Samsung Galaxy Tab A7 Lite Jimat Ruang Semasa Kelas PdPR

Samsung Galaxy Tab A7 Lite Jimat Ruang Semasa Kelas PdPR

Ruby
8

Samsung Galaxy Tab A7 Lite Jimat Ruang Semasa Kelas PdPR. | Assalammualaikum semua! Jangan ada yang muak dengan perkongsian tentang peranti yang Ruby hadiahkan kepada Adam. Selain dari pengalaman yang baik, Ruby akan kongsikan pengalaman itu di dalam blog ruby.my. Semoga bermanfaat dan menjadi panduan kepada ibu bapa di luar sana. Hehehe. Ruby ada dapat maklumbalas positif. Jadi, tertuja juga ingin berkongsi macam-macam dengan anda semua. Ini adalah penulisan terakhit berkenaan Galaxy Tab A7 Lite. Ruby janji! Hahaha. 

Samsung Galaxy Tab A7 Lite Jimat Ruang Semasa Kelas PdPR


Pasti ramai ibu bapa ingat lagi semasa permulaan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) mula dilaksanakan. Ketika itu kita menyediakan peranti yang sedia ada. Mana yang boleh jimat. Kita jimat. Anak pun happy. Sebab apa? Sebab dapat guna laptop ibu dan ayah. Seronok sangat. Pandai dah guna papan kekunci, tetikus dan daftar masuk akaun. Bijak bijak anak kita semua. 

Cepat mereka belajar seiring dengan masa yang berlalu. Mereka sudah faham tentang fungsi dan cara penggunaan. Alhamdulillah. 

Saban hari, Ruby perhatikan.. Seperti ada sesuatu yang mengganggu. Meja kecil kot? Jom pindah ke meja yang lebih luas. 



Tapi.. macam sama aje persekitarannya. Sempit!

Maka, dari keadaan itulah punca Samsung Galaxy Tab A7 Lite menjadi pilihan. 

Ruang menulis dan menyiapkan tugasan lebih selesa! Nampak perubahan proses PdPR lebih lancar. Semua tugasan sekolah dari Google Meet, Google Classroom, Liveworksheet,  ambil gambar dan seterusnya Hand In. Siap dilaksanakan oleh Adam. Alhamdulillah pandai berdikari. 

Saiz Samsung Galaxy Tab A7 Lite VS Saiz Buku Latihan Sekolah

Masih ada yang bertanya kepada Ruby, saiz Galaxy Tab A7 ni bagaimana ya? Perbandingan saiz lebih mudah digandingkan dengan barang yang sedia ada di rumah. Diantara mereka yang bertanya adalah ibu bapa, pelajar sekolah dan pelajar universiti. Jadi, jom lihat perbandingan yang Ruby telah buat dengan buku latihan sekolah. 

Walaupun Galaxy Tab A7 Lite ini sudah memilik case, ia tidak memberi sebarang perbezaan ketara. Anda boleh lihat perbanding bersebelahan seperti gambar di bawah. 
Manakala, perbandingan seperti meletakkan peranti di atas buku latihan sekolah adalah seperti gambar di atas. Ruby harap perbandingan ini memudahkan anda semua untuk membeli Galaxy Tab A7 Lite. 


Semoga perkongsian Ruby tentang Samsung Galaxy A7 Lite bermanfaat untuk anda semua. Komen di bawah, jika ada sebarang pertanyaan. Hehe.

Catat Ulasan

8Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Best pula tengok Samsung Galaxy Tab A7 Lite ni. Teringin pula nak ada satu untuk kerja penulisan. Senang nak dibawa ke sana ke sini.

    BalasPadam
  2. Minat tu ada tapi dah ada iPad. Takkan nak beli lagi satu. Huhu. Jangan la asyik goda sebegini - tak kuwat diri ini. Haha

    BalasPadam
  3. Baca posting ko ni terus teringat Tab Sis juga iPad Sis, entah tersadai ajee tak guna, nak beri anak sedara guna, lokek plak aku hahahaha.. takpe, nanti nak ON gak ler, buat main game.. Untung Adam dapat Mama teknologi terkini hehehehe..

    BalasPadam
  4. mmg senang dengan tab. ameer pun akk bagi tab jer skrg.. dia pun x kekok guna.. jimat ruang tu mmg ya

    BalasPadam
  5. ingat nak beli tab juga untuk anak tapi tu la mak ni banyak mikir.. lama betul nak buat keputusan..haha..tengok Adam belajar macam okay juga kan.

    BalasPadam
  6. Kan senang kalau ada tab for online classes, memang jimat ruang and senang nak bawa ke mana mana.

    BalasPadam
  7. Nell dulu pun suka pakai tab when tab baru2 release in the market.. main game, video or work pun lebih selesa since portable sikit compare to laptop.. nak upgrade ke ni juga la nanti.. :)

    BalasPadam
  8. kan best kalau kita guna je tab ni untuk pembelajaran. kesian juga student sekarang banyak buku nak bawa. kalau nak buat tab dalam sekolah better yang memang untuk edu bukan yang boleh call atau access youtube atau bukan-bukan. so lagi secure anak-anak masa depan

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !