Resepi Cekodok Pisang Ruby Rangup Diluar, Lembut Di Dalam

Resepi Cekodok Pisang Ruby Rangup Diluar, Lembut Di Dalam. Assalamualaikum semua! Hahaha. Sesuka je Ruby paten kan Cekodok Pisang yang Ruby masak kepada Cekodok Pisang Ruby. Hahaha. Korang tau tak betapa susahnya nak belajar buat cekodok pisang ni. Sampai putus asa bertahun dan tiba-tiba kembali mencuba lagi buat. Dulu, masa belajar buat cekodok pisang, Ruby tak tahu langsung nak guna pisang apa dan kebanyakan pisang yang digunakan adalah warna kuning cantik. Bukan pisang masak yang kulitnya dah gelap sikit tu. Lepas tu tak tau yang pisang dah hitam kulitnya masih boleh masak buat cekodok. Ruby terus buang. Aiyooo. Jadi, ini adalah resepi kejayaan selepas berjaya hasilkan cekodok pisang sempena Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19.

Resepi Cekodok Pisang Ruby Rangup Diluar, Lembut Di Dalam


Sebelum ni, kalau Ruby buat cekodok pisang, mesti lembik. Tak gebu dan banyak minyak. Hahahaha. Lembik sebab tak cukup tepung gandum. Tak rangup sebab tak bubuh tepung beras. Tak manis sebab tak bubuh sikit brown sugar. Tak lemak sebab takde garam. Ruby kalau memasak memang suka cari perbezaan dan kenapa perlu bahan A, bahan B. Jenis teliti dan nak tahu segala-galanya. 

Pada hari Isnin 16 Mac 2020, Ruby pertama kali ke pasar malam di keramat. Disini tidak ramai peniaga, tetapi dari survey yang Ruby dapati. Di sini ada nasi kerabu, satay, tauhu bergedil, gorengan ayam leper tu, gerai buah-buahan dan apam balik. Best juga. Tak perlu nak berjalan jauh dan segera pulang. 

Ruby beli pisang masak sebakul. RM 5. Hahaha. Murah gilerrrr. Pakcik tu campur-campur pisang. Siap cakap, "kak cuti sekolah ni kena ada pisang. Senang kak nak sediakan". Dalam hati Ruby, "alamak pakcik, saya baru nak belajar balik buat cekodok pisang. Hahahaha.". So Ruby beli 2 longgok. Kahkahkah. Suami Ruby dah pandang Ruby, "Betul ke ni?". Hahaha. Betul lerrr. 

Bahan-Bahan Cekodok Pisang Ruby


Nasib baik beli tau, masa Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020, cekodok pisang aje la keje Ruby buat kat dapur. Hahaha. Sampai jadi! Okaylah ni bahan-bahan untuk Cekodok Pisang Ruby.

1. Sesikat pisang masak. Pisang apa pun takpa. 
2. 2 cawan Tepung Gandum
3. 1/2 cawan Tepung Beras
4. 1 sudu teh Baking Powder
5. 1 sudu teh Soda Bicarbonate
6. 1 sudu teh Garam Bukit
7. 1 sudu besar Brown Sugar
8. Minyak Masak

Cara Membuat Cekodok Pisang Ruby

Secara jujurnya apabila memasak, kita perlu agak-agak. Kadang-kadang pisang ni terlebih masak dia akan terlebih cecair. Ada juga pisang gemuk dan kurus. Ada kala, cawan kita guna untuk sukatan juga tidak sama saiz. Jadi, cuba agak-agak tau. Sukatan mungkin perlu dilebihkan atau dikurangkan. Terutamanya Tepung Gandum. Hehehe.

Mula-mula, anda kena buang kulit pisang dan masukkan isi pisang dalam bekas besar. Sesikat pisang selalunya ada 12 buah aje kan? Anda lenyekkan pisang tersebut sehingga semua dah hancur. Guna penekan burger boleh, botol boleh dan cawan pun boleh. Pastikan permukaan semuanya bersih okay? Pisang yang Ruby masak ni agak banyak juga, cuma dia kurus-kurus panjang dan Ruby campur-campur pisang. 


Masukkan, tepung gandum, tepung besar, gula, garam, baking powder dan soda bicarbonate. Pastikan tekstur bahan campuran tadi digaul dengan senduk. Dah sebati, barulah gunakan tangan yang bersih untuk masak satu persatu dalam minyak yang panas. Minyak perlu banyak dan panas ya. Kita akan masak deep fried. 

Apabila anda memasak ikut resepi Ruby ni, cekodok cepat masak dan tidak perlu buat perkara lain. Fokus okay! Sediakan pinggan untuk hidangan.

Selamat memasak Cekodok Pisang Ruby! Semoga resepi ini bermanfaat. 

15 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Haah betul tu.. Kadang-kadang ada resepi yng nampak senang, tp kalau tak kena cara lain la jadi rasanya.. Kdg2 orng yang ada skill masak ni mmg dah boleh agak dah kuantiti yang perlu dipakai tu xperlu nak timbang betul2 pun kan.. Yang penting kita usaha untuk belajar dan perbaiki diri supaya dapt improve dari masa ke masa

    BalasPadam
  2. Wah nk rasa lah cekodok Ruby... kak punya lg sempoi guna pisang tepong gula dan garam je hihi...

    BalasPadam
  3. ya ampun. blogwalking terus nampak makanan. kak ruby sedapnya. makan panas-panas tambah lagi nescafe panas. pergh!

    BalasPadam
  4. Yummy!!!!!!!! Cengkodok pisang........ another good recipe to try. Thank you for sharing this recipe ya.

    BalasPadam
  5. Sedapnya cekodok pisang, My feveret.oo letak tepung beras gak ek. Boleh la try kalau buat lepas ni

    BalasPadam
  6. Sebenarnya cekodok lah resepi paling senangkan..yg penting kena guna pisang yg mmg untuk.buat cekodok baru ianya menjadi..kena buat bulat2..baru sedang makan

    BalasPadam
  7. blog walking malam malam lepas tu Nampak cengkodok pisang, ok lapar haha. Thanks share resepi nanti kita boleh try resepi akak

    BalasPadam
  8. ouh... kena tambah Baking Powder dan Soda Bicarbonate la baru dapat crunchy gitu. semua bahan dah ada. pisang je takde ni. PKP punya pasal. semua out of stock!

    BalasPadam
  9. Belum pernah buat pakai tepung beras dan bikarbonat. Kalau cara biasa memang susah sket nk bg bulat. Petua dia bila masuk dalam kuali, guna sudu tu bulatkan bancuhan cekodok. Hehe. Nak buat jugalah.

    BalasPadam
  10. memng gebu ni. saya pun guna resepi macam ini. nanti bolehlah cuba

    BalasPadam
  11. sedapnya cekodok pisang. makan panas-panas, perghh nikmatttt. Cekodok pisang ni memang sedap guna pisang yang dah betul-betul masak. baru rasanya paduuu

    BalasPadam
  12. Serious lama gila sis tak buat cekodok pisang. Selalu beli aje kalau teringin. Entah ada entah tidak skill lagi buat cekodok..hahaha. Kalau nak buat nanti kena tengok balik resepi ruby ni..hahaha

    BalasPadam
  13. sedap nyer, ruby.
    aida da 3-4 ari cari pisang ranum tau.
    nak buat cekodok ni la. tapi semua kedai x jual.
    xde stok. hu hu hu hu hu...
    gi mydin, xde. gi family store, xde :(
    aduhai.... nak cekodok pisang!!!
    anyway, tq ye for sharing.

    BalasPadam
  14. Wah guna garam bukit dlm masakan.. dgr kata bagus n byk khasiatnya.. leh la AM cuba juga nnti sementara dlm tempoh kuarantin nie.. mcm2 menu teringin nak masak..

    BalasPadam
  15. Hantor sikit cekodokkk kat sini, sis kebuluran hehhehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال