Dutch Lady 4 Tahap Nutrisi Plan™ Dan Peranan Ibu

Dutch Lady 4 Tahap Nutrisi Plan™ Dan Peranan Ibu

Ruby
0

Sebagai seorang ibu, pelbagai peranan boleh dilakukan. Ia berlaku secara automatik. Mungkin disebabkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang kepada anak-anak. Ruby pun tidak menyedari yang Ruby boleh melakukan pelbagai jenis peranan. Tahu tak apa yang membuatkan anak bijak? Ia kerana bantuan seiring Dutch Lady Nutri Plan™. Bagaimana kita ingin tahu tahap kebijaksanaan anak? Kebiasaannya kita akan membaca informasi perkembangan anak-anak melalui internet. Tetapi apa yang kita lalui adalah berbeza.

Seperti Adam, dia mula pandai ABC, 123 seawal usia 1 tahun 5 bulan. Masa tu Ruby memang tiba-tiba jadi cikgu sebab anak nak belajar. Masa mereka tengah rajin dan bijak adalah waktu keemasan untuk di ajar! Hehehe. Kemudian bila Ruby memasak, pasti dia akan membantu. Ketika itu kami belajar tentang bahan-bahan masakan. Bawang merah, bawang putih, tepung gandum, buah pisang, telur, ayam, ikan, udang dan lain-lain. Macam chef pula Ruby rasa. Ada pembantu di dapur.

Ruby juga ada hobi mewarna, mungkin dari situ Adam lihat aktiviti Ruby. Jadi dia pun nak belajar. Walaupun dia tidak mahir mewarna, tapi dia tahu semua warna. Ruby cakap yellow, dia cakap kuning. Bila Ruby cakap dalam bahasa melayu biru dia cakap blue. Hehehe. Adam dah faham dua bahasa nampaknya.

Aktiviti sukan paling Adam suka adalah main bola, main layang-layang, main belon sabun dan berbasikal. Masa ni Ruby dah macam jurulatih terjerit-jerit suruh Adam sambut bola, kayuh basikal dan tembak belon air ikut arah angin.

Tapi paling seronok adalah bila Adam balik dari playschool. Dia akan bercerita mengenai perkara di sekolah seperti makan apa, kawan-kawan dan teacher dia. Jadinya Adam dan Ruby seperti kawan baik. Pengalaman yang amat indah buat setiap ibu kan.

Peranan ibu sentiasa berterusan, malah setiap hari Ruby perlu belajar perkara baru. Ada kalanya soalan-soalan dari Adam membuatkan Ruby perlu berfikir cepat. Agar dia berasa proses membesar dan pertanyaan dia di jawab dengan tepat. Ruby masih ingat selepas Adam pulang dari playschool dan dia menyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star dan ruby tidak tahu lirik sepenuhnya. Dia menyanyi dan tunggu Ruby sambung lagu nursery tu. Alamak!! Cepat-cepat Ruby google lirik lagu Twinkle Twinkle Little Star.

Ibu boleh menjadi apa-apa sahaja demi anak-anak. Tidak pasti bagaimana peranan ini boleh dilakukan. Mungkin kerana kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dan ikhlas.

Keperluan kanak-kanak berubah juga dalam proses perkembangan mereka, jadi ibu juga perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai peranan dan mencari solusi terbaik mengikut tahap-tahap tumbesaran anak mereka.

Dutch Lady 4-Tahap Nutrisi Plan

Ramai juga tanya Ruby, bagaimana ingin dapatkan anak bijak dan aktif macam Adam. Bila Ruby fikirkan balik, Ruby sentiasa melayan sikap ingin tahu Adam. Dia tanya, Ruby jawab. Kemudian bagi makan makanan yang mantapkan IQ Adam. Susu memang wajib dia minum dan Ruby akan pastikan dia minum sampai ke tua. Hahahaha. Pada usia 2 tahun juga anak-anak kurang makan, susu adalah sumber tenaga terbaik untuk anak kekal cerdas dan cergas. Dengan adanya Dutch Lady Nutri Plan™, Ruby tidak lagi risau tentang nutrisi yang diperlukan kerana ianya sudah mencukupi untuk menyokong Adam terus membesar dengan sihat!

Rangkaian susu Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ dirumus khas untuk membekalkan nutrisi sesuai untuk menyokong keperluaan anak di setiap tahap kebijaksanaan. Bermula dari umur 1 tahun hingga 6+ tahun mengikut tahap yang tertentu : CURIOUS (umur 1-2), EXPLORE (umur 2-4) , CREATE (umur 4-6) & LEARN (umur 6+). Rumusan ini mempunyai 5X DHA* yang menyokong perkembangan kanak-kanak pada setiap tahap kebijaksanaan. Adam minum Dutch Lady Curious selama ni. Tahun ni, Adam genap 3 tahun. Dah boleh cuba Dutch Lady Explore!


Ibu Boleh Lakukan Pelbagai Peranan

Rangkaian susu Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ dirumus khas untuk membekalkan nutrisi sesuai untuk menyokong keperluaan anak di setiap tahap kebijaksanaan. Bermula dari umur 1 tahun hingga 6+ tahun mengikut tahap yang tertentu : CURIOUS (umur 1-2), EXPLORE (umur 2-4) , CREATE (umur 4-6) & LEARN (umur 6+). Rumusan ini mempunyai 5X DHA* yang menyokong perkembangan kanak-kanak pada setiap tahap kebijaksanaan. Adam minum Dutch Lady Curious selama ni. Tahun ni, Adam genap 3 tahun. Dah boleh cuba Dutch Lady Explore!

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.smartmoments.com.my

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !