BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2022 BERSAMA ALAN WALKER DAN DJ SODA SEPTEMBER INI DI SARAWAK

BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2022 BERSAMA ALAN WALKER DAN DJ SODA SEPTEMBER INI DI SARAWAK

Ruby
0

BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2022 BERSAMA ALAN WALKER DAN DJ SODA SEPTEMBER INI DI SARAWAK | Assalammualaikum semua! Berita gembira buat anda yang telah mengikuti Borneo Music Festival Live! Disebabkan oleh pandemik COVID-19, Festival Muzik Borneo 2020 yang pada asalnya dijadualkan pada April 2020 telah ditangguhkan sehingga kebenaran daripada Kerajaan Malaysia untuk mengadakan acara berskala besar. Akhirnya, festival muzik yang dinantikan kembali pada 9 dan 10 September 2022 ini! Dapatkan tiket yang terawal bermula 6 dan 7 Julai ini untuk berpeluang mendapat potongan harga sebanyak 10 peratus!

BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2022 BERSAMA ALAN WALKER DAN DJ SODA SEPTEMBER INI DI SARAWAK

BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2022 BERSAMA ALAN WALKER DAN DJ SODA SEPTEMBER INI DI SARAWAK

Buat julung kalinya peminat muzik tempatan berpeluang menikmati Borneo Music Festival Live 2022 yang bakal diadakan di Sarawak Cultural Village, Kuching, Sarawak pada 9 dan 10 September 2022. Festival tersebut dibawa secara eksklusif oleh Amazing Aurora Entertainment dan dianjurkan oleh Firmament Event Studio dengan kerjasama More Entertainment. 

Butiran Acara


Tarikh: Jumaat, 09 Sep 2022 - Sabtu, 10 Sep 2022
Lokasi: Kampung Budaya Sarawak, Kuching Sarawak Malaysia


BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2022 BERSAMA ALAN WALKER DAN DJ SODA SEPTEMBER INI DI SARAWAK


Penganjuran yang pertama kali diadakan secara terbuka di Sarawak itu bakal menghimpunkan artis dari enam negara di seluruh dunia, selain itu, fesival tersebut juga bakal menyatukan pelbagai genre muzik pada satu platform yang sama.

Pengunjung festival berpeluang untuk menari dan menyanyi sepuas hati dengan Alan Walker dari United Kingdom, DJ Soda dari Korea Selatan, DJ Alexis Grace, DJ Ice Cream, DJ Chacha, DJ MYVAX dan DJ Paul dari Malaysia, Nicole Chen dari Singapura, DJ X Factor dari Filipina, DJ Venom C dan Moski Love dari Indonesia serta barisan penyanyi Malaysia seperti Rynn Lim, ThomasJack dan Priscilla Abby bersama kumpulan muzik tempatan iaitu At Adau dan Tuku’ Kame’.

BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2022 BERSAMA ALAN WALKER DAN DJ SODA SEPTEMBER INI DI SARAWAK

Alan Walker yang pertama kali bakal muncul di Sarawak itu amat popular dengan single berjudul Faded. Populariti lagu tersebut membolehkan Walker menerima sijil berlian di Jerman dan sijil multi-platinum di lebih 10 buah negara termasuk Amerika Syarikat (US) dan United Kingdom (UK). Sehingga kini lagu ciptaan Walker itu terus mendapat perhatian ramai dan menguasai pasaran muzik antarabangsa.

DJ Soda yang merupakan salah seorang DJ wanita yang popular di Korea Selatan bukanlah satu nama asing dalam industri muzik. Namanya cukup popular di peringkat antarabangsa dan mempunyai berjuta pengikut dalam talian.

NIKMATI DISKAUN 10 PERATUS TIKET PADA 6 - 7 JULAI UNTUK MERASAI PENGALAMAN MUZIK BERSAMA ARTIS ANTARABANGSA YANG DIADAKAN DI SARAWAK


Bagi memeriahkan lagi festival tersebut, sesiapa yang membeli tiket awal iaitu pada 6 dan 7 Julai ini berpeluang untuk mendapat potongan harga sebanyak 10 peratus. Diskaun tersebut hanya diberikan kepada pembeli tiket pada tarikh berkenaan sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk mendapat tiket tersebut di www.excitix.com.my

Jangan ketinggalan untuk menikmati Borneo Music Festival Live 2022 yang bakal mencatat sejarahnya yang tersendiri. Tiket Borneo Music Festival Live 2022 akan mula dijual pada pukul 12 tengah hari, 6 Julai ini seperti berikut:

PAS UNTUK 2 HARI - KEMASUKAN UMUM - Pembeli Awal (Early Bird): RM400 (diskaun 10% pada 6-7 Julai) Fasa 1: RM450 Fasa 2: RM500

PAS UNTUK 2 HARI -ROCK ZONE - Pembeli Awal (Early Bird): RM680 (diskaun 10% pada 6-7 Julai) Fasa 1: RM750 Fasa 2: RM800


BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2022 BERSAMA ALAN WALKER DAN DJ SODA SEPTEMBER INI DI SARAWAK
BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2022 BERSAMA ALAN WALKER DAN DJ SODA SEPTEMBER INI DI SARAWAKBORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2022 BERSAMA ALAN WALKER DAN DJ SODA SEPTEMBER INI DI SARAWAK
BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2022 BERSAMA ALAN WALKER DAN DJ SODA SEPTEMBER INI DI SARAWAKBORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2022 BERSAMA ALAN WALKER DAN DJ SODA SEPTEMBER INI DI SARAWAK

Notis: Semua harga tiket dikenakan bayaran RM4 untuk proses yuran. Kemasukan ke festival muzik ini hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

EXCITIX | FACEBOOK | INSTAGRAM

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !