Laman Web DoctorOnCall Bantu Rakyat Malaysia Cek Jangkitan COVID-19. Assalamualaikum semua! Rasa macam sayu je hati ni bila melihat berita tentang kes-kes COVID-19 di Malaysia yang semakin meningkat dan kadar kematian sudah mencapai ke 8 orang. Ini bukanlah masanya untuk menyalahkan sesiapa atau mengetahui punca. Sekarang adalah masa kita jaga diri, orang sekeliling dan duduk rumah. Memang bukan mudah untuk #Stayathome dan #Workfromhome. Tapi ini adalah sebaiknya. Melihat pesakit yang sukar bernafas, Canulla / Branula di kiri kanan tangan. It's break my heart.
Laman Web DoctorOnCall Bantu Rakyat Malaysia Cek Jangkitan COVID-19
Laman web DoctorOnCall ni Ruby pernah gunakan perkhidmatan video call mereka sekitar tahun 2017 untuk mendapatkan rawatan sakit kepala dahulu. Ia adalah cara yang paling efektif, sebab kita tidak perlu keluar rumah dan preskripsi ubat-ubatan doktor akan pos. Kalau dah sakit kepala migrain, memang takleh bawa bincang. Alternatif terbaik adalah gunakan perkhidmatan DoctorOnCall. Selain itu, inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia bekerjasama bersama DoctorOnCall bagi memudahkan rakyat Malaysia cek gejala COVID-19 adalah amat membantu. Terima kasih!
Sekiranya anda demam, selsema, batuk atau paranoid dengan keadaan sekeliling anda. Sila lakukan saringan dengan menjawab beberapa soalan secara jujur. Diantara soalannya adalah, seperti yang Ruby screenshot dibawah :
Klik laman web dibawah untuk cek gejala COVID-19 anda pula. Semoga bermanfaat.