Pandang Pertama Samsung S21+ 5G Phantom Black

Pandang Pertama Samsung S21+ 5G Phantom Black

Ruby
6


Pandang Pertama Samsung S21+ 5G Phantom Black | Assalammualaikum semua! Masih ingat artikel Ruby berkenaan siri Samsung S21 yang mana pilihan Ruby? Ruby pilih S21+. Pemilihan berdasarkan bitter sweet moment juga. Sebab Ruby tertarik dengan S21 Ultra juga. Kebiasaannya siri Samsung S tiada S Pen, siri Samsung Note sahaja ada S Pen. Maka, fikir-fikir ikut bajet aje lah. Hahahaha. Samsung S21+ direka untuk merevolusikan video dan fotografi, dengan resolusi 8K sinematik sehingga anda dapat mengambil gambar epik langsung dari video.  Semuanya mempunyai dua saiz: 64MP, cip terpantas dan bateri seharian yang besar.  Perkara-perkara baru menjadi epik. Galaxy S21 + 5G hadir dengan skrin 6,7 inci dan berukuran 75,6 x 161,5 x 7,8 milimeter, sementara berat 202g (mmW), 200g (sub6). Ultrasonic Fingerprint, 7.5x8.25mm. Dijual pada harga RM4,299. Jom kita lihat apa yang menarik tentang Samsung S21+ 5G dengan kapasiti memori sebanyak 256GB ni. 

Pandang Pertama Samsung S21+ 5G Phantom Black


Di pasaran Malaysia terdapat 3 warna menarik iaitu Phantom Black, Phantom Silver dan Phantom Violet. Ruby memilih warna Phantom Black. Warna ni sangat solid dan bersesuaian dengan personaliti Ruby yang semakin matang. Gitewww. Hahaha. Jika usia 20-an, Ruby akan pilih warna Phantom Violet. Sekarang dah 30-an, Ruby lebih cenderung memilih warna professional. Warna-warna yang tidak ditelan zaman walau pakai lagi 5 tahun telefon ini. Untuk siri Samsung Galaxy, model terakhir Ruby pakai adalah Samsung S6. Lama kan? Sekitar tahun 2015. 

Di dalam kotak Samsung S21+ 5G terdapat semua keperluan seperti berikut:

1 unit Samsung S21+
1 unit C to C cable
1 unit pin untuk buka slot kad sim
Beberapa nota berkenaan telefon pintar Samsung S21+ dan waranti. 

Telefon Pintar Samsung S21+ 5G Lebih Lancar


Apabila memilih telefon pintar, warna adalah pilihan utama untuk tangkap jiwa kita. Seterusnya adalah prestasi. Prestasi yang Ruby selalu ingin lihat di dalam telefon pintar adalah skrin, chipset, kapasiti memori, kualiti kamera, mAh bateri dan berat telefon pintar tersebut.

Samsung S21+ 5G menggunakan sistem operasi Android 11, chipset Exynos 2100 (5nm), Cortex-A78 & 4x2.2 GHz Cortex-A55. Ini adalah chipset paling baru dan high end. Ia penting untuk image processing. Apabila processor panas, kualiti pengimejan tidak berapa cun. Jadi, sistem operasi yang bagus adalah amat penting. Korang faham tak apa Ruby cakap ni? Hahahaha. 

Paparan Skrin Hebat 


☑️ 120Hz Super Smooth


Scrolling di skrin lancar mengikuti semua gerakan jari jemari anda. Sangat responsif, paparan ini mengoptimumkan kadar penyegaran untuk apa yang anda lakukan dengan setiap sentuhan.

☑️ Dynamic AMOLED 2X


Cerah yang luar biasa. Sangat jelas. Sangat halus, paparan ini bersinar dengan warna yang terang dan kejelasan yang luar biasa, memberikan pengalaman menonton yang tiada tandingannya. Itu juga di bawah cahaya matahari yang terang. Paparan Dynamic AMOLED 2X pada S21 + 5G mendapat sijil dari VDE Jerman untuk 100% Mobile Color Volume dalam julat warna DCI-P3, yang bermaksud gambar anda tidak akan habis dan anda akan mendapat warna yang luar biasa terang tanpa mengira tahap kecerahan yang berbeza. Paparan dapat mencapai kecerahan puncak hingga 1300 nits, meningkatkan kontras antara aspek gelap dan terang kandungan digital untuk kualiti gambar yang lebih cemerlang, dengan nisbah kontras 2.000.000: 1 untuk menjadikan pengalaman mudah alih anda lebih menarik.

☑️ Eye Comfort Shield


Maraton filem dan drama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seharusnya menjadi sesuatu yang bermanfaat. Jaga penglihatan kita dengan Eye Comfort Shield. Anda akan lebih selesa apabil skrin telefon pintar mempunyai fungs ini. Daripada anda yang kena pakai cermin mata anti blue light. Mesti tidak selesa kan? Galaxy S21+ 5G mengurangkan ketegangan dan keletihan mata dengan ketara sehingga anda dapat menyaksikan persembahan kegemaran anda dengan selesa pada waktu pagi, tengah hari dan malam. Jangan tidur lewat okay? Sekarang Ruby tengah maraton Netflix Series Korean Drama bertajuk Partners of Justice. Suka tengok drama doktor forensik. Lebih jelas faham bila tonton drama Korean. Mereka lebih detail ye buat autopsi. Best!

☑️ CORNING® GORILLA® GLASS VICTUS ™


Perlindungan tanpa batasan. Dibina untuk mereka yang tidak sengaja terjatuh telefon pintar. Korang tidak akan menangis dek kerana skrin telefon pintar retak seribu, calar atau mengeluarkan cecair dan seterusnya hitam. Menangis nanti! Gorilla Glass Victus™ memberikan ketahanan calar dan kerosakan yang menjadikannya kaca paling hebat pada telefon pintar Samsung. Best kan?

Walaupun skrin telefon pintar Ruby sudah cukup hebat. Ruby tetap pasangkan skrin protector untuk dia. My Sayang lah katakan. Hahaha. Cuma silicone phone case sahaja belum beli lagi. Ada berkenan satu phone case tu, tapi ia untuk S21 Ultra. Hahaha. Sabar, kita survey kat kedai Samsung nanti k. Hehehe. 

Jom Lihat Kualiti Video Dan Gambar


Ambil gambar epik dalam setiap video 8K. Video 8K adalah resolusi tertinggi dalam telefon pintar, menjadikan rakaman anda kelihatan lebih baik daripada pawagam. Dan dengan 8K 24fps, setiap vlog dan memori adalah gambar seterusnya anda. Rakam, muat naik dan tonton terus di YouTube. Kemudian gunakan 8K Video Snap untuk mendapatkan album gambar 33MP berkualiti tinggi dari setiap video 8K. Mudah dirakam sekarang, kemudian snap kemudian.

Rakam sekali pengambilan dan AI mengubahnya menjadi foto dan video yang sesuai untuk makanan yang boleh anda pilih dan pilih. 4, 5 Ini seperti penyunting video peribadi, edit, slow mo dan menstabilkan untuk membuat kandungan yang boleh anda muat naik terus ke Instagram.

Galaxy S21 5G dan S21 + 5G mempunyai tiga kamera belakang dan satu kamera selfie. Kamera belakang merangkumi 3 lensa iaitu satu Kamera Telefoto 64MP bersamaan f/2.0, 29mm (telephoto), 1/1.72", 0.8µm, PDAF, OIS, 1.1x optical zoom, 3x hybrid zoom, satu Kamera Wide-angle 12MP f/1.8, 26mm (wide), 1/1.76", 1.8µm, Dual Pixel PDAF, OIS dan satu Kamera Ultra Lebar 12MP f/2.2, 13mm, 120˚ (ultrawide), 1/2.55" 1.4µm, Super Steady video. Kualiti kamera yang ditingkatkan memungkinkan zoom digital sebanyak 30 kali. Manakala Kamera Selfie 10MP dapat menangkap gambar dengan terperinci, fokus automatik yang pantas memastikan anda dapat mengambil gambar terbaik dengan mudah.

Bateri 4800mAh


Kapasiti bateri sangat penting seiring dengan kepelbagaian aplikasi tersedia di Google Play. Aplikasi Samsung sahaja sudah memenuhi ruang dalam telefon pintar Ruby. Semua aplikasi penting seperti email, media sosial, e-dagang dan permainan e-sports juga sentiasa mengemaskini aplikasi mereka untuk memberi layanan segera kepada pengguna. Tanpa sedar, bateri kita juga mengalir keluar. Hehe. Sekarang, apabila anda membeli telefon pintar Samsung, anda hanya menerima C to C cable, manual dan pin untuk mengeluarkan kad sim. Plug untuk mengecas pun kena beli asing. Hahahaha


Ruby pun beli kepala plug untuk type C. Sebab di rumah tiada adapter begini. Teknologi makin canggih kan? 

Memori Simpanan Internal 256GB; 8GB RAM 


Kapasiti memori simpanan Samsung S21+ adalah 256GB dan 8GB RAM. Ini sudah mencukupi untuk kegunaan seorang ibu, usawahan, blogger dan peneman anak semasa sesi kelas dalam talian Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Hahaha. 


Setelah menggunakan Samsung S21+ ni, Ruby puas dengan pilihan Ruby. Terima kasih semua sudi membanca. Pandangan pertama sememangnya buat kita jatuh cinta kan? Ruby akan menulis artikel seterusnya minggu hadapan dengan lebih terperinci beserta dengan gambar dan video. Barulah korang boleh lihat apa yang Samsung S21+ boleh lakukan. 

Catat Ulasan

6Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Produk samsung ni makin lama makin canggih. Akak pun sekarang pakai phone Samsung A50. Ini pun gambarnya sangat cantik. ye 3 kamera jugak. Perlindungan tanpa batasan untuk gelas screen phone tu sangat best sebab akak pun dah terjatuh banyak kali dah pun phone ni tapi glass luar tu protect la phone ni supaya tak rosak.

    BalasPadam
  2. Banyak spesifikasi dia menarik dan hebat. Suka dengan ciri gmbr yg ada mmh cun

    BalasPadam
  3. Menariknya 64MP kamera depan dia. Ouh baru iena tau beli handphone samsung dia bagi kabel type C to C je. Kalau phone jenama lain yang type C dia bagi kabel usb type C

    BalasPadam
  4. Aduh yang ni lagi best ni.. awatlaaa Suami tak amik yang ni.. ni dia amik S X50, tu pun dia bagi Sis pakai, dia punya guna S V20 hehehe.. tapi okay laa, ada jatuh hati sikit pada Samsung ni balik.. tapi yang ni lagi canggih nauuu fuhhhhhh

    BalasPadam
  5. so nice dapat handphone terbaru! I wish to try it out also coz seen many good review for Samsung S21+ 5G Phantom Black from all my blogger friends dah! So cool!

    BalasPadam
  6. Cantiknyaaaaa alaaa kita Baru Beli hp Baru.. Nyesal tak tgk pos ibukkk.. Dpt phantom black tu menawan

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !