Samsung Galaxy A32

Samsung Galaxy A32

Ruby
0
Samsung Galaxy A32 | Assalammualaikum semua! Jom kita selidik tentang Samsung Galaxy A32 baharu dari Samsung. Katanya, ia bersesuaian untuk generasi masa kini yang suka stream online Live Facebook, Live Instagram, Live Youtube dan Live yang lain-lain. Sebab generasi sekarang pasti ada pengikut tersendiri. Betul tak? Jom capai pengalaman penstriman terbaik dengan Samsung Galaxy A32. 

Samsung Galaxy A32 

Direka khas untuk mereka yang suka ekspresi kreativiti olahan sendiri, Galaxy A32 tersedia dengan kamera kuad 64 MP dan skrin 6.4″ FHD+ Super AMOLED. Samsung hari ini telah melancarkan Galaxy A32 baharu, telefon pintar tahap sederahana untuk kerja sehari-hari dan hiburan. Memaparkan kamera kuad 64MP, skrin 6.4” FHD+ Super AMOLED dan bateri besar 5,000mAH. Galaxy A32 direka untuk para individu yang aktif dengan kegiatan hiburan. 

“The all-rounded Samsung Galaxy A32 extends our popular mid-range smartphone portfolio. It is created especially for mobile-native individuals who see the smartphone as integral to their identity, something much bigger than a tool for communication. On top of being the primary tool for them to connect and socialize with their friends and loved ones, for these people the smartphone has also become an avenue to express their creativity, and the main outlet they turn to for entertainment,” kata Mr. Edward Han, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

Galaxy A32 tersedia dalam empat warna menawan – (dari kiri ke kanan) Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue, dan Awesome Violet

Ekspresi Kreativiti Anda Melalui Segmen Terbaik Dalam Kamera Kuad

Persediaan kamera kuad Galaxy A32 membuka pelbagai peluang untuk para pengguna ekspresi diri melalui foto.

Sebagai permulaaan, kamera utama 64MP membolehkan anda untuk menangkap gambar yang terang dan jelas sepanjang hari. Lensa Ultra-Lebar 8MP mempunyai medan pandangan 123-darjah, menambahkan perspektif kepada imej – sesuai untuk menangkap gambar landskap yang tinggi. Selain itu, lensa Makro 5MP dapat menangkap gambar secara jarak dekat.


Ditambah lagi, kamera Depth 5MP dapat menangkap gambar potret dalam mod Portrait, manakala kamera hadapan 20MP membolehkan anda mengambil swafoto – sesuai untuk dimuat naik dalam sosial media. 

Bagi mereka yang mahir dengan penggambaran, Galaxy A32 juga menyediakan mod Hyperlapse, Night mode, Slow-mo, Panorama dan Pro.

Skrin serba canggih sesuai untuk segalanya 
Bagi kebanyakan orang, skrin telefon merupakan bahan hiburan sehari-hari – daripada menonton klip video, bermain game video or membuat panggilan video kepada yang tercinta. 

Untuk memberikan pengalaman tontonan berkualiti tinggi, Galaxy A32 tersedia dengan skrin 6.4-inch FHD + Super AMOLED Infinity-U Display, dengan kadar segar semula 90Hz dan tahap kecerahan sehingga 800nits walaupun di bawah sinaran matahari. Di samping itu Eye Comfort Shield menyesuaikan suhu warna paparan secara automatik, berdasarkan corak penggunaan telefon pintar, memberikan peluang kepada pengguna untuk menonton dengan lebih lama di bawah perlindungan. Ditambah lagi, kadar segar semula yang tinggi juga memberikan pengskrolan yang lebih mudah kepada pengguna apabila mereka ingin menggunakan aplikasi lain.

Bateri tahan lama selaras dengan activity seharian Galaxy A32 sedia menemani kegiatan sibuk anda tanpa lelah. Bateri 5,000mAH memberikan kepuasan pada pengguna tidak kira siang atau malam. 


Selain itu, penjimat tenaga AI dapat mengesan dan mengubah sifat pengguna telefon supaya bateri dapat tahan lebih lama. Apalagi setelah menggunakan Adaptive Fast Charging dengan 15W, laju sahaja untuk mengecas semula Galaxy A32 sehingga baterinya penuh semula.
 
Prestasi Yang Mantap

Prestasi pemproses maju Galaxy A32 tiada tandingannya jika dibandingkan dengan skrin dan teknologi kameranya yang awesome. Pilihan RAM 8GB digandingkan dengan kapasiti memori dalaman 128GB, boleh naik sehingga 1TB.


Ditambah lagi, perisian dalaman Game Booster mengawal prestasi permainan game dan mengubah pengesetan secara automatic termasuk hayat bateri, suhu dan penggunaan memori untuk memberikan pengalaman terbaik apabila bermain game video.
 
Galaxy A32 menyokong Android 11 dan One UI 3, supaya para pengguna boleh fokus pada hal penting apabila menggunakan ciri-ciri dalam telefon. Tersedia dengan sensor peragaan ibu jari dan dilindungi oleh platform sekuriti Samsung Knox yang menjaga data peribadi pengguna.

Galaxy A32 tersedia dalam empat warna yang menarik – Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue, dan Awesome Violet. 


Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !