Gaston Luga Pärlan Sand-Brown Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk

Gaston Luga Pärlan Sand-Brown Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk

Ruby
13


Gaston Luga Pärlan Sand-Brown Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk. | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Hari ini Ruby ingin berkongis dengan pembaca semua tentang beg sandang. Ruby memang penggemar beg sandang, ia adalah beg yang praktikal dan kemas. Beg yang baik, dapat menyokong strtuktur tubuh badan kita. Melindungi bahu kita dari terseliuh apabila mempunyai kapasiti yang berat. Kebiasaannya beg sandang yang Ruby minat adalah bag yang multi-purpose. Pakai dalam pelbagai keadaan. Kadang-kadang nak pakai dengan hanya satu tali, kadang-kadang dua tali di sandang. Ada kala nak pakai di hadapan seperti memakai baby carrier. Hahaha. 

Gaston Luga Pärlan Sand-Brown Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk

Gaston Luga diciptakan dengan visi untuk menjalani gaya hidup kita dengan gaya yang mudah. Ditubuhkan di Stockholm pada tahun 2016, Gaston Luga adalah pengeluar beg galas dan aksesori berkualiti yang diilhamkan oleh reka bentuk dan tempat tinggal Skandinavia. Falsafah reka bentuk, setiap penghasilan produk dirancang dengan mempertimbangkan estetika dan fungsi Skandinavia. Merapatkan jurang antara fungsi dan reka bentuk, matlamat ini memenuhi rasa ingin tahu yang kekal dan menjadi pendamping yang komited dalam perjalanan kehidupan dan sepanjang hidup kita.


Gaston Luga menawarkan produk abadi yang tertumpu pada reka bentuk, kesinambungan dan fleksibiliti. Diilhamkan oleh trend reka bentuk semasa, serta pengaruh popular yang tidak pupus ditelan zaman. Mereka memastikan bahawa semua produk dihasilkan secara beretika. Mereka sangat berhati-hati dalam memastikan pemilihan semua bahan yang digunakan, kaedah pengangkutan dan mempunyai kesan iklim serendah mungkin. Sebagai contoh, mereka telah menggunakan kulit vegan dan bukan kulit haiwan di semua produk. Semua pembungkusan kotak juga dibuat dengan kertas bersertifikat FSC dan dicetak dengan dakwat soya.


Selain itu, Gaston Luga juga menyertai organisasi carbon-neutral sejak tahun 2019, dengan kerjasama dengan Carbon Footprint Ltd untuk mengimbangi pengeluaran karbon dioksida dengan menyumbang kepada Escarpment Environment Conservation Network (Esconet) untuk menyokong projek memulihkan hutan tempatan Great Rift Valley di Kenya.



Gaston Luga: Carry Your Life.


Pärlan Sand-Brown

Melihat dari misi dan visi syarikat Gaston Luga, Ruby sebagai pencinta alam sekitar berbangga dapat menemui jenama yang menjaga perkara-perkara yang nampak mudah ini secara serius. Tahniah Gaston Luga!

Pärlan terbuat dari nilon yang selesa, ringan dan tahan air, cukup tahan lama bersama anda walau di mana sahaja. Bahagian dalamnya ringkas, tetapi masih mempunyai ruang yang cukup untuk semua keperluan harian, dan ruang khas yang memuatkan dokumen berukuran A5. Ia direka dengan kesesuaian yang selesa, mempunya ciri keselamatan dengan poket belakang tersembunyi di mana Ruby boleh menyimpan barang berharga atau memudahkan Ruby untuk capai kunci kereta, kad debit, name card atau wangian 5ml. Hehe. 


Di antara ciri-ciri utama beg sandang Gaston Luga Pärlan Sand-Brown adalah:


1. Kekal kering dengan nilon yang tahan air dan ringan.


2. Poket utama dibahagian dalam untuk menyimpan dokumen bersaiz A5.


3. Poket belakang yang tersembunyi untuk memastikan barang berharga anda selamat.



Spesifikasi beg sandang Gaston Luga Pärlan Sand-Brown :

Dimensi (cm): 30 x 28x 13
Berat bersih: 0.6 kg
Isipadu Dalaman: 11L
Bahan: Nilon ringan, kulit PU
Penutupan Tali Magnetik: Ya
Poket zip luar: Ya (2 bahagian)
Poket Dalaman: Ya
Poket pasport tandatangan GL: Ya
Tali Bahu Boleh Laras: Ya



Koleksi Dan Harga Gaston Luga Pärlan.


Koleksi Gaston Luga Pärlan terdapat dalam empat warna menarik.

1. Pärlan Black-Pink



Gaston Luga Pärlan Sand-Brown Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk

Pärlan Black-Pink



2. Pärlan Black


Gaston Luga Pärlan Sand-Brown Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk

Pärlan Black



3. Pärlan Burgundy-Black


Gaston Luga Pärlan Sand-Brown Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk

Pärlan Burgundy-Black



4. Pärlan Sand-Brown


Gaston Luga Pärlan Sand-Brown Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk

Pärlan Sand-Brown


Gaston Luga Pärlan hanya bernilai RM 469 sahaja!


RUBYDOTMY15 Untuk 15% Diskaun


Bermula 16 Mac 2021, dapatkan diskaun 15% untuk semua produk Gaston Luga. Gunakan kod RUBYDOTMY15.

 

Promosi Musim Bunga Gaston Luga


Bermula 5 Mac hingga 28 May. 50% diskaun untuk aksesori, PERCUMA Pemegang Kad Plånkan yang bernilai RM 159 dengan setiap pembelian beg galas Gaston Luga. 

Gaston Luga Pärlan Sand-Brown Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk


Pemegang Kad Plånkan diperbuat daripada kulit vegan, Dihiasi dengan corak logo Gaston Luga, 4 poket untuk kad - 1 poket besar untuk kad atau wang, Buatan tangan. Spesifikasi Gaston Luga Plånkan

Dimensi (cm): 10.3 x 7.7 
Bahan: Kulit PU

Terdapat dalam empat warna:
 

Plånkan Black


Gaston Luga Pärlan Sand-Brown Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk
Plånkan Black

Plånkan Brown


Gaston Luga Pärlan Sand-Brown Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk
Plånkan Brown
 

Plånkan Navy



Gaston Luga Pärlan Sand-Brown Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk
Plånkan Navy


Plånkan Burgundy



Gaston Luga Pärlan Sand-Brown Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk
Plånkan Burgundy

Penghantaran PERCUMA ke seluruh dunia dan pulangan PERCUMA untuk item yang dibeli dalam masa 30 hari.

Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat membeli belah! Gunakan diskaun kod yang Ruby kongsikan itu! Berbaloi-Baloi!

www.gastonluga.com/my | www.instagram.com/gastonluga | www.facebook.com/gastonluga

Tags

Catat Ulasan

13Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Smart jugak beg Gaston Luga ni. Kalau sis pilih warna burgundy black atau black pink. Poket tersembunyi bahagian belakang tu spesifikasi yang menarik.

    BalasPadam
  2. cantik la design bag gaston ni. nampak kemas je tengok jahitan die..lawa pula warna hitam maroon tu..i loike

    BalasPadam
  3. Yes, I have a few Gaston Luga bags too and I must say that apart from the classy design, the bag itself is comfortable and of course dubrale.

    BalasPadam
  4. design dia tak lah cantik sangat tapi gabungan warna tu cantik. Syok tengok Black Pink, kalau beli ni confirm orang ingat geng Blinks haha

    BalasPadam
  5. simple je design. memang dok cari backpack camni, senang sikit nak bawak. maroon tu macam cantikkkkkk je

    BalasPadam
  6. Ramai ye dah pakai Gaston Luga ni. Warna pilihan semua sis suka. Pilihan warna Ryby pun lawa warna sand.utk walet sis kn cr yg besar sikit. Hehe. Suka beg besar muat semua barang.

    BalasPadam
  7. Lawa giler smeua warna beg tu. beg macam ni nad suka, sebab banyak barang boleh bawak. Tahan lasak tengok. Menarik..boleh usha nanti

    BalasPadam
  8. Eeee cantiknyaaa... biasa bag gini Sis beli dan pakai time travel, senang kan bacpack macamni, nak kendong barang kat tangan xyah susah nak pegang bag.. TERsuka plak color Maroon tu adeii lawaa laa.. nak survey laa..

    BalasPadam
  9. Cantiknya bag kak Ruby ni... Pergh! Ni yang kena usha bag2 dari Gaston Luga ni since ada promo code lagi <3 <3 jimat pun jimat..

    BalasPadam
  10. Smart design beg ni suka tengok. Praktikal nak bawa ke mana sahaja

    BalasPadam
  11. yeah!! GL backpacks always my love, Sienny also own one for my on the go backpack, really nice & durable to use. This design very nice on you, good choice made :D cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  12. Wah... Smart seyh! Anak kak nina suka bag gini. Senang nanti dia nak pegi kuliah. Dok usha gak ni kat web gaston luga

    BalasPadam
  13. Cantiknya semua warna-warna dia. Dari dulu teringin nak beli tapi asyik hold je

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !