MCMC Wujudkan Portal SEBENARNYA.MY Untuk Tangani Berita Palsu

MCMC Wujudkan Portal SEBENARNYA.MY Untuk Tangani Berita Palsu

Ruby
13

MCMC Wujudkan Portal SEBENARNYA.MY Untuk Tangani Berita Palsu. Assalammualaikum semua! Sejak media sosial mula digunakan, pelbagai perkara aneh-aneh berlaku. Spekulasi demi spekulasi mula diterbitkan. Medium yang digunakan sudah semestinya blog konspirasi, sebaran mesej di whatsapp dan kini trend di facebook dan twitter menjadi platfom membawang. Kemudian isu-isu ini menjadi tular viral dan membimbangkan pihak kerajaan. Dari cakap kosong netizen, pastinya ada netizen lain yang mempercayainya. Sebagai contoh, mereka yang mudah termakan dek mesej-mesej provokasi tersebut. Pandai mereka yang membuat copywriting ini membeli jiwa para netizen. Tapi, ia bakal merosakkan hubungan baik diantara rakyat dan kerajaan. Peliknya kita marah / percaya kepada sesuatu benda yang tidak pasti.

MCMC Wujudkan Portal SEBENARNYA.MY Untuk Tangani Berita Palsu.

Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia yang diwujudkan oleh Malaysian Communications and Multimedia Commission / Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain. Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan.




Ruby mengetahu kewujudan portal ini apabila ada seorang ahli dalam group whatsapp menyelar penyebaran mesej-mesej berantai tentang #COVID19. Beliau berkata "Jika tidak pasti sebenarnya.my kan ada. Boleh cek disini". Jadi, Ruby pun klik. Wah dah wujud portal ini sejak 2001 lagi! Portal ini semakin konsisten membantu kita menangani berita palsu sejak 2013. Ini adalah permehatian Ruby dari arkib portal SEBENARNYA.MY. Jadilah masyarakat, rakyat, ibu bapa, anak-anak dan adik-beradik yang bijak. Jangan mudah menyebarkan informasi yang tidak pasti. 


Berita Palsu Mengganggu Usaha Kerajaan Menangani Wabak COVID-19


Ruby faham, kita nak tahu berita dengan sepantas kilat. Tetapi kita kena faham setiap berita harus ditapis sebab kerajaan tidak mahu situasi panik. Sekarang sudah hari ke lapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) / Restrict Movement Order (RMO) / Movement Control Order (MCO) lagi bertambah resah mereka yang #StayAtHome tu. #WorkFromHome pun jadi tidak efektif dengan gangguan anak-anak, isteri masak 24 jam, mengantuk, malas bersenam dan risau tentang berita kematian setiap hari. Jangan ganggu inisiatif kerajaan. Ruby pasti ramai sudah ikuti Telegram MKN dan KKM. Percaya kepada satu sumber sahih. Tidak perlu mengulas tindakan YDPA, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan or what so ever. Elakkan diri dari menjadi batu api. Okay? Tarik nafas... Hembusss.... Duduk Rumah!

Diantara isu paling PALSU adalah semakan pengeluaran KWSP i-Lestari.  Advance ya bab nak scam orang ramai. Yang orang ramai pun satu hal, laman web dan aplikasi KWSP kan ada. Kenapa nak masuk laman web bukan official? Aneh betul.


Muat Turun Aplikasi SEBENARNYA.MY


Google Play : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.gov.mcmc.sebenarnyamy

Apple Store : https://apps.apple.com/us/app/sebenarnya-my/id1358556098?ls=1





www.sebenarnya.my
www.t.me/sebenarnyamy
Tags

Catat Ulasan

13Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Yalah. Kalau tak buat macam ini, selalu sahaja menerima yang belum tentu kebenaran berita tersebut. Bila dah rasa was-was selalunya abaikan sahaja semua berita tersebut.

    BalasPadam
  2. Bagus! Kena ada undang-undang dan peringatan begini, kalau tak, sesuka hati mereka sebar berita palsu tanpa ada pengawasan..sampai kadang Sis ko pun sama terjebak! Adeiii

    BalasPadam
  3. Baru tau gak mengenai portal ni. Dah lama wujud rupanya so pas ni boleh lah kita rujuk ke portal ni sebenarnya kan?

    BalasPadam
  4. wa. baru tahu. thats good. sekurang-kurangnya ada medium yang kita boleh semak kesahihan satu-satu berita. tau je lah viral paling laju ke hadapan sekarang ni.

    BalasPadam
  5. Yalah..banysk sgt berita palsu..fitnah berleluasa..atleast dengan adanya portal nie bolelah buat rujukan

    BalasPadam
  6. Ye betul bila banyak sangat pasal sharing benda palsu sebenarnya bagi nampak.. pada yang lurus bendul percaya beboolat tu.. still follow yang rasmi untuk info yang betul.. huhu apa pun fira suka lagi MKT haha

    BalasPadam
  7. SEBENARNYA memang terbaik dalam menangani penyebaran berita palsu - tenang hidup sebab kita boleh semak berita kat sini kan

    BalasPadam
  8. Takut bila dengar macam2 berita ttg covid19. Bolehbrasa down terus hidupkan huhuhu

    BalasPadam
  9. Good info. Kalau tak ramai yang akan tertipu dengan berita2 yang tidak sahih. Sekurangnya kita bolehlah buat semakan terlebih dahulu

    BalasPadam
  10. Bagus jgak mcmc wujudkan portal nie..sbb trlalu bnyak berita palsu dan tak betul yg disebarkan oleh netizen nie.. Dgn adanya portal nie, ianya lbh tepat dan boleh dipercayai..

    BalasPadam
  11. bagus sangat usaha yang dilakukan ni. sekarang memang banyak fake news yg tersebar dengan cepat dan ramai yang percaya pulak tu! :)

    BalasPadam
  12. bagusla ni banyak betul berita palsu musim2 MCO ni kan. tangani dgn baik

    BalasPadam
  13. banyak sangat berita palsu sekarang ni. tak tahu la apa motif diorang2 ni buat berita2 palsu ni. lpas ni ada platform macam ni mudah la kan nak tahu mana yang btol dan mana yang x.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !