Tonton Awesome TV Hujung Minggu In! Hum Saath Saath Hain | The Fast and Furious: Tokyo Drift | Rindu Atok

Tonton Awesome TV Hujung Minggu In! Hum Saath Saath Hain | The Fast and Furious: Tokyo Drift | Rindu Atok

Ruby
0

Tonton Awesome TV Hujung Minggu In! Hum Saath Saath Hain | The Fast and Furious: Tokyo Drift | Rindu Atok | Assalammualaikum semua! Hujung minggu semakin tiba. Apa plan korang? Pada musim Pandemik COVID-19 dan kes di Malaysia masih meningkat. Jangan keluar rumah jika tiada keperluan tau. Ruby plan nak mengemas rumah dan susun atur meja belajar anak-anak. Dah macam cyber cafe ruang tamu rumah ku. Hahahaha. Jadi, Ruby dah berpenat pada waktu siang. Pada waktu malam mestilah 'Hiburan Time' bersama suami. Semua cerita yang disediakan oleh Awesome TV pada waktu malam sekitar 9.30 malam atau 10 malam. Lepas anak-anak tidur. Kita layan movie. Hehehe. Paling Ruby nantikan filem Bollywood Hum Saath Saath Hain. ABCDEFGHI JKLMN OLPQ RSTUVWZ I LOVE YOU... 🥰

Tonton Awesome TV Hujung Minggu In! Hum Saath Saath Hain | The Fast and Furious: Tokyo Drift | Rindu Atok

Saksikan filem-filem menarik seperti Hum Saath Saath Hain, The Fast and Furious: Tokyo Drift dan Rindu Atok yang akan memeriahkan malam hujung minggu penonton Awesome TV di kaca televisyen. Slot Hindi Special akan menayangkan filem kekeluargaan Hindi tahun 1999 arahan Sooraj R. Barjatya berjudul Hum Saath Saath Hain yang dibintangi oleh Salman Khan, Sonali Bendre, Tabu, Mohnish Bahl, Saif Ali Khan dan Karisma Kapoor. 



Mengisahkan tentang Ramkishen dan Mamta yang mempunyai 4 orang anak iaitu Vivek, Prem, Sangita dan juga Vinod. Pada suatu hari, satu tragedi telah berlaku dengan keluarga mereka sehingga menggugat kebahagiaan keluarga mereka. Apakah yang akan terjadi selepas itu ? Saksikan pada hari Jumaat, 20 Ogos 2021, jam 9.30 malam. 

Manakala, filem The Fast and The Furious:Tokyo Drift arahan Justin Lim bakal ditayangkan di slot Awesome Movie pada Sabtu, 21 Ogos 2021, jam 10 malam. The Fast and The Furious: Tokyo Drift merupakan sebuah siri filem The Fast and the Furious dan 2 Fast 2 Furious. Filem ini menampilkan watak watak baru seperti Lucas Black, Bow Wow, Nathalie Kelley, Sung Kang dan Brian Tee serta lokasi berbeza iaitu di Tokyo, Jepun. Untuk mengelakkan dari di penjara, pelumba kereta Sean Boswell dihantar untuk tinggal bersama ayahnya di Tokyo. Namun, dia terlibat dengan masalah sekali lagi apabila dia menjadi pesaing utama dalam pertandingan drifting.


Rindu Atok akan menemui penonton di slot Ohsem Tele pada 22 Ogos 2021, Ahad, 9.30 malam. Telefilem Rindu Atok mengisahkan seorang budak lelaki yang menemani datuknya tinggal di kampung. Dia telah menjumpai sebuah peti lama kepunyaan datuknya dan berhasrat untuk mencari teman wanita pertama datuknya.

Beliau bersama-sama dengan seorang rakan telah menemu bual beberapa orang nenek di kampung tersebut untuk mencari maklumat. Berjayakah dia menjejaki nenek tersebut? Lakonan Sabri Yunus, Issey, Hana Farahin, Azar Azmi, Aloy Paradoks, Azizul Ammar, Angeline Tan, Ajak Shiro dan ramai lagi.

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV.

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !