh tengok bill dan penggunaan. Sekarang, siap guna DiGi untuk bill Netflix dan Spotify. Masuk semua dalam bil telefon. Cuma, kena hati-hati penggunaan telefon. Tak boleh la simply guna untuk call sana sini kan. 

Ruby tanya lagi, kalau ambil telefon percuma, apa yang akan efek dekat perkhidmatan sedia ada dari DiGi? Kontrak 2 tahun bermula 22 Julai 2022 hingga 7 Julai 2022. DiGi Postpaid 90 ada 60GB + 10 GB Internet. Unlimited Calls dan 300 SMS Percuma. 


SAMSUNG GALAXY A13


Ruby dah macam duta Samsung lah kan. Telefon seterusnya ku review hari ini adalah Samsung Galaxy A13. Kikiki. Bersaiz besar juga. Ruby ingatkan ia bawah 6 inci. Tetapi salah sangkaanku apabila pekerja DiGi Centre buka kotak. Telefon ini sudah dilengkapi dengan aplikasi khas dari DiGi. 

Dengan Infinity-V Display 6.6-inci dari Samsung Galaxy A13. Anda boleh lihat perkara yang anda nantikan dengan teknologi FHD+, kandungan harian kelihatan tajam, jernih dan jelas. Saat kali pertama kali memegang, Ruby berasa sangat selesa. Permukaan hujung yang melengkung dan tidak tajam seperti petak segi empat. Skrin yang lancar untuk kita scroll atas bawah dan slide. 

Hadir dengan 3 warna segar iaitu Awesome Black, Awesome Blue, and Awesome Peach colors. Namun, Awesome Black menjadi pujaan hati ku. Hehehe. Bukannya apa, telefon ini sentiasa digunakan, warna hitam tidak akan jemu dek zaman. Mungkin akan diberikan kepada salah seorang anak lelaki ku. Sebab sekarang ni dua-dua dah masuk Sekolah Kebangsaan. Sudah memiliki alamat email Delima dan boleh rekod bahan bacaan Nilam sendiri. Selama hari ini, asyik guna telefon ibu. Haha. 

Ruby melihat harga pasaran Samsung Galaxy A13 dijual pada harga mampu milik iaitu RM 799 sahaja! Buat pengetahuan anda, pengeluaran telefon pintar terbahagi kepada 3 segmen untuk memenuhi permintaan pasaran semasa. Pasaran telefon pintar dibahagikan kepada segmen seperti model "flagship", "mid-range" atau "entry-level". 



Rangkaian "flagship" Samsung adalah dari siri S, mereka juga menghasilkan model "mid-range" iaitu siri A. Perbandingan dari kedua-dua siri ini anda boleh lihat dari jenis bahan yang digunakan. Cermin skrin, polycarbonate casing, tahap kuasa bateri, jenis software, sistem pemprosesan dan lain-lain.

BATERI 5000MAH UNTUK 2 HARI


Siri Galaxy A dari Samsung adalah telefon pintar dari kategori pertengahan. Ramai menyukainya sebab bateri yang tahan lama sehingga 2 hari. 5000mAh banyak tuuuuu. Seronok apabila kuasa bateri luar biasa macam ni kan?



KAMERA KAMERA KAMERA


Kualiti kamera yang bagus. Hasil foto dan video cantik. Ultra Wide Camera, pengalaman ultra lebar sama seperti penglihatan manusia, 5MP Ultra Wide Camera melihat dunia dengan sudut pandangan 123 darjah, menambah lebih banyak perspektif pada semua yang anda rakam.

Tangkap butiran yang lebih kecil dengan Kamera Makro. Ini adalah fungsi paling Ruby suka. Anda boleh alami imej lebih dekat dengan 2MP Macro Camera. Ia menggunakan kesan bokeh semula jadi pada gambar anda, membolehkan subjek anda menonjol dari latar belakang. Serius lawa. 

2MP Depth Camera pun ada! Ia membolehkan anda melaraskan kedalaman medan dalam foto anda. Laraskan kabur latar belakang untuk ambil gambar potret berkualiti tinggi yang menjadikan subjek anda benar-benar menonjol. 

Tak gempak la kalau tidak selfie kan? Kamera depan, swafoto lebih bergaya dengan Samsung Galaxy A13's 8MP Front Camera dan kesan bokeh, mudah untuk merakam swafoto yang menakjubkan. Gambar wajah anda dengan kurang latar belakang memang nampak hasil lebih hebat kan?

DOLBY ATMOS DIMANA-MANA


Melangkaui pengalaman mendengar biasa dengan Dolby Atmos. Hanya pasangkan fon telinga anda untuk dibawa ke tengah-tengah muzik dan filem anda. Dengan Dolby Atmos, anda akan mendengar bunyi yang penuh, kaya dan spatial, seolah-olah anda berada di dalam tempat kejadian.

SAMSUNG KNOX LINDUNGI KITA


Lindungi apa yang penting untuk anda. Samsung Galaxy A13 dibina dalam perkakasan dan perisian telefon dari awal, Samsung Knox melindungi telefon anda dari saat ia dihidupkan. Menawarkan keselamatan berbilang lapisan, ia melindungi maklumat anda yang paling sensitif daripada perisian hasad dan ancaman berniat jahat.

SET GALAXY ANDA DENGAN CARA ANDA


Galaxy saya, cara saya untuk mengendalikannya. Miliki sesuatu yang benar-benar milik anda. Apabila memiliki telefon pintar, sesuaikan Galaxy anda dengan One UI Core 4 dan berikan telefon anda rupa yang edgy agar sepadan dengan gaya hidup anda. Set semua aplikasi agar ia membantu tugas anda selesai dengan lancar dan menjadikan ciri kegemaran anda mudah diakses.

Ramai berkongsi berita gembira apabila memiliki Samsung Galaxy A13. Pelaburan yang bijak. Tidak menyesal membeli. Kamera yang hebat. Pengalaman bermain Mobile Legengs Bang Bang pun syol sebab 6GB RAM dan 5000 mAh bateri.

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Menarik. Rawlins pun dah 2 kali dapat free phones dari telco sebab pengguna lama - rasanya dari tahun 2000 kot hahaha

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !