Guardian Global Beauty Sale Menampilkan Trend Kecantikan Dari Seluruh Dunia

Guardian Global Beauty Sale Menampilkan Trend Kecantikan Dari Seluruh Dunia

Ruby
10


Guardian Global Beauty Sale Menampilkan Trend Kecantikan Dari Seluruh Dunia. Assalammualaikum semua! Kecantikan sememangnya perkara yang kita tidak akan ketinggalan untuk mengetahui apa yang sedang hit. Dari nama jenama, jenis produk, warna mekap, tekstur isu kandungan dan hasilnya. Kita akan menyelidik satu persatu dan kemudian akan mencuba untuk mengaplikasikannya pada diri kita. Maka di sini, Guardian Malaysia adalah lokasi yang terbaik untuk kita mencari semua jenama dan produk. Kita boleh meluangkan masa di kedai Guardian lama juga dulu. Sekarang, pada musim PKPB. Jom membeli belah dalam talian!

Guardian Global Beauty Sale Menampilkan Trend Kecantikan Dari Seluruh Dunia

Sejajar dengan reputasinya sebagai sebuah destinasi kecantikan, Guardian Malaysia telah mara selangkah lagi ke hadapan dengan menampilkan trend kecantikan terkini dari seluruh dunia agar keperluan pelanggan dalam normal baru dapat dipenuhi. 

"Dulu kita boleh berkunjung ke luar negara dan membeli produk-produk kesihatan dan kecantikan terkini yang belum boleh didapati di Malaysia. Namun gaya hidup sebegitu agak mustahil kini akibat daripada pandemik COVID-19," kata Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura.

Oleh itu, daripada perubahan gaya hidup yang belum pernah kita alami sebelum ini, tercetuslah satu ilham untuk  mengadakan acara yang pertama seumpamanya iaitu Jualan Kecantikan Global (Global Beauty Sale atau GBS) untuk memberikan pelanggan kami akses mudah yang berterusan kepada produk-produk kecantikan terhebat dari seluruh dunia pada nilai yang hebat.

Guardian Global Beauty Sale Bermula Dari 3 November 2020 - 2 Disember 2020

Kempen selama sebulan yang bermula pada 3 November sehingga 2 Disember 2020 itu menampilkan pelbagai produk kecantikan yang menjadi trend di seluruh dunia. Seleksi mantap itu mewakili jenama terbaik dari semua jenama global dan mencerminkan komitmen Guardian terhadap kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam memastikan pelanggan sentiasa mendapat produk berkualiti tinggi pada nilai hebat.


Inisiatif GBS adalah rentetan kepada pelancaran semula stor utama Guardian yang canggih di Suria KLCC yang mempamerkan produk-produk kesihatan dan kecantikan terkini dan teknologi paparan yang baru. Transformasi stor tersebut dibuat berdasarkan maklum balas daripada pelanggan mengenai keperluan produk, kualiti dan harga. 

Jenama Dan Produk Dari 26 Negara 

Selain pilihan jenama dan produk yang pelbagai, Guardian juga menawarkan diskaun sehingga 50% kepada para pelanggan sepanjang tempoh ini. Seleksi produk termasuk jenama-jenama kecantikan terkemuka dari Korea dan Jepun, produk kecantikan semula jadi terbaik, jenama-jenama baru di Guardian dan barangan keperluan harian dari 26 negara termasuk Malaysia. 


Sebagai contoh, Guardian mempunyai satu bahagian untuk produk kecantikan terbaik untuk seri kecantikan dari Thailand, untuk penampilan anggun seperti pelakon drama Korea dan untuk rupa wajah cantik setiap hari seperti drama Jepun, solekan yang memberikan korang gaya glam klasik Eropah Barat dan banyak lagi untuk penjagaan peribadi, penjagaan rambut, penjagaan kulit dan keperluan harian.


Keunikan Trend Kecantikan Setiap Negara

Apabila sebut tentang trend. Sebut sahaja nama sesuatu negara, kita pasti tahu apa kelebihan negara tersebut. Sama ada dari dunia kecantikan, pelancongan, makanan dan teknologi. Tetapi untuk Guardian Global Beauty Day, jom kita lihat trend dari negara yang Ruby suka ikuti iaitu Korea, Jepun dan Thailand. 

KOREA


JEPUN


THAILAND


Promosi Sepanjang Guardian Global Beauty Day 

Antara tawaran-tawaran hebat lain di Jualan Kecantikan Global Guardian termasuk:

1. Tawaran BELI 1 PERCUMA 1 untuk lebih 190 produk penjagaan peribadi.

2. Lebih 100 barangan penjagaan kulit ditawarkan pada harga RM11.

3. Nilai HEBAT setiap hari - lebih 1,300 produk keperluan harian dengan potongan harga setiap hari.

4. Dapatkan penimbang Smart Digital Bluetooth PERCUMA dengan pembelian minimum RM220 untuk mana-mana produk Penjagaan Kesihatan dalam satu resit (sementara stok masih ada).

5. Peralatan dapur silikon PERCUMA (set 3 barang) dengan pembelian minimum RM88 untuk mana-mana produk Penjagaan Peribadi dalam satu resit.

6. Kereta Honda Civic BARU untuk dimenangi dalam peraduan SHOP, WAVE & WIN. Hanya belanja minimum RM30 dan bayar menggunakan kad ATM MyDebit anda, ambil gambar slip transaksi, hantarkan gambar anda dan berpeluang memenangi Hadiah Utama berupa sebuah kereta baru.


Jadi, korang tidak perlu terbang mengelilingi dunia untuk mendapatkan produk Kesihatan dan Kecantikan, Guardian bawakan produk-produk terebut dari seluruh dunia kepada korang. Jangan lepaskan peluang hebat ini untuk membeli dan mendapatkan stok barangan keperluan harian, kerana Guardian sentiasa menawarkan kualiti terbaik pada harga terbaik untuk nilai terbaik. 

Sertai Aktiviti Di FB Live Guardian Malaysia, Banyak Promosi Berlangsung.

Pada 16 November 2020, Guardian Malaysia akan mengadakan Guardian Live di Facebook rasmi mereka bersempena Guardian Global Beauty Day. Jumpa anda malam ni!


Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk kegemaran anda pada harga diskaun sepanjang Jualan Kecantikan Global ini, sila layari www.guardian.com.my dan #guardianmy
Tags

Catat Ulasan

10Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Banyaknya sales! Tapi rumah saya dah banyak ni! I think I can buy a few to spare for Christmas!

    BalasPadam
  2. Wahh macam2 produk dari pelbagai negara ada di Guardian. Menarik dan berbaloi

    BalasPadam
  3. Haritu baru saya pergi Guardian sebab ada 40% diskaun on skincare. Lepas ni nak kena pergi lagi, eyeliner mcm dh nak abis. Ye lah kan sekarang pakai mask. Mekap mata je la. 😄

    BalasPadam
  4. Sis memang lebih banyak menyoping di Guardin berbanding di W tu.. satu sebab dekat dengan rumah.. dan dah terbiasa dengan harga yang murah di jual.. kadang brand Guardian sendiri pun dah bagus.. terutama sabun mandian dia, wangi ko...

    BalasPadam
  5. Mdm minimalis dalam dunia mekap kecantikan. Tapi tertarik bila ada sesuatu kita boleh nikmati terutama diskaun banyak dan beri pelanggan peluang cuba nasib menangi hadiah bukan main hebat semuanya. Mdm nak sertai sasar ofer No. 6. Ehem.

    BalasPadam
  6. Memang kalau nak carinproduk kecantikan atau kesihatan Guardian dituju.. Ada bnayak pilihan. Lagi suka beli waktu banyak tawaran.. Waktu sale.. Heheh

    BalasPadam
  7. Dengan Kitkat sekali teruja bila ada Global Beauty Sale ni.. Terbeli foundation dan concealer hahaha.. gara2 nak looks good during photoshooting.. tengah gigih pula tengok tutorial camna nak start :) Semuanya jadi mampu milik gara2 Global Beauty Sale ni..

    BalasPadam
  8. Yesszaaaa...!! Kak Nina dah shopping boring my beauty product kat Guardian baru² ni. Rugi tak grab. Sale kaw kawww!!

    BalasPadam
  9. best yer baca tips kecantikan dapat pelbagai negara di dunia ni.. korean look yang paling favourite! Nak terjah Guardian lah, grab promosi best ni.

    BalasPadam
  10. Patut la dia makin menawan, mcm2 dia beli kt guardian sales ni... Bocor rahsia. 😂 Best beli kat guardians ni berbaloi murah2 sales nya

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !