Filem Aksi Komedi HUTANG 2D Geng Floor 88 Pupuk Nilai Kemasyarakatan! Lakonan Baby Shima Menyerlah!

Filem Aksi Komedi HUTANG 2D Geng Floor 88 Pupuk Nilai Kemasyarakatan! Lakonan Baby Shima Menyerlah!

Ruby
12


Filem Aksi Komedi HUTANG 2D Geng Floor 88 Pupuk Nilai Kemasyarakatan! Lakonan Baby Shima Menyerlah! | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Ruby doakan anda semua di dalam keadaan sihat dan duduk diam-diam di rumah ya. Peningkatan kes harian pandemik COVID-19 semakin membimbangkan. Jadi, duduk rumah dan lakukan perkara yang bermanfaat. Work from home (WFH) atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah PdPR ternyata memang sibuk. Jadi, jom luangkan masa seisi keluarga untuk menonton filem aksi komedi terbaru di Astro First iaitu filem HUTANG 2D. Boleh lah kita bergelak ketawa santai-santai di rumah. Astro Shaw membawakan filem HUTANG 2D terbitan Arie Zaharie Production bersama Knack Knack Studios terus ke Pawagam Rumah Anda, di saluran 480 Astro First bermula 5 Ogos 2021. 

Apabila Ruby melihat poster, wowww ada kilat sambar menyambar, kemudian barisan pelakon semua yang memiliki ramai peminat! Ini bukan biasa-biasa gais. Selebriti terkenal dan mereka memiliki ramai pengikut. Boleh dikatakan, semua barisan pelakon ada pengikut tersendiri. Bagi Ruby, filem ini pasti memberi mood dan pengalaman ceria ketika menonton seisi keluarga. 

Pelbagai isu semasa yang dikongsikan, jika anda menonton bersama anak-anak kecil. Pastikan membimbing mereka untuk menerangkan nilai murni dari filem ini. Okay? Apa yang pasti, anak-anak girang gembira berjoget bila kedengaran lagu Hutang dari Floor 88. Semua naik sheikh! Nasib baik boleh repeat tengok filem ini berulangkali sebab dah beli RM 15 untuk 2 hari. Bijak tak?

Filem Aksi Komedi HUTANG 2D Pupuk Nilai Kemasyarakatan! Lakonan Baby Shima Menyerlah!

Filem aksi komedi HUTANG 2D adalah arahan Irwan Rauf dan Eric Fuzi ditayangkan di Astro First saluran 480 pada 5 Ogos iaitu hari ini. Ia adalah kesinambungan dari lagu Hutang nyanyian kumpulan Floor 88 dan jika anda masih ingat, di dalam video muzik Floor 88 telah menggandingkan beberapa barisan selebriti. 

Maka, di dalam filem HUTANG 2D, watak seperti Ropie dan ahli kumpulan Floor 88 masih dikekalkan. Penambahan pelakon lain seperti Baby Shima, Kak Ogie, Black Hanifah, Wafiy, Choki dan penampilan istimewa Altimet adalah penyeri di dalam filem ini. Tahukah anda filem ini sebenarnya ingin dilayarkan sebagai super telemovie sahaja? Siapa sangka dari super telemovie boleh di angkat sebagai naskah sebuah filem. Ia adalah satu penghargaan kepada usaha dan penat lelah barisan pelakon dan pasukan produksi. 

Pengarah : Irwan Rauf Dan Pengarah Bersama Eric Fuzi 
Produksi: Arie Zaharie Production & Knack Knack Studios
Genre: Aksi Komedi
Siaran: 480 Astro First
Durasi: 1 Jam 35 Minit
Bahasa: Bahasa Melayu
Sarikata: Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Harga: RM15 untuk 2 hari
Tarikh Tayangan: 5 Ogos 2021 hingga 3 November 2021

Barisan Pelakon : 
Ayie Elham sebagai Ayie (Pelukis Komik)
Baby Shima sebagai Shima
Eric Fuzi sebagai Eric
FaliQue Ghazali sebagai Falique
Akram Kadir sebagai Akram
Achoi Floor88 sebagai Achoi
Amir Floor88 sebagai Amir
Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Ima
Ropie sebagai Pak Jie
Black Hanifah sebagai Han
Altimet sebagai Gua Mambang
Danish Daniel (Coki) sebagai Aiman
Wafiy sebagai Kit


"Ayie, seorang pelukis webtoon yang kuat berangan dan bersifat pengecut. Dia mempunyai dua masalah dalam hidupnya iaitu hutang bapanya dan cinta terpendam terhadap Shima. Kehadiran dua orang gangster ‘Han’ dan ‘Kit’ menambahkan lagi masalah dalam hidupnya. Segalanya berubah melalui ‘tab’ ajaib di mana segala lukisannya menjadi kenyataan. Dengan tab itu dia mencipta rakan-rakan yang mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa untuk membantu menyelesaikan masalah hidup nya."

Treler Rasmi Filem HUTANG 2D:




HUTANG 2D adalah kemunculan pertama kumpulan Floor 88 menerusi filem dan ia bakal hiburkan penonton dengan gelagat, aksi dan komedi yang mencuit hati. Terdahulu, Floor 88 pernah pamerkan bakat lakonan menerusi telefilem Kau Roadblock Hatiku (2018) dan Tok Moh Talent Agency (2019) yang ditayangkan di Astro Citra. Buat watak Ayie yang dijayakan oleh Ayie Elham, ia memberi cabaran baru buatnya apabila dia perlu melakukan aksi ‘fight’. Namun begitu, pengalamannya dalam teater serta tunjuk ajar daripada pengarah dan kru sedikit sebanyak membantu dia menjayakan watak Ayie. Bukan itu sahaja, malah anggota lain Floor 88 iaitu Eric Fuzi turut melebarkan bakatnya dalam pengarahan filem. Beliau bersama pengarah Irwan Rauf merupakan pengarah untuk HUTANG 2D.

Sepanjang menonton filem ini, Ruby dan keluarga suka semua barisan pelakon. Nampak neutral walaupun kebanyakan dari mereka adalah penyanyi dan pemuzik. Jika anda masih ingat tentang pelakon kanak-kanak iaitu saudara Eric Fuzi, sekarang beliau adalah pengarah bersama untuk filem HUTANG 2D. Melalui pengalaman berlakon, kemudian belajar di ASWARA selama 6 tahun, berpengalaman mengarah video muzik serta mahir bermain peralatan muzik. Ruby rasa, ia adalah perkembangan karier yang bagus buat Eric Fuzi. Dari pengalaman yang ditimba, beliau boleh membantu rakan-rakan Floor 88 untuk mengembangkan sayap. Bak kata saudara Eric Fuzi, "tiada had limit apabila ingin berkarya, begitu juga jika ingin berjaya". Ruby setuju dengan kata-kata ini. Tambahan di zaman pandemik COVID-19, kita perlu berani mengambil risiko. 


Bakat Semulajadi Baby Shima Menyerlah.

Apabila bergelar penghibur, pastinya akan hadir dengan pakej. Sama ada di dalam bidang nyanyian atau lakonan, ia adalah rezeki. Ruby teruja melihat lakonan Baby Shima, menyandang watak sebagai heroin @ bunga di dalam filem ini bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi, apabila sudah menonton filem HUTANG 2D ni, Baby Shima seperti sudah mahir berlakon. Ekspresi wajah, pergerakan bahasa tubuh dan penghayatan watak adalah seiring saling melengkapi. Tidak nampak kaku atau kayu pun. Semulajadi lancar je watak dia. Manis je berbaju kurung. Hehehe. Boleh la berlakon untuk filem seterusnya. Why not kan?

Filem Aksi Komedi Hutang 2D Geng Floor 88 Pupuk Nilai Kemasyarakatan! Lakonan Baby Shima Menyerlah!


Kesan Khas Visual Digital Lebih Mantap


Dari sinopsis, Ruby boleh bayangkan, oh mesti ada guna kesan khavisual digital di dalam filem ini. Ternyata tepat sekali! Kesan khas yang ditampilkan memberikan lebih seri kepada jalan cerita filem ini. Setiap babak yang ada kesan khas, nampak lancar dan bersesuaian. Suntingan kesan khas kepada filem ini membezakan kehidupan realiti dan kehidupan fiksyen. Kelainan ini bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat dan kesan khas di filem HUTANG 2D lebih maju jika dibandingkan dengan filem-filem di Malaysia pada ketika ini.


Filem Aksi Komedi Hutang 2D Geng Floor 88 Pupuk Nilai Kemasyarakatan! Lakonan Baby Shima Menyerlah!

Filem Aksi Komedi Hutang 2D Geng Floor 88 Pupuk Nilai Kemasyarakatan! Lakonan Baby Shima Menyerlah!


Cameo Altimet

Penampilan Altimet sebagai Cameo ternyata memberi kesan besar, Mambang dah muncul! Hahaha. Mambang lah punca segala-galanya, tab sakti pemberiannya memberi peluang kepada Ayie untuk berimaginasi lebih lagi untuk menghasilkan webtoon. Kehidupan 2 Dimensi! Jeng jeng jeng!

Filem Aksi Komedi Hutang 2D Geng Floor 88 Pupuk Nilai Kemasyarakatan! Lakonan Baby Shima Menyerlah!


Rakan-Rakan Superhero Serba Lucu!


Filem Aksi Komedi Hutang 2D Geng Floor 88 Pupuk Nilai Kemasyarakatan! Lakonan Baby Shima Menyerlah!


Garapan watak untuk rakan-rakan superhero ini sememangnya sangat lucu. Si Achoi dengan kuasa Api dan bertutur dalam UK English Accent. Setiap kali Achoi bersuara, rasa nak zip mulut dia. Watak paling annoying! Hahaha. Akram pula mempunyai kuasa mengayat guna Pickup Line, kemudian Amir memiliki kehebatan Voice Recognition. Cuba bayangkan suara dia boleh copy pelbagai suara termasuk siren kenderaan perkhidmatan awam. Hahaha. Manakala Falique dicipta mempunyai kuasa 4 saat Pantas & Lucu. Kuasa pantas dan lucu tu tak perlu tengok pun tidak mengapa. Sebab Falique dah setel lawan orang jahat. Pantas betul! Hahaha. Seterusnya, yang dinantikan.. Eric Fuzi tambil dengan kuasa Kuat dan Ganas. Apabila rakan-rakan hero menggunakan tab, mereka mencipta watak Eric. Haaahhh terus jadi kuat dan ganas. Memang terhibur menonton filem HUTANG 2D. 

Kalau Boleh Putar Balik Masa, Apa Ingin Kita Ubah?


Kalau diberi peluang, pasti kita akan lakukan yang terbaik untuk meneruskan kehidupan. Ayie berimaginasi kalau dia tak bantu ayah, apa akan berlaku. Dari situ bermula imaginasi Ayie. Ayah dia dipukul oleh gangster Han lakonan Black Hanifah, rumah menjadi "blackout" sebab Ayah nak gadai lampu. Hahaha. Lampu nak gadai pun, tutup suiz dulu ayahhhhh. Ayah mula menjadi hamba kepada gangster Han dengan mengumpul gadis-gadis remaja. Maka bermula titik hitam pemerdagangan manusia. Seterusnya berlaku pergaduhan diantara Ayie dan gangster Han kerana ingin menyelamatkan Shima. 

Apabila tersedar, Ayie mula terfikir.. Kalau dibiarkan Ayah berjudi, makin melarat dan sukar kehidupan aku. Jadi, Ayie berhasrat ingin membantu Ayah, Ayie akan bekerja. Ayie juga menjadi lebih berani menegur ayah supaya berhenti berjudi. Ayie juga menjadi berani untuk melamar Shima. Awwwwwww! Bertenang semua! Lamaran hanya di dalam filem HUTANG 2D sahaja. Hahaha. 

Penggunaan Bahasa Yang Bagus


Mungkin tiada siapa akan perasan tentang hal ini. Cuma Ruby nak beritahu bahawa Ruby bangga apabila skrip serta dialog di dalam filem HUTANG 2D tidak menggunakan bahasa pelik-pelik. Kebiasaannya bila cerita komedi, mesti terselit dialog berbentuk lucah dan terlalu ke arah bahasa anak muda sekarang. Dak dak wicet. Cukuplah pickup line natural lawak Ropie dan Akram sahaja digunakan. Tahniah seluruh team HUTANG 2D!

Filem ini sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat. Jom sokong filem tempatan. Agar mereka boleh terus berkarya dengan lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah. Jangan lupa untuk menonton filem HUTANG 2D yang telah berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 5 Ogos 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Semoga terhibur!
Tags

Catat Ulasan

12Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Thank you for sharing Ruby. Dah tak tahu nak tengok cerita apa dah since awal PKP work from home. Jalan cerita pon macam best. Nan tengok lah nanti.

    BalasPadam
  2. Skrg ni memang dok ngadap tv je lah..dr satu cerita ke satu cerita. Nanti masukkan cite ni dlm list yg patut di tonton..hehehe. tq ruby kongsi info

    BalasPadam
  3. Pelakon dia nampaknya ramai yang baru-baru ni Ruby. Baby Shima ni kan yang kena marah dengan Mama Mas Idayu dalam program apa entah....

    Nak kena tonton jugak la nanti...

    BalasPadam
  4. I would rate Hutang 2D sebagai comel dan sangat sesuai ditonton bersama keluarga. Tak tersangka members Floor 88 ada bakat berlakon

    BalasPadam
  5. Pemain layar didalam filem ini bukanlah mereka yang mereka kerap menonjol di skrin drama. tetapi sebenarnya ini antara bakat-bakat anak seni hebat di dalam industri Malaysia. Jalan cerita ini mengangkat kisah masyarakat sememangnya sangat dekat dengan hati. Moga pandemik bukan menjadi penghalang industri seni Malaysia terus berkembang bahkan dapat menyerlahkan lagi potensi-potensi mereka yang berbakat dalam seni lakun.

    BalasPadam
  6. Tak sangka berbakat semua artis Floor 88 ni ek. Lepas ni mesti dapat banyak lagi tawaran berlakon lain juga. Anyway tq sharing Ruby nanti boleh la subscribe kat Astro First!

    BalasPadam
  7. Floor 88 ni serba boleh seyhh... Tak sangka mereka ni berbakat berlakon jugak. Tahniah! Movie best dan sesuai tonton bersama keluarga

    BalasPadam
  8. Nak tengoklah ni sebab ada floor 88. Pelakon lain pun hebat-hebat ni. Mesti lawak.

    BalasPadam
  9. oh, a nice and fun action drama coming up. must note down the timing to watch it with my whole family and have fun together la

    BalasPadam
  10. best kan Akak! terhibur tengok sebab ada aksi komedi. walaupun first time dorang berlakon tapi tidaklah terlalu teruk. walaupun ada kelemahan tapi kelemahan tu kita terima sebab ini percubaan pertama diorang

    BalasPadam
  11. Macam best juga filem HUTANG 2D Geng Floor 88 ni, nanti i nak tengok during weekend.

    BalasPadam
  12. Suka dengan genre dan gaya lakonan bersahaja yang ditonjolkan... nampak natural je... sejujurnya, sejak mereka menceburkan diri di dalam industri, saya memang suka tengok MV Floor 88, sebelum ni memang dah terdetik, diorang ni kalau berlakon mesti best... syabas!

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !