All-in-One InkJet Printer Terkecil Di Dunia HP Deskjet Ink Advantage 3777

All-in-One InkJet Printer Terkecil Di Dunia HP Deskjet Ink Advantage 3777

Ruby
1

Sekitar bulan Oktober 2016 yang lalu, HP telah melancarkan HP DeskJet Ink Advantage 3700 Series All-in-One Printer iaitu the world’s smallest all-in-one printer. Ini kerana saiz, harga, fungsi dan kepelbagaian warna memberi tawaran hebat kepada pengguna. Saiz yang jimat ruang, harga yang berpatutan dan warna menarik seperti Electric Blue, Sea Grass Green dan Cardinal Red. 

HP Deskjet Ink Advantage


Jadi ruby akan kongsikan dengan anda apa yang menarik tentang HP DeskJet In Advantage 3777 di dalam warna Cardinal Red. Selain itu, ruby juga melakukan DIY Happy Birthday Banner menggunakan All-in-One Inkjet Printer Terkecil di Dunia HP Deskjet Ink Advantage 3777 bersama Adam. Seronok sangat bila Adam tengok ruby boleh angkat printer ni dan buat kerja bersama dia. 

Kebiasaannya printer yang sedia ada bersaiz besar dan ruby tidak alihkan kemana-mana pun. Memang lokasi printer besar hanya ada di dalam bilik kerja dan ruang bilik kerja tu sempit dengan banyak barang event. Jadi tak sesuai untuk Adam masuk bilik tu.

All-in-One Inkjet Printer HP Deskjet Ink Advantage 3700 Series RM 379

– Di Pasaran Malaysia hadir dengan 3 warna menarik HP DeskJet Ink Advantage 3775 (Electric Blue), 3776 (Sea Grass Green) dan 3777 (Cardinal Red)
– All-in-One! Printer ini boleh print, copy, scan dan mempunyai fungsi wireless. Password WiFi akan diberikan oleh printer itu sendiri dengan hanya menekan button info di sebelah paparan menu.
– Mudah diselenggara, hanya sambungkan wayar plug dan wayar Hi-Speed USB 2.0 ke laptop macbook pro OS X v10.9 Mavericks.
– Gunakan dakwat original HP sahaja. RM 39.00 sahaja untuk HP 680 Black Original Ink Advantage Cartridge (Print sehingga 480 helaian kertas) atau HP 680 Tri-color Original Ink Advantage Cartridge (Print sehingga 150 helaian kertas). Dua-dua harga sama dan ia Single Cartridge Mode. Hehehe.
– Print ISO Speed Up to 8 ppm Black & 5 ppm Color
– Monthly Duty Cycles Up to 1000 Page
– Scan Resolution Up to 1200 dpi
– 3 tahun waranti

DIY Happy Birthday Banner menggunakan printer terkecil di Dunia bersama Adam memang pengalaman yang sangat manis. Sebab ia ringan, cantik dan mudah di pasang. Adam pun sudah pandai meminta untuk print gambar bersama sekeluarga. Nak buat birthday party ikut tema kartun kegemaran. Cepat je masa berlalu dan 12 Januari 2017 ni genap 3 tahun usia Adam. Banyak gambar dari telefon pintar ruby belum print lagi. Gambar dia masih bayi pun belum print lagi. Nanti ruby akan abadikan gambar tersebut dengan print melalui HP DeskJet Ink Advantage 3700 Series All-in-One Printer ni.

DIY HAPPY BIRTHDAY BANNER

  1. Kertas warna warni
  2. Gunting atau Cutter
  3. Tali untuk menggantung
  4. Puncher untuk tebuk lubang
  5. Laptop untuk design huruf
  6. Wajib ada Prnter HP DeskJet In Advantage 3777. Hehehe.

Ruby mulakan dengan mencari design yang bersesuaian. Kemudian tulis perkataan yang kita nak print, kira huruf yang diperlukan. Kemudian masukkan kertas bewarna di dalam tray printer. Klik print dan tunggu hasil print. Setelah siap print semua huruf, gunting atau potong kertas berhati-hati. Selesai menggunting, anda boleh mula menebuk lubang. Masukkan tali dan bersiap sedia untuk gantung! Hehehe.

Sangat mudah dan jimat masa. Malah waktu bersama melakukan aktiviti bersama anak lebih bermakna. Baru-baru ini, HP DeskJet In Advantage 3700 Series All-in-One Printer dinamakan sebagai salah satu TIME Magazine’s 50 Most Influential Gadgets of All Time, DeskJet yang direka bentuk semula menawarkan percetakan mudah dari telefon pintar atau tablet.

 

Dapatkan HP DeskJet In Advantage 3700 Series All-in-One Printer dalam warna kegemaran anda! Ia akan memberi anda semangat untuk lakukan tugasan harian dengan mood yang lebih positif. Serikan dunia mu!

www8.hp.com/my

www.facebook.com/HPmalaysia

www.twitter.com/hp_malaysia

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Kak... Sy tengah ushar printer nak beli..tetibe terjumpa pulak model hp 3777 ni... Nak tye...untuk fungsi copy & scan kad pengenalan & surat beranak bole ke masuk kt tmpt scan tu... Yela..sbb rasanya 2 benda ni yg penting selalu nk kena potostat.. bole akk bg x pendapat.. terima kasih..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !