Universiti Putra Malaysia Mengumumkan Kerjasama Di Antara Bioprocessing And Biomanufacturing Research Centre dan Syarikat Bioteknologi PNT Research.

Universiti Putra Malaysia Mengumumkan Kerjasama Di Antara Bioprocessing And Biomanufacturing Research Centre dan Syarikat Bioteknologi PNT Research.

Ruby
19

Universiti Putra Malaysia Mengumumkan Kerjasama Di Antara Bioprocessing And Biomanufacturing Research Centre dan Syarikat Bioteknologi PNT Research. | Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby ingin berkongsi tentang kesihatan. Penuaan! Ya penuaan. Penuaan sudah pun bermula dari awal usia 20an.  Bermula dengan organ penting, kemudian perubahan hormon, osteoporosis dan seterusnya yang paling ketara nampak adalah keadaan kulit kita. Proses penuanaan akan berterusan sehingga akhir hayat kita. Zaman teknologi tinggi ini, pelbagai penyelidikan telah dilakukan untuk melambatkan proses penuaan. Tetapi, adakah hasilnya benar-benar berkesan? Jika Ruby tua, Ruby ingin tua yang sihat. Masih mampu berjalan, mata tidak rabun, pinggang serta lutut tak sakit dan paling penting taknak ada Dimentia. Semoga kita tua dengan baik dan sihat!

Universiti Putra Malaysia Mengumumkan Kerjasama Di Antara Bioprocessing And Biomanufacturing Research Centre dan Syarikat Bioteknologi PNT Research. 

Universiti Putra Malaysia (UPM) mengumumkan kerjasama antara Pusat Penyelidikan Biopemprosesan dan Biopenghasilan (Bioprocessing and Biomanufacturing Research Centre atau BBRC) dan syarikat bioteknologi PNT Research. Kedua-dua pihak akan berusaha untuk meningkatkan keberkesanan bahan-bahan berfungsi untuk menyumbang ke arah masyarakat dengan penuaan yang sihat. Kerjasama ini akan menyelami potensi mikroalga untuk mencegah tekanan oksidatif.

Tekanan oksidatif seringkali dikaitkan dengan penyakit kronik, seperti barah, kencing manis, penyakit Alzheimer dan penyakit kardiovaskular. Tekanan oksidatif disebabkan oleh kelebihan radikal bebas dalam sel-sel tubuh dan boleh merosakkan sel, protein, dan DNA. Ia membawa kepada penuaan pramatang dan semakin kerap berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk penuaan, perubahan gaya hidup, tekanan dan pencemaran. Untuk membantu mencari jalan penyelesaian, ketua BBRC Profesor Dr. Arbakariya Ariff mengetuai pasukannya untuk mengkaji mikroalga laut TetraSOD®, yang dianggap sebagai bahan berfungsi antioksidan yang paling berkesan dan berkhasiat.

TetraSOD® (Tetraselmis chuii) 

TetraSOD® adalah ramuan paling lengkap dan komprehensif untuk kategori nutraseutikal Penuaan Sihat, serta merupakan sumber SOD yang paling padat di pasaran. Seiring usia kita, penghasilan SOD dalam  badan kita semakin berkurang. SOD, bersama dengan catalase (CAT) dan glutathione peroxidase (GPx), adalah pelindung utama sel terhadap tekanan oksidatif yang merupakan penyebab utama penuaan. Pada  masa yang sama, TetraSOD® juga mendorong homeostasis redoks yang diperlukan untuk kesinambungan pelbagai proses selular, termasuk reaksi pengurangan oksidasi. TetraSOD® juga mengaktifkan 'NF-E2– related factor 2 (Nrf2)', yang merupakan aliran tindak balas antioksidan dalam sel manusia. 

"Kami berbangga untuk bekerjasama dengan PNT Research, bermula dengan meningkatkan keberkesana TetraSOD® (Tetraselmis chuii) dan diikuti dengan bahan-bahan berfungsi yang lain.

"Usaha ini akan mengurangkan risiko kesihatan yang dibawa oleh penningkatan umur, dan membolehkan orang ramai mencapai penuaan yang sihat, agar mereka dapat sembuh cepat dari penyakit dan mengurangkan risiko terkena penyakit kronik," katanya.

Pengarah urusan PNT Research, Lee Bin Hao, mengatakan bahawa kerjasama dengan UPM adalah berlandaskan matlamat yang mudah tetapi jelas: untuk menghasilkan produk bahan berfungsi yang berkualiti dan berpatutan supaya dapat dimanfaatkan secara meluas oleh pengguna.

"Penduduk dunia semakin menua, dan Malaysia tidak terkecuali. Sebagai rakyat yang patriotik, kami ingin menyumbang kembali kepada masyarakat, bermula dengan TetraSOD®.

"Usaha kami akan dibangun berdasarkan landasan sains yang kukuh, dengan mengambil kira keperluan akademik, industri dan pengguna," katanya. 

Turut hadir adalah wakil dari syarikat Sepanyol, Fitoplancton Marino yang merupakan peneraju dunia dalam pengeluaran mikroalga marin; DKSH dari Switzerland yang merupakan peneraju dunia dalam perkhidmatan pengembangan pasaran; dan Gelita, sebuah syarikat Jerman yang menerajui dunia dalam teknologi kolagen.

Perikatan Strategik 

Fitoplancton Marino

Misi Fitoplancton Marino adalah untuk mengkaji, membangun dan membekalkan produk berasaskan  mikroalga dan bahan bahan berfungsi yang menyumbang kepada peningkatkan kesihatan serta kualiti hidup yang baik kepada pengguna. Fitoplancton Marino membangunkan TetraSOD® untuk meningkatkan tindak balas fisiologi terhadap tekanan oksidatif, bagi meningkatkan prestasi dan pemulihan terutamanya untuk atlet dan mereka yang mempunyai gaya hidup aktif. Syarikat ini beribu pejabat di Sepanyol. 

Pencipta TetraSOD®, syarikat bioteknologi laut Fitoplancton Marino, memuji kerjasama itu sebagai perkongsian yang akan menyuntikkan nafas baru dalam R&D bahan-bahan berfungsi.

Ketua pengarah Fitoplancton Marino, Carlos Unamunzaga, berkata: “Kami berbangga melihat rakan kongsi kami mengembangkan kemampuan inovasi mereka. Industri ini akan mendapat banyak manfaat dari kepakaran baru di Malaysia ekoran kerjasama antara UPM dan PNT Research.

Fitoplancton Marino komited untuk bekerjasama dengan rakan perniagaan kami, berkongsi pengetahuan teknikal dan mencari kaedah untuk meningkatkan keberkesanan produk, kata Unamunzaga. Kami berharap dapat memperkuat pakatan strategik kami dengan PNT Research, untuk meningkatkan keupayaan dan potensi sains dalam memberikan kesihatan dan kesejahteraan. Kami yakin mereka akan mencapai kejayaan dengan UPM, yang merupakan antara terbaik dan kini menduduki tempat ke-28 universiti terbaik di Asia tahun ini," tambahnya.

DKSH

DKSH, penyedia Perkhidmatan Perluasan Pasaran terkemuka di dunia, mengucapkan tahniah kepada PNT Research atas kerjasama dengan UPM.

Pengarah DKSH Asia Tenggara (Performance Materials, Indonesia, Malaysia & Singapore), Victor Liew, berkata: "DKSH menikmati hubungan kerja yang kuat dengan PNT Research - berlandaskan matlamat bersama untuk memperkayakan kehidupan orang ramai - menyokong rakan perniagaan kami dengan dedikasi yang menggabungkan kebolehpercayaan Switzerland dan sikap boleh-lakukan (can-do attitude) orang Asia. DKSH berkongsi misi dan visi PNT Research dan sedia bekerjasama rapat dengan PNT Research dalam memberikan bahan-bahan berfungsi dan nutraseutikal berkualiti, kepakaran teknikal yang komprehensif dan penyelesaian yang canggih. Kami berbangga melihat rakan niaga kami mengembangkan kemampuan inovasi mereka," katanya.

Gelita

Gelita, syarikat nombor satu di dunia dalam penyelidikan kolagen, juga menyampaikan mesej tahniah.

Dalam perutusannya, pengurus perwakilan Gelita untuk Asia Tenggara, Louis Emmanuel Jaillon, menyatakan bahawa Gelita dan PNT Research komited untuk memacu inovasi produk bahan berfungsi. Dia menyatakan kesediaan Gelita untuk bekerjasama dengan lebih erat bersama PNT Research untuk meningkatkan kualiti hidup orang ramai. 

"Kami sedia berganding bahu dengan PNT Research untuk memperluas aplikasi bahan berfungsi," katanya.

Sariya Chubpailin, penyelaras perniagaan di Gelita Thailand, berkata: "Kami yakin bahawa kerjasama antara UPM dan PNT Research akan memberikan sumbangan yang berguna untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan bagi orang ramai," katanya.Sariya Chubpailin, business coordinator at Gelita Thailand.
Tags

Catat Ulasan

19Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Setuju sangat , penting jugak tau kajian ini semoga dapat hasil yang baik dan boleh diterima pakai serta dimanfaatkan oleh sluruh masyarakat manusia. Now 50 pun macam awal 30an. Tua tu fitrah tapi kita nak tua yang sihat. Bukan namanya tua mesti kena sakit itu ini. Akak pun selalu jer orang tak percaya dah umur 42 ...so biar umur tapi nampak muda mengalahkan orang muda sendiri. Gittewww

    BalasPadam
  2. bagus kalau buat macam ni. yelah zaman sekarang bukan macam dulu. kualiti makanan..cara hidup tak sama macam tu. so kajian macam ni bagus la untuk kita2 yang nak nampak cantik ni

    BalasPadam
  3. such a good initiative. both industry and academic bergabung to improve both sectors

    BalasPadam
  4. Wow.......so interesting. This is a good collaboration between UPM and PNT. Thank you for sharing this news with me.

    BalasPadam
  5. menarik kerjasama ni, yang bagusnya manfaat tu menyeluruh untuk semua demi menjaga tahap kesihatan badan

    BalasPadam
  6. Rawlins nak menua dengan tenang, sihat, bertenaga san cergas. And still boleh cover event. Ok tak?

    BalasPadam
  7. yes kualiti makanan memang sangat pwnting bagi saya. Kita ni nak hidup lama jadi penting untuk sentiasa bertenaga dan sihat gitu

    BalasPadam
  8. Great collaboration between UPM and PNT. Thanks for sharing this ruby. Its good to know that there's an initiative to make a better world out there throughout our health

    BalasPadam
  9. This is an awesome collaboration between UPM and PNT Research hope to see more innovative products.

    BalasPadam
  10. Samalah Ruby, kalau bpleh nak tua sihat, paling takut nyanyukkk..
    Bagus pendedahan macam ni, agar semua tau betapa pentingnya menjaga kesihatan kan..tahnoah buat semua yang terlibat..

    BalasPadam
  11. Kerjasama yang bagus ni..opkos bila sebut penuaan rata2 kita memang nak produk yg mampu melambatkan penuaan dan opkos bab kesihatan jugak. Kalo bg kak min yg mmg obses dgn produk2 skincare terutamanya memang nak tahu gak yg produk dibuat oleh sape, hasil kajian sapa n etc kan..pastu opkos la dr supplement pun sama nak la jd tua yg sihat dan kekal nampak muda gituhhhh..haha

    BalasPadam
  12. Bagus juga buat kerjasama macam ni. Customer sekarang pon bijak buat pilihan bila nak beli produk

    BalasPadam
  13. This is indeed a very good collaboration kan.. boleh sediakan banyak opportunities to both parties with tonnes of benefit.. kena start ambik produk anti-penuaan kan mulai skrg... no reverse2 kalau dah terlambat..

    BalasPadam
  14. Kalau bab penuaan mesti ramai yang alami. Bagus sangat ekrjasama ni sebab dia tingkatkan teknologi yang boleh betul2 bantu maslaah penuaan.

    BalasPadam
  15. Absolutely spotted on & agreeing to some points shared in your post, we need to have more of this kind of good initiative with the universities moving forward :D cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  16. Absolutely spotted on & agreeing to some points shared in your post, we need to have more of this kind of good initiative with the universities moving forward. Anti aging relates for both genders in today trending world with the use of advanced technology too :D cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  17. there are many collaborations going on in the world today, but i have to say this is by far one of the more useful and beneficial one. let's hope the society can benefit from this!

    BalasPadam
  18. Bagus usaha dan inisiatif kolaborasi ni. kita sebagai pengguna pun lebih yakin nak guna produk yang ada kajian diiktiraf. rindu pulak zaman study, buat kajian masuk lab...

    BalasPadam
  19. Pihak universiti sebagai badan yang buat research paling banyak dan boleh dimajukan dalam industri sangat diperlukan moga lepas ni lebih banyak lagi kerjasama Universiti dengan pihak industri agar hasil kajian boleh dikomersialkan..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !