Eagle Brand Naturoil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray

Eagle Brand Naturoil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray

Ruby
16
Eagle Brand Naturoil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray. | Assalammualaikum semua! Kali ini Ruby ingin kongsikan dengan korang tentang produk istimewa yang Ruby dah guna. Sejak WHO umum COVID-19 adalah Pandemik. Ruby adalah salah sorang Ibu yang paling risau. Mempunyai anak yang masih kecil dan emak yang sudah berusia. Ruby amat mengikut SOP menjaga diri. Tambahan pula perlu mendidik mereka untuk menjaga kebersihan diri dan menjaga jarak sosial diantara satu sama lain apabila berada di luar rumah. Ternyata ia mencabar. Solusinya adalah, kita jaga kita. Ruby kena jaga dan mendidik keluarga. 

Eagle Brand Naturoil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray.


Kebiasaannya Eucalyptus ni kita guna dalam essential oil dan difuser. Tapi takkan nak letak difuser di dapur, di bilik air, di ruang tamu, di stor dan di bilik pakaian? Ada sesetengah tempat, ia tidak sesuai digunakan. Ruby nak rekemen Naturoil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray. Ruby hanya perlu spray di kawasan yang ruby nak aje. Mudah dan pantas!

Mengandungi Minyak Eucalyptus Asli, Naturoil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray oleh Eagle Brand adalah Spray 2-dalam-1 yang boleh digunakan sebagai Disinfektan Semula Jadi. Ia mampu membunuh 99.9% bakteria & kuman dalam hanya beberapa saat! Selain membunuh bakteria, ia adalab Pnyegar Udara yang menghilangkan bau. Spray di ruang tamu, bilik mandi, dapur atau dimana-mana sahaja. Anda pasti selesa dengan aroma pudina dan kayu putih yang menyegarkan.

Paling seronok spray di kawasan yang susah nak hilang bau. Macam dapur, tandas dan kawasan rak kasut. Rak kasut di rumah Ruby sekali satu rak dengan helmet. Spray spray aje. Hahaha. 

Eucalyptus Adalah Minyak Dari Pokok Kayu Putih.


Minyak dari Pokok Kayu Putih @ Eucalyptus mempunyai banyak manfaat. Meredakan demam, batuk, masalah pernafasan dan sinus. Selain itu ia adalah pengusir serangga semula jadi. Kalau spray di bawah sinki, di stor atau di kawasan yang sering serangga muncul. Pasti ghaib semua serangga tu. Hehehe. Terutamanya nyamuk, semut dan lipas. 

Selain di dalam kawasan rumah, Ruby selalu sembur di dalam kenderaan juga. Kereta Ruby tidak menggunakan perfum kenderaan, cuma guna Naturoil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray sahaja. Spray di tempat karpet kaki dan child car seat anak-anak. 

Eagle Brand Naturoil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray Bernilai RM 23 Sahaja (Harga runcit yang disyorkan)!


RM 23 untuk 280ML? Memang sangat berbaloi-baloi! Sesuai untuk digunakan seisi keluarga dan manfaat Eucalyptus pun kita sedia maklum sangat bagus. Dapatkan di Watsons atau Jaya Grocer berdekatan korang! Nak lagi senang? Online shopping pun boleh. Ada kalanya, harga promosi boleh mencecah hingga ke RM 19.90. Mesti borong! 

Dapatkan di farmasi berhampiran, Watson’s atau Jaya Grocer berdekatan.


Jaya Grocer e-Commerce: https://bit.ly/JGNaturoil

Eagle Brand Sejak 1900-an

Pasti korang tertanya-tanya. Produk Eagle Brand Naturoil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray dari mana Ruby tahu. Betul tak? Sebenarnya, jenama ni dah dikenali. Untuk generasi macam Ruby, memang kami membesar dengan jenama Eagle Brand. Ruby wajib ada balsem hijau mereka. Produk mereka jenis minyak dan balsem mudah didapati di farmasi atau kedai di kawasan rumah Ruby. Jadi memang selalu restock. Teringat dulu, waktu travel jauh, pening kepala. Sapu balsem gosok tu di dalam penerbangan. Alhamdulillah Ruby lega dan penumpang lain juga selesa dengan bau dari balsem tu. Kadang-kadang ada penumpang yang tak suka bau minyak urut. Penerbangan jauh, jangan cari fasal tau. Hehehe.


Borden Company (Pte) Ltd, sebuah syarikat pembuatan farmaseutikal di Singapura sejak tahun 1960, menghasilkan Minyak Medik Eagle Brand yang terkenal, yang telah dikenal secara sinonim sebagai "Minyak Hijau". Minyak Medik Eagle Brand diformulasikan pada tahun 1935 oleh seorang ahli kimia Jerman, Wilhelm Hauffman, untuk J Lea & Co, sebuah rumah perdagangan milik Tan Jim Lay, keturunan langsung Tan Quee Lan.  Dia adalah seorang pedagang dan dermawan Cina yang terkenal di Singapura pada awal tahun 1900-an.  Minyak Medik Eagle Brand di bawah J Lea & Co berkembang dengan pesat dan menguasai pasaran tempatan untuk minyak ubat pada masa selepas perang.

Pada masa ini, Eagle Brand menghasilkan sebanyak 6 juta botol setiap tahun Eagle Brand Medicated Oil.  Walaupun minyak berubat tetap menjadi produk teras, penyelidikan dan pengembangan khusus telah menghasilkan pelbagai produk farmaseutikal, seperti Balsem Otot, Balsem gosok, Penyembur Disinfektan Eucalyptus, Inhaler, Eucalyptus Oil, Minyak Eucalyptus untuk bayi.

Harap perkongsian ini bermanfaat. 
Tags

Catat Ulasan

16Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Menarik ni sebab all in one. Biasa ena asingkan ikut tempat dan fabrik. Eh tapi ni mudah betol tak payah pening kepala. Spray aje ye mane nak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Ena. Dah macam best friend dah. Sebab bila satu botol ni bau dia herba camni, kita spray memana pun sesuai. Tak sakit hidung lepas spray. Dulu, kalau jenama lain. Lepas spray, kena lari jauh. Hahahaha

      Padam
  2. Wah menarik.. hanya semburan je kan.. mudah dan cepat.
    Memang covid ni merisaukan sangat.
    Anak anak yang tak tahu apa apa tu lagi perlu kita jaga
    Erm.. balm dia tu tak biasa tengok. Nanti boleh la cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe. Cap lang ni memang femes. Kebanyakan produk mereka dari Kayu Putih. Bagus untuk seisi keluarga.

      Padam
  3. Setiap rumah patut ada satu ni. Boleh jugak letak dekat office sebab disinfectant dekat office bau dia tak best haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhhhh ni betul. Hahaha. Kat ofis kita kena jaga juga kesan bau-bauan ni. Ada yang alahan kepada perfum. So pakai Eucalyptus InsyaAllah tiada siapa yang akan marah. Malah minta selalu spray. Hehe

      Padam
  4. semburan mcm ni mmg sangat penting....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sanitasi sambil hilangkan bau. Kadang balik dari pasar. Spray je bag shopping tu. Kita pun hidung jadi segar.

      Padam
  5. Dah lama cari macam ni! Thank kak Ruby update pasal ni. Nnt nak beli. Murah dah tu RM23 utk 280ml.

    BalasPadam
  6. menarik ni sebab 2 in 1. lagi2 dalam kereta kita hari2 keluar masuk. thanks sharing

    BalasPadam
  7. Inilah New Normal kita.. Kita terpaksa sentiasa kena guna sanitizer dan disinfectant.

    bagus kongsi info ni.. boleh buat pilihan produk

    BalasPadam
  8. Ooo produk baru mereka ya...Sis tau balm tu jer selalu nampak kedai jual.. Baguslah kalau ada yang macam ni, just spray aje.. semut uma ni jahat juga, nanti nak cari laaaa

    BalasPadam
  9. Oh dah lama rupanya.. Kenapa baru tau.. Hehee.. Bagusla nak kene cari juga.. Spray2 ni memg nad suka.. Senang.. Ehehe.. Sekarang kat rumah puj kena berjaga

    BalasPadam
  10. Kenapalah baru tahu pasal jenama & produk ni yer. Nak juga cuba macam menarik & banyak kegunaan dia jugak

    BalasPadam
  11. first time tau pasal produk ni. nampak menarik. terima kasih sis kongsi info tentang produk ni, tambah2 sekarang kan musim2 covid ni.. :)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !