BUTIK KE-41 SITI KHADIJAH AMPANG DIBUKA! SAMBUTAN HARI PERTAMA SANGAT MERIAH!

BUTIK KE-41 SITI KHADIJAH AMPANG DIBUKA! SAMBUTAN HARI PERTAMA SANGAT MERIAH!

Ruby
2
BUTIK KE-41 SITI KHADIJAH AMPANG DIBUKA! SAMBUTAN HARI PERTAMA SANGAT MERIAH! | Assalammualaikum semua! Hari ini 30 Julai 2022 adalah tarikh istimewa buat jenama tempatan kesayangan ramai iaitu Siti Khadijah (SK). Selepas melalui pelbagai liku perniagaan yang penuh ranjau dan duri, hari ini pasukan SK telah merasmikan pembukaan butik Siti Khadijah yang ke-41. Tahniah buat seluruh pasukan Siti Khadijah! 

Jenama Siti Khadijah atau lebih mesra dengan panggilan SK sudah tidak asing lagi dan sering dikenali dengan produk-produk busana buat semua muslimin dan muslimah. Dari telekung, sejadah, pakaian, kasut, bag dan aksesori. Semuanya terdapat di Siti Khadijah. 

Jujur Ruby katakan, melalui Siti Khadijah. Banyak impak telah mereka berikan untuk kita seronok beribadat. Jika suatu ketika dahulu, telekung dari usia kecil adalah warna putih akan digunakan sampai bila-bila. Bentuk wajah dah semakin besar, ukur lilit pipi semakin besar. Namun, masih kekal dengan telekung lama. Fabrik lusuh dan bertahi lalat. Itulah kisah telekung ku. 

Melalui Siti Khadijah, Ruby mula belajar tentang material fabrik telekung yang selesa, saiz bukaan di bahagian muka, labuh dan warna yang menceriakan. Ibadat ini bukan sahaja untuk dilaksanakan tetapi ia adalah gaya hidup setiap umat Islam. Untuk mencapai nikmat beribadat, Ruby menambah koleksi telekung dan sejadah. Semua itu untuk digunakan semasa beribadah di rumah, pek siap untuk travel, pulang ke kampung dan on-the-go juga disediakan di dalam kenderaan. Alhamdulillah. 


BUTIK KE-41 SITI KHADIJAH AMPANG DIBUKA! SAMBUTAN HARI PERTAMA SANGAT MERIAH!


Kebiasaannya Butik Siti Khadijah berada di dalam pusat membeli-belah. Kali ini, pembukaan butik SK sangat dekat dengan warga Ampang dan sekitarnya. Berada di kawasan sekitar Ampang Point berdekatan Habib Jewels. Cawangan Butik Siti Khadijah kali ini bukan biasa-biasa. Konsep luar butik SK seperti suasana jalanan di Eropah. Ibarat anda berjalan-jalan di kawasan cafe di Perancis. 

Melalui Lorong Memanda 2, anda boleh rasai mood tersebut melalui pagar yang dihiasi dengan bunga segar, pintu kaca butik sertw wainscoting bertema putih. Ia sememangnya menaikkan mood untuk masuk ke Butik Siti Khadijah Ampang. Di dalam butik pula, SK mengekalkan konsep sama seperti butik mereka yang lain. Kombinasi warna korporat SK iaitu merah hati dinding fluted panel wall dengan pilihan warna emas dan rose gold menyerlahkan nilai SK yang meyakinkan.


Siti Khadijah merupakan perniagaan telekung inovasi pertama di Malaysia sejak tahun 2009 dengan mempunyai 40 butik di seluruh negara termasuk 2 di Indonesia. Pembukaan perdana butik SK Ampang hari Ini adalah komitmen SK untuk terus Ingin memastikan pelanggan dapat merasai pengalaman membeli belah secara langsung. 

Keselesaan pelanggan menjadi elemen penting dalam setiap cawangan butik SK dan butik ke-41 ini tidak ketinggalan. Butik SK Ampang merupakan satu lagi butik yang direka dengan memberikan sentuhan berbeza serta meningkatkan keselesaan ketika membeli-belah. 

Majlis perasmian pembukaan perdana berlangsung di Butik Siti Khadijah, Lot 102-G, Lorong Memanda 2, Taman Dato Ahmad Ghazali, Ampang dan disempurnakan oleh Puan Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Siti Khadijah. Turut hadir ialah Encik Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Sdn Bhd. 

“Terima kasih kepada semua pelanggan dan pengguna yang menyokong produk SK, kami akan terus berkarya demi keselesaan semua pelanggan SK. Butik SK ini merupakan butik terbesar untuk kategori bukan outlet shopping mall. Selain itu, kita jadikan konsep rekaan luar butik ini sebagai instagrammable. Ala-ala shopping Ai Paris dengan ambience lampu antik dan hiasan" kata Puan Padzilah dalam ucapan aluan beliau. 


“Apa pun, butik SK di Ampang Point ini merupakan satu lagi milestone penting dalam menjadikan SK sebagai satu jenama gaya hidup, lifestyle brand, yang bertaraf global" tambah beliau lagi. 


Menurut Encik Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Sdn Bhd beliau berkata "pembukaan butik ke-41 di Ampang adalah bertepatan kepada permintaan dari pelanggan setia Siti Khadijah. Di Siti Khadijah, dua jenis kategori pelanggan yang sentiasa memberi sokongan. Mereka adalah yang membeli secara dalam talian dan mereka yang suka berbelanja di butik Siti Khadijah.

Kami ingin kedua-dua jenis pelanggan ini gembira memiliki produk-produk Siti Khadijah walau dimana mereka berada. Di Siti Khadijah, kami bukan sahaja menjual telekung. Kami membina rantaian fesyen gaya hidup. Visi Siti Khadijah adalah ingin memudahkan umat Islam melaksanakan amal ibadah. Di Siti Khadijah Group, kami turut mempunyai anak syarikat seperti hijab dari Hegira. Pada masa akan datang, kita akan menambah lagi koleksi produk dan jenama di bawah Siti Khadijah Group."

TAWARAN ISTIMEWA BERSEMPENA GRAND OPENING BUTIK SK AMPANG 


Pelbagai tawaran istimewa berlaku pada hari pembukaan perdana Butik SK Ampang, antaranya ialah tawaran telekung serendah RM138 (Xiu Li) dan koleksi baharu Flair Eshal. Sebanyak 600 hadiah percuma dan sejumlah RM20,000 nilai baucar juga disediakan untuk pelanggang terawal. Pelanggan juga berpeluang memenangi cabutan hamper barangan SK bernilai RM1,000. 

Setiap pembelian Telekung Xiu Li yang berharga RM138 akan mendapat 'giveaway' bernilai RM48. Selain daripada itu, SK juga memberi diskaun sehingga 157 untuk koleksi tudung Hegira. 30 pelanggan terawal yang membeli produk Hegira layak menerima 1 unit Hegira Box dan 1 unit Pouch Hegira. Setiap pembelian koleksi baharu Flair Eshal Sweet Lavender & Dream Blue yang berharga RM199 turut mendapat voucher RM20


Majlis hari ini dimeriahkan dengan kehadiran Dato Ogy Ahmad Daud dan Isyariana yang merupakan pelakon dalam filem pendek terbaharu Siti Khadijah bertajuk "Cantik". Jangan lupa tonton video penuh di Youtube Siti Khadijah TV1.

Jemput datang ke Butik SK Ampang!

SK AMPANG POINT SELANGOR
102-G, Lorong Mamanda 2, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor
https://maps.app.goo.gl/iPA1sZJRUHDti8Ys6

Waktu Operasi: 10 AM - 7 PM

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Hairu beli telekung Flair dia, lembut gilerr, terus sayang nak pakai hahahaha.. senang laa banyak cawangan, mana pergi ada je, mudah nak beli dan singgah..

    BalasPadam
  2. Saya pun guna telekung SK ni. Memang lembut dan tak jejas langsung kain dia. Sangat2 puas hati sebab tahan lasak..Anyway, tahniah untuk semua team telekung Siti Khadijah.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !