Samsung Galaxy A72 Yang Menawan

Samsung Galaxy A72 Yang Menawan

Saiful Naim
19



Samsung Galaxy A72 Yang Menawan | Assalamulaikum semua! Minggu lepas Samsung telah melancarkan beberapa siri Galaxy A dan di antaranya adalah Samsung Galaxy A32, A52 dan A72. Semasa melihat video pelancaran, Ruby suka dengan ciri-ciri yang terdapat pada Samsung Galaxy A72. Kelainan telefon pintar pada kali ini adalah terletak kepada keistimewaan yang Samsung telah sediakan seperti kalis air, dua pembesar suara, earphone jack, Game Booster, peningkatan sekuriti, Pemproses Octa-core, RAM sehingga 8GB dan storan dalaman 256GB. Sekiranya itu tidak mencukupi, tambahkan sehingga 1TB dengan kad microSD. Haaaa gempak betul!

Samsung Galaxy A72 Yang Menawan

Sebagaimana kita tahu, Samsung adalah antara pesaing tegar telefon pintar di dunia ini. Samsung sejak dahulu lagi sentiasa menaik taraf perkhidmatan dan perkakasan mengikut trend dan tahap standard yang ditetapkan. Sejak dahulu lagi Ruby mencari telefon pintar yang mempunyai kamera yang jitu dan dapat menangkap suasana candid semasa di rumah atau di luar bersama keluarga. Kadang-kadang kenangan yang bagus terlepas di sematkan di dalam telefon. Gambar blur sangat trending! Anak-anak tidak mesra kamera. Geram betul! Haha.

Untuk Samsung, tidak perlu penjelasan lagi tentang kualiti gambar dan video. Memang puas hati. Selfie bagai superstar, snap gambar makro mudah, dan ada OIS (Penstabilan Imej Optik) yang membantu menstabilkan gambar padu walaupun pada cahaya rendah. Gambar ketika waktu pagi, petang atau malam semua boleh snap!



Samsung Galaxy A72 berjaya menawan hati Ruby, dengan design'yang tampak simple tetapi apabila di pegang... terus rasa WOW! Puas hati bila memegangnya, setiap sisi dan ketebalan sesuai dengan tapak tangan Ruby yang kiut! Bukan itu sahaja, warna juga memainkan peranan penting buat Ruby, Samsung Galaxy A72 di datangkan dengan beberapa warna. Diantaranya adalah Awesome Black, Awesome Blue, Awesome Violet & Awesome White. Ruby memilih warna Awesome Violet kerana ingin merasakan kelainan warna memakai telefon pintar. Kebiasaannya Ruby memilih warna hitam. Ternyata warna memberi impak dan memainkan peranan dari segi psikologi. Rasa jiwa muda! Hahaha. Ruby berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy A72. UI kemas dan warna-warni.  

Buka Kotak Samsung Galaxy A72 

Kejutan buat anda ingin mendapatkan Samsung Galaxy A72. Di dalam kotak terdapat Samsung Adapter! Yahooo! Hahaha happy sangat dapat Samsung Adapter. Kemudian USB Type C to C dan satu unit Samsung Galaxy A72. Padat dan jelas. Kotak juga berkualiti tinggi. Samsung Galaxy A72 dilengkapi dengan beberapa ciri lain yang belum Ruby terokai, yang Ruby perasan adalah penggunaan bateri. Setelah Ruby menggunakan hampir 1 hari, tahap bateri Ruby belum sampai notifikasi untuk mengecas dan ini perkara bagus kerana Ruby tidak tergesa-gesa menyiapkan kerja semata-mata risau ingin mengecas telefon. Dulu di sebabkan bateri cepat "kong", banyak draf dan gambar tergendala di sunting. Sedih sangat. Sekarang, Ruby boleh kemaskini blog, edit gambar, edit video, tengok media sosial dan swap guna apps banyak-banyak tanpa risau bateri berkurangan. Yayyy!


Kalis Air IP67

Samsung Galaxy A72 dinilai IP67 untuk ketahanan air dan debu, telefon ini tahan hingga 1.0 meter air hingga 30 minit. Ini berdasarkan kepada ujian untuk perendaman hingga 1 meter air tawar hingga 30 minit. Tidak dinasihatkan untuk air laut, air kolam renang dan air sabun. Sekiranya korang tertumpah cecair yang mengandungi gula di telefon pintar Samsung Galaxy A72, bilas dengan air bersih yang telah di sediakan di dalam bekas sambil menekan butang. Ia selamat untuk tekanan air rendah sahaja. Tekanan air yang tinggi seperti aliran air paip boleh merosakkan peranti. Oleh itu, anda boleh terus bermain dan menangkap gambar serta video jika telefon pintar anda sedikit basah.

Jadi, Ruby sekarang tengah mencuba lagi apa yang menarik dari Samsung Galaxy A72 yang menawan ini. Nantikan artikel seterusnya dari Ruby setelah menggunakan Samsung Galaxy A72 dengan lebih mendalam dan terperinci. Okay? Kita review dengan bermain game Mobile Legends: Bang Bang! Mesti korang teruja kan! Tungguuuuuuu.

Catat Ulasan

19Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. This looks like a good mid-range smartphone for those who want power specs and features but at the same time is restrained by limited budget.

    BalasPadam
  2. Adakah phone itu warna purple?. Wow kalau macam tu sis teruja. Hehe. Samsung ni dah terkejar dah sebab sikit2 keluar model baru.

    BalasPadam
  3. Yes, this Samsung new phone looks lovely. I like the color as well. Thank you for sharing your review of this phone with me, darl.

    BalasPadam
  4. Kalau dpt phone yg tahan bateri lama, best gila kan, sbb skrg ni byk nak guna platform social media utk update itu dan ini.. design a72 ni cantikkkkk and love the color as well... camera pun nampak promising

    BalasPadam
  5. cantiknya samsung yg baru. tak terkejarlah telefon baru yg ada di pasaran sekarang ni, baca review ni macam berkenan pula..hehe

    BalasPadam
  6. Zaman sekarang sebab banyak sangat type untuk kepala wayar, adapter juga yang penting kan. baguslah deorang bagi Samsung Adapter untuk buyer, ada kegunaan dia.

    BalasPadam
  7. Aik.. dalam banyak-banyak part Ruby boleh terkejut nampak adapter dalam kotak? Excited sungguh dapat adapter...

    BalasPadam
  8. cun la pulak Samsung ni. color pun cun and kalis air tu memang the best lah. suka samsung phone sebab ringan je

    BalasPadam
  9. Kalau saya, suka yang warna violet tu. Feminin dan unik. Features pun menarik -- kapasiti besar, ringan, kalis air.

    BalasPadam
  10. bagus lah samsung baru ni ada ciri waterproof.okay la kalau kena air hujan tak gelabah phone rosak kan..

    BalasPadam
  11. Bestnya phone samsung hat ni. Suka sangat tengok warna violet tu nampak soft dan feminin. Lagi pun kapasiti besar kan. Bestnya miliki samsung galaxy A72

    BalasPadam
  12. Adik Sis ada dapat phone ni Ruby, dapat free apa ek, Sis lupa.. nanti nak tanya dia okay ke tak pakai.. Baca review Ruby macam best pulak, ingat nak test laa phone kat adik tu heheheh..

    BalasPadam
  13. Akk kalau samsung suka dengan kualiti video dia. Memang cantik dan menarik. Warna violet cunsnla

    BalasPadam
  14. Menariknya Samsung Galaxy A72 ni yg bestnya kalis air klu mcm tu bkhlah bwk berenabg dan menyelam sbb ketahannya berada dlm air tp tetap rasa tak yakin...

    BalasPadam
  15. Ada violet lagi this time around! Pergh! Tak sabarnya, lepas baca review Kak ruby then will decide to grab or not ya.. Nell memang tengah cari phone mampu milik with great performance and good camera!

    BalasPadam
  16. Zaman sekarang memang penting adanya peranti mudah alih yang mempunyai daya tahan bateri yang lama serta tahan air dan kamera yang kebaboom.
    And now Samsung keluarkan plak nie. Nak tengok review Ruby nie

    BalasPadam
  17. Ooo menarik feature dia. Kalis air. Handphone tahan lama la sikit

    BalasPadam
  18. Baru dok usha nak cari second phone jenama Samsung tapi masih belum decide nak beli model yang mana. Dahlah kita ni kaki rekod video , ambik gambar dan edit yang memakan masa. So ada phone dengan bateri tahan lama juga satu kelebihan.

    BalasPadam
  19. smart phone yg pertama dibeli dari keluaran Samsung kira2 10 thn dahulu. Terasa nak try Samsung balik la. Cuma harganya mahal la sikit drp Vivo, Oppo dsb.
    Done follow your blog. Tq.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !