Samsung Galaxy A52 Inovasi Baru Untuk Anda Berkarya.

Samsung Galaxy A52 Inovasi Baru Untuk Anda Berkarya.

Ruby
0
Samsung Galaxy A52 Inovasi Baru Untuk Anda Berkarya. | Assalammualaikum semua! Jam 10 malam di Facebook rasmi Samsung Malaysia telah berlangsung pelancaran siri terkini Samsung Gakaxy A. Ruby kagum dengan semua fungsi yang disediakan. Inovasi terkini tersedia untuk Galaxy A52 dan Galaxy A72 dengan teknologi awesome pada harga yang mampu dimiliki oleh semua. Jadi, Ruby kongsikan dengan anda mengenai Galaxy A52 ya. Next artikel berkenaan Galaxy A72. InsyaAllah.

Samsung Galaxy A52 Inovasi Baru Untuk Anda Berkarya.

Samsung Electronics Co., Ltd telah melancarkan Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72, memberi peluang inovasi tersedia untuk khalayak ramai. Siri terbaru Samsung Galaxy A membenarkan anda untuk berkomunikasi dan ekspresi diri dengan kamera yang awesome, paparan skrin jelas dan pengskrolan yang mudah, juga terdapat ciri-ciri Galaxy inovatif baharu seperti bateri hayat lama dan rintang air untuk kesenangan anda. Siri Galaxy A juga akan mempertingkatkan pengalaman anda menggunakan telefon sekarang dengan menyediakan akses menyeluruh ekosistem Galaxy tersambung peranti lain seperti Galaxy Buds Pro, Galaxy SmartTag, dan Galaxy Tab.

Samsung strives to give consumers what they want and need most. That’s why we set out with a vision for the Galaxy A series to democratize Galaxy innovations for everyone,” kata Dr. TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Komunikasi Mudah Alih, Samsung Electronics. “The Galaxy A52 and A72 encapsulate the Galaxy brand philosophy with cutting-edge innovations, services and features at an accessible price.”

Bina, komunikasi Dan Ekspresi Diri Anda Dengan Kamera Awesome.

Samsung telah meningkatkan tahap kualiti kamera, dan Galaxy A52 dan A72 adalah buktinya. Dengan memberikan ciri inovasi kamera serba guna untuk siri Galaxy A baharu, anda kini boleh merakam lebih banyak foto dan video yang menarik.  


Pengalaman Kamera Serba Guna – Rakam gambar dan video dengan mudah, menggunakan kamera kuad resolusi tinggi 64MP. Gunakan 4K Video Snap untuk mengambil imej resolusi tinggi 8MP daripada rakaman video 4K. Scene Optimizer menggunakan AI untuk mengambil gambar dengan pengeset optimum untuk 30 kategori imej dan latar belakang seperti makanan, landskap dan haiwan peliharaan.

Stabil siang atau malam – Sama ada sedang merakam trend tarian terbaru atau aksi menggunakan papan selaju, OIS (optical image stabilization) memastikan hasil gambar dan video kelihatan jelas dan mantap. Usah risau jika lampu malap. Night mode menggunakan pemprosesan multibingkai yang boleh memberikan hasil imej yang terang walaupun di dalam gelap.

Gambar yang mengembirakan – Tambahkan gaya dan kreativiti unik anda dengan menggunakan AR Emoji dan My Filter. Ditambah lagi, sekarang anda boleh menggunakan AR Lenses daripada Snapchat dengan Fun Mode apabila menangkap gambar menggunakan aplikasi telefon sedia ada.


Paparan Awesome Dan Reka Bentuk Anggun.

Samsung mempertingkatkan pengalaman anda dengan paparan dan reka bentuk canggih supaya ia sepadan dan mencerminkan kehidupan anda. 

Lebih cerah dan lancar– Tontoni rancangan kegemaran anda melalui paparan Super AMOLED Samsung. Dengan kadar segar semula 90 Hz pada Galaxy A52, pengskrolan juga kini makin mudah. Teruskan tontonan dan mengimbas media sosial apabila berada di luar dengan tambahan luminans 800 nits.

Pengalaman tontonan selesa – Paparan juga diiktiraf ‘Eye Care’, dan mengubah suhu warna paparan secara automatik berdasarkan corak penggunaan telefon pintar untuk mengurangkan keletihan mata dengan ‘Eye Comfort Shield’.   

Reka bentuk moden – Siri Galaxy A baharu memaparkan reka bentuk yang sederhana namun sangat bermakna serta dilengkapi rangka kamera minimalis.

Ekosistem Gakaxy Awesome

Pengalaman siri Galaxy A baharu dipertingkatkan dengan sambungan tanpa kelim dan peluang baharu yang ditawarkan melalui ekosistem Samsung Galaxy.

Sentiasa teratur dan tersambung – SmartThings menyambung dan mengawal ribuan peranti dalam suasana rumah pintar daripada siri Galaxy A – termasuk alat tahan lasak, tablet, komputer dan televisyen. Ditambah lagi, SmartThings Find menghubungkan pasangan peranti anda dengan arah jalan yang lebih teliti dan intuitif, dan pelokasi Bluetooth Galaxy SmartTag boleh mencari peranti yang tidak dihubungkan atau barang peribadi dengan melampirkannya pada yang paling mustahak supaya anda senang berhubung dan mengawal ribuan peranti daripada siri Galaxy A anda.

Nikmati muzik bersama tanpa gangguan – Sama ada sedang berolahraga bersama di rumah atau sedang berbicara dalam talian dengan kawan, anda boleh berhubung dan mendengar muzik bersama. Music Share akan selaraskan telefon anda dengan peranti kawan untuk berkongsi muzik tanpa menggunakan gabungan pembesar suara. Anda juga boleh menggandingkan telefon dengan dua set peranti Galaxy Buds dan dengar bersama dengan Buds Together.

Berhubung dan kongsi dengan mudah – Quick Share membenarkan anda untuk menghantar gambar dan video tanpa had saiz ke peranti Galaxy yang berdekatan supaya anda boleh muat naik swafoto bersama dengan mudah. Dengan Private Share, anda ada pilihan sama ada untuk berkongsi atau membatalkan perkongsian foto dan video dengan satu ketik.

Galaxy Awesome

Siri Galaxy A baharu tersedia dengan keperluan asas Galaxy yang patut dinikmati oleh pengguna Galaxy. 

Ketenangan minda – Usah risau kerana Galaxy A52 adalah rintang air dan debu dengan nilai IP67. Lindungi apa yang penting dengan Samsung Knox— sistem sekuriti gred pertahanan Samsung yang melindungi maklumat peribadi dan data dalam pada setiap saat.

Bateri tahan dua hari – Kapasiti bateri besar yang mampu bertahan selama dua hari dengan tahap kapasiti bateri 4,500mAH untuk A52.


Nikmati keperluan asas premium – Galaxy A52 dilengkapi dengan keperluan asas Galaxy termasuk pembesar suara stereo dan stor memori luaran sebesar 1TB. Tingkatkan pengalaman pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos untuk suasana bunyi yang kaya dengan kedalaman dan perincian yang lebih tinggi. Juga, One UI 3 yang telah diubah suai membantu mempertingkatkan pengalaman intuitif dan interaksi secara konsisten dengan meninggikan kelajuan, mengurangkan kekacauan dan mengetengahkan maklumat penting. 


Mengelak pembaziran – Samsung senantiasa mengevaluasi produk, pembungkusan dan operasi untuk mencari jalan bagaimana untuk mengelakkan pembaziran. Galaxy A52 menggunakan acuan pulpa dan kertas untuk mengurangkan pembaziran ruang yang tidak digunakan dan bahan-bahan yang digunakan untuk pembungkusan.

Kemas kini perisian – Samsung selalu memberikan OS telefon terkini kepada pemilik Galaxy, dan sekarang ianya sudah berkembang ke siri A. Galaxy A52 akan menyokong peningkatan perisian selama tiga generasi, dan kemas kini sekuriti biasa minimum empat tahun. 


Ketersediaan Siri Galaxy A baharu akan tersedia dalam Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black, dan Awesome White.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Samsung Galaxy A52, sila layari www.samsungmobilepress.com, news.samsung.com/my/ atau www.samsung.com/my/smartphones/.

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !