Siti Khadijah Sumbang Telekung Buat ‘Frontliners’ Wabak Covid-19


Siti Khadijah Sumbang Telekung Buat ‘Frontliners’ Wabak Covid-19. Assalammualaikum semua! Semakin hari, semakin risau melihat angka pesakit dan angka kematian dari Wabak Covid-19. Mereke di barisan hadapan adalah insan yang paling letih dan sibuk menjaga pesakit. Pakaian mereka berlapis-lapis. Panas di dalamnya tiada siapa yang tahu. Ruby di rumah hanya berdoa agar semuanya diberi kekuatan untuk terus berjuang.

Siti Khadijah Sumbang Telekung Buat ‘Frontliners’ Wabak Covid-19 


Bantu selagi kita mampu. Peneraju rekaan telekung berinovasi, Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (Siti Khadijah) telah menyumbang sebanyak 600 pasang telekung trade-in Siti Khadijah kepada barisan hadapan yang bertungkus-lumus menjalankan tanggung jawab bagi mengekang wabak Covid-19 di Malaysia.

Sumbangan telekung SK merupakan hasil pembelian & pemberian pelanggan-pelanggan SK (#FamiliSK) menerusi Kempen Trade-In Telekung SK yang telah dijalankan sejak tahun lepas. Secara tidak langsung, #FamiliSK turut menjadi penyumbang utama dalam memanfaatkan projek CSR Siti Khadijah di kala krisis penularan wabak Covid- 19 yang sedang berlaku.

Siti Khadijah bekerjasama dengan NGO, Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS) bagi sumbangan telekung ke dua buah hospital, iaitu Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh. Telekung terpakai yang masih elok dan telah dibersihkan telah diberikan kepada kepada kakitangan hospital yang memerlukan. Selain daripada itu, Siti Khadijah juga turut menyumbang sejumlah 130 helai tudung sarung untuk kegunaan barisan hadapan. Sebagai syarikat pembuatan yang turut terjejas dengan krisis ini di mana keseluruhan operasi kilang jahitan ditutup, Siti Khadijah berharap agar sumbangan kecil daripada Siti Khadijah ini mampu menyuntik semangat dan motivasi kepada barisan hadapan kita dalam menjalankan amanah tugasan yang sangat mencabar ini.

Segulung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih dari kam,i rakyat Malaysia kepada barisan hadapan yang bertugas dalam menangani wabak Covid-19 ini. Rakyat Malaysia akan terus berdoa agar penularan wabak Covid-19 ini dapat dibendung sepenuhnya.

Kepada #FamiliSK yang ingin menyumbang seikhlas hati, boleh berbuat demikian dengan memasukkan sumbangan anda ke:

Maybank : 5628 3460 9847
Nama akaun : Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd

Bagi setiap sumbangan yang mencukupi RM50, sepasang telekung Siti Khadijah akan diberikan kepada barisan hadapan yang memerlukan.



Mengenai SK


Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd merupakan jenama telekung nombor satu Malaysia dengan keunikan dan rekaan inovatif di bahagian wajah. Telekung ialah pakaian istimewa wanita di Kepulauan Melayu yang dipakai setiap kali bersolat dan sinonim dengan budaya Melayu. SK memperkenalkan rekaan yang dipatenkan fokus kepada potongan unik bahagian wajah dengan kombinasi fabrik berkualiti tinggi untuk memastikan keselesaan ketika beribadah.

Material mudah regang sesuai untuk setiap bentuk dan saiz wajah wanita. Koleksi telekung SK menawarkan empat unik rekaan wajah yang berbeza dengan rekaan telekung biasa. Material yang digunakan hanya daripada fabrik kualiti terbaik seperti kapas, cotton-feel, rayon dan sutera dengan sentuhan perincian renda yang disulam indah.

Selain daripada telekung, SK turut menawarkan koleksi pakaian khas untuk jemaah Umrah dan Haji. Antara produk lain yang ditawarkan termasuklah hijab, sarung lengan, jubah , baju kurung tradisional dan pelbagai aksesori.

Butik Gaya Hidup SK adalah segmen perniagaan terbaharu SK. Sejak 2009, Siti Khadijah dinamakan sebagai jenama isi rumah di Malaysia dan berkembang luas dengan 41 cawangan butik sekitar Malaysia dan 4 cawangan di Indonesia.

www.facebook.com/TelekungSitiKhadijah
www.instagram.com/telekung.sitikhadijah
www.sitikhadijah.com/my

13 Comments

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Alhamdulilah, moga brtambah rezekinya buat SK..
    Lagi satu sekarang pun takut nak share telekung dengan orang lain atau guna yang di tempat awam, elok bawa aje sendiri dalam keadaan sekarang ni kan...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Satu kerja yang murni dengan pemberian telekung buat frontliners. Bukan kaleng² brand. Seronoknya. Semoga Allah lindungi frontliners kita dalam berjuang memastikan kesejahteraan masyarakat dan bumi kita. Amin

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semoga pihak Stiti Khadijah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Tak lupa juga kepada frontliner yang sedang berjuang merawat pesakit, moga mereka diberikan kesihatan dan dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  4. Mommy ada 1 telekung Khadijah. Yang harga mampu milik. Memang amat berkualiti. Terima kasih kerana membantu our frontliner.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah ini lah yang kita suka pada rakyat Malaysia time semua dapat musibah ramai yang nak membantu termasuk juga syarikat besar macam Siti Khadijah ni harap usaha ini akan diteruskan dengan company lain dan mendapat keberkatan di sisi-Nya... Aminnnn...

    ReplyDelete
  6. tahniah dan terima kasih. time2 macam ni memang memerlukan keprihatinan dan sumbangan ramai pihak. semoga melimpah ruah rezeki anda

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, bagus usaha murni telekung siti khadijah ni. semoga usaha murni sebegini dapat di teruskan dan menjadi contoh buat pengusaha lain :)

    ReplyDelete
  8. terbaik.
    senyum lah frontliners yg menerima.
    meredakan keletihan diorang kan :)
    tanda SK menghargai usaha those frontliners.

    ReplyDelete
  9. Wahhhh mulia sungguh hati owner Telekung Siti Khadijah nie ya. Baguslah sbb frontliners kita banyak sumbangkan bakti dan tenaga dlm menangani krisis yg melanda negara kita skrg nie.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih untuk owner dan staff yang menyumbang, saling bantu membantu. Sedikit sebnayak dapat meringankan beban. Lama dah aim telekung ni

    ReplyDelete
  11. Ya Allah, murah rezeki SK. Alhamdulillah disaat PKP ini, keadaan Negara dengan covid19, kita tengok banyak yang tampil membantu di hadapan. Hanya Tuhan sahaja dapat membalas.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..
    Semoga Allah perluaskan lagi rezeki untuk mereka..
    Mana mana ahli perniagaan memang akan terjejas sikit.
    Moga setelah berakhir masalah ini, segala masalah perniagaan ni boleh diatasi.

    ReplyDelete

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Previous Post Next Post