Dunia perniagaan sememangnya seronok diceburi, kegigihan dan kesabaran usahawan adalah perkara yang jarang-karang diketahui. Malah, ada kalanya hanya jenama sahaja dikenali. Berbeza pada zaman kini, pengasas dan jenama dikenali. Ini kerana pembeli ingin mengetahui kisah-kisah kejayaan, kualiti produk dan mengikuti kedua-duanya di laman sosial media. Nampak menakutkan bukan? Tetapi itulah realiti dan cabarannya. Lebih dekat founder dengan pelanggan, lagi ramai kuasa membeli akan muncul.
Personal Shopper Bag Berjenama Kini Memiliki Butik Sellection Di Wangsa Melawati.
Cerita anak bongsu tujuh beradik dari Ipoh, Perak yang kini menjadi pengasas Sellection sebenarnya cukup menginsiprasikan. Keputusan berhijrah mengikut suami tercinta, Abdul Hadi Wisman, 34, sebenarnya menyorot satu perjalanan pahit yang berakhir dengan kemanisan. Untuk meneruskan kehidupan dan menjana pendapatan sampingan. Puan Rafidah mencuba nasib mencari rezeki dengan pelbagai kerja. Bagaimanapun kisah menjual mufin pisang cukup menarik perhatian kerana ia sebenarnya menjadi asbab dan pembuka jalan untuknya menjadi personal shopper sejak tahun 2015.
“Berbanding suami yang senang mendapat kerja kerana sudah lama menetap di Kanada, saya sebenarnya bergelut pada awal penghijrahan. Pernah dalam satu ketika saya membuat empat kerja dalam satu masa. Termasuklah menjadi pembantu hotel, mengemas hotel (housekeeping) dan pembantu dapur. Dalam sehari saya pernah dapat hanya 10 dolar saja sebelum saya mendapat pekerjaan tetap sebagai Software Tester di sebuah syarikat di Montreal.
Kisah Mufin Pisang Di Montreal, Kanada
"Akibat terasa susah dan rasa kesempitan hidup, saya bertekad untuk melakukan kerja lain yang boleh mendatangkan pendapatan tambahan. Jadi tercetuslah idea menjual mufin pisang di kafe sekitar Montreal pada tahun 2015. Cerita menjual mufin pisang ini tak pernah saya kongsi dengan pengikut dan peminat. Mungkin ada yang fikir tinggal di luar negara itu menyeronokkan dan sangat senang. Dalam seronok, sebenarnya ada terpalit cerita sebaliknya," katanya membuka bicara pada majlis Sellection Dinner and Appreciation Night pada 7 Mac di Black Pearl Event Space, Shah Alam.
“Saya reka resipi mufin pisang dengan menggunakan tepung bebas gluten. Gigih juga saya berjalan dari satu kafe ke kafe di Montreal untuk mempromosikan mufin pisang itu dengan mengedarkan brosur. Ada yang geli nak mencuba mufin saya. Tak kurang juga yang tak pandang Iangsung saya. Ada juga yang memandang pelik dan skeptikal kerana saya bertudung. Saya sudah terbiasa menerima penolakan. Saya tetap kuat dan sabar. Dalam hati saya cukup optimis kerana rasa mufin ini sangat sedap & kandungannya menyihatkan.
"Ingat lagi ketika tak ada kereta, saya terpaksa membawa pisang sebanyak 20 kilogram yang dibeli dengan menaiki bas untuk dibawa ke rumah. Ada ketika saya harus dalam keadaan cuaca sangat sejuk, saya redah sahaja. Saya sorong pisang itu dengan menggunakan shopping cart. Rumahlah jadi tempat saya beroperasi membuat mufin pisang. Apabila hidup ini ada pengharapan dan semangat positif, automatik diri ini jadi sangat kuat. Tanpa diduga mufin saya mulai diterima ramai.
“Dari satu kafe, akhirnya saya berjaya menyediakan mufin pisang ini untuk sembilan buah kafe di sekitar Montreal," katanya mengenang kembali momen berkenaan.
Dari Perniagaan Mufin Pisang Ke Personal Shopper Bag Berjenama
"Apabila saya kerap pulang ke Malaysia atas urusan perniagaan, kekangan masa dan komitmen untuk fokus dalam bisnes mufin pisang terganggu. Selama dua tahun bisnes mufin pisang beroperasi dan pada tahun 2017 saya dan suami juga membuat keputusan untuk kembali ke tanah air bagi memberikan tumpuan penuh kepada business online shopping dan legasi Sellection" katanya.
"Pengikut dan pelanggan juga terus bertambah dari masa ke semasa. Mereka juga boleh melihat katalog barangan yang dijual di halaman Facebook dan laman sesawang rasmi. Saya bina kepercayaan sedikit demi sedikit dengan memberikan servis perkhidmatan pelanggan terbaik dan nilai manfaat kepada para pembeli. Sebenarnya bukan mudah untuk orang luar percaya bisnes sebegini apatah lagi atas talian. Namun saya berjaya menawan hati mereka hinggalah wujud butik pertama Sellection di Wangsa Melawati,"katanya.
Sellection Online Premium Outlet
“Yang pasti semua produk jenama mewah saya original dan baru. la dibeli terus di outlet di Amerika Syarikat, Kanada dan Benua Eropah. Saya sendiri menggemari barangan mewah. Saya pasti ramai juga merasai keinginan sama. Tidak hanya golongan wanita, lelaki pun mempunyai minat sama. Ada yang nak bergaya dengan barangan mewah namun mahu berjimat. Daripada situlah saya lihat ruang menjadi personal shopper itu terbuka luas. Harga yang dibeli di outlet lebih murah daripada yang dijual di butik. Pada masa sama ia juga up to date dan harga mampu milik," katanya.
Bermula dengan perniagaan personal Shopper, Sellection sudah berkembang menjadi sebuah jenama tempatan yang menyediakan barangan fesyen yang hanya berkualiti, berjenama dan mewah pada harga mampu milik. Kini, Sellection secara rasminya menaik taraf sebagai "Online Premium Outlet" yang pertama di Malaysia. Ketika ini juga Rafidah berkata pihak Sellection turut mahu membuka peluang niaga kepada masyarakat di luar sana untuk menjana pendapatan
"Kami mahu sama-sama mengajak orang di luar sana menjana pendapatan dan meluaskan peluang niaga bersama Sellection. Kami juga mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi rakan perniagaan atau Reseller yang mahu bekerjasama dan mengambil bahagian besar dalam perjalanan Sellection yang akan terus maju," katanya.
Komuniti #SistersdiMalaysia
"Mereka umpama rakan alam maya yang jauh di mata, namun dekat di hati. Yang tak kenal rapat sekalipun kami amat terbuka menjalinkan hubungan baik. Misi Sellection ialah memberikan pelanggan pengalaman listimewa apabila membeli belah dengan Sellection seolah-olah mereka membeli barangan mewah itu terus di butik atau outlet jenama terkenal itu sendiri ," katanya.
Sellection Gift Card
Butik Sellection, Wangsa Melawati
Sellection Boutique
No 10, Jalan Wangsa Setia 4
Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur,
Malaysia
+60341420000
[email protected]
Waktu Operasi :
Isnin : 10AM - 7PMSelasa : 10AM - 7PMRabu : 10AM - 7PMKhamis : 10AM - 7PM
Jumaat : 11AM - 9PM
Sabtu : 10AM - 7PMAhad : 10AM - 7PM
www.sellection.com
www.instagram.com/sellectioncom
Woww terbaek ar...Sis memang tau brand dia jual ni sebab kadang lalu lalang kat TL IG Sis..hebat ar sampai dah berjaya dia bukak butik sendiri...Tahniah!
BalasPadamtak sangka pulak PS boleh ada butik pulak tu...terbaik ahh
BalasPadamakak follower ke 120...
Wah tahniah for her makin maju sampai dapat bukak butik sendiri dah kan..seronok baca kisah entrepreneur orang kita..tapi ni tak pasal2 teringin pulak nak rasa muffin pisang dia haha.
BalasPadamBagus sanagt dia.. Apa dia nak buat dia akan buat.. Sampai la dapat buka butik beg berjenama ni.. Trrbaikal..Lepas ni nak cari beg lawa2 boleh usha dekat sini.
BalasPadaminspired kan tgk perjalanan kerjaya puan rafidah tu ...dari muffin baker ke personal shopper hingga dpat buka kedai sendiri.. alhamdulillha semoga dia terus berjaya...
BalasPadamSiapa sangka kan dari personal shopper barangan berjenama beliau berjaya buka butik Sellection. Bolehlah lepas ni nak shopping barang berjenama di butik Sellection
BalasPadamInspiring... tahniah kepada Puan Rafidah (dan suami)... saya setuju sangat yang sebelum kita nak berjaya tu, banyaklah ranjau dan duri yang perlu diharungi... berbekalkan semangat dan usaha tidak pernah kenal erti jemu akhirnya berjaya juga beliau membuka butik ya... semoga terus berjaya dengan izinNya... #keepinspiringothers #positivevibes #ilikethis
BalasPadamSuka dengar kisah inspirasi seseorang yang daripada bawah sehingga berjaya. semoga makin berkembang bisnesnya :)
BalasPadamTeringin jugak nak le butik diorg ni..manalah tahu ada yg terminat..boleh buat beg raya..:)
BalasPadamtudiaa.. tak sangka dari menjual muffin sampai dah berjaya buka butik Sellection sendiri. bagusnya kannn. Dapat la juga peminat barangan berjenama di Malaysia untuk memperolehi barangan idamannya. ye la, nak pi oversea beli sendiri tah bila la nak dapat kannn
BalasPadamTak sangka, dari menjadi personal shopper sekarang dah ada physical store nya sendiri. Hebat dan sangat terinspirasi mendengat cerita Pn Faridah nie
BalasPadamHebat la dia..salute sungguh sebab zaman ekonomi tengah merundum ni dia boleh buka butik..kira memang hebat la
BalasPadamPehhhh.. hebatlah! Personal shopper pun boleh miliki butik sendiri. Atas berkat usaha dia, memang jadi inspirasi orang macam ni. Bukan senang nak climb that ladder.
BalasPadam