7 Manfaat Menyertai Bengkel Tajwid AR-RUMI

7 Manfaat Menyertai Bengkel Tajwid AR-RUMI

Ruby
0

Assalammualaikum!! Pada ahad lepas Ruby dan rakan-rakan blogger telah menyertai Bengkel Tajwid Ar-Rumi bersama Ustaz Haji Rusydi Ramli Al-Jauhari anjuran Halcent Edutech Sdn Bhd di Best Western I-CITY, Shah Alam dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Yuran pembelajaran hanya RM 250. Ustaz mengajar untuk 4 sesi. Siap dengan makan best di hotel. Syukur Alhamdulillah.

Bengkel Tajwid AR-RUMI

Ruby memang mencari kelas mengaji Al-Quran, sebab ruby teringin nak baca Al-Quran dengan sebutan yang betul disamping memahami tafsirnya sekali. Kita ni manusia biasa, masa zaman kanak-kanak pergi kelas mengaji. Bila sampai tahap usia remaja makin hampir, kita alpa dengan dunia pula. Mengaji bila tiba bulan Ramadan je. Kemudian bila dah bekerja, lagi lah makin jauh dengan Al-Quran. Astaghfirullahalazim.

Bengkel Tajwid AR-RUMI

Tetapi niat dalam hati tidak pernah putus untuk belajar memahami Al-Quran. Sekarang usia hampir mencecah 30 tahun. Ruby mula sedar bahawa jika kita asyik alpa dengan dunia dan beri banyak alasan, maka kita rugi. Rugi banyak sangat. Sampai malu nak belajar Al-Quran. Malu orang tahu tidak pandai mengaji. Mencari guru mengaji pun melalui online dan takut untuk mengakui tahap kepandaian dalam mengenal makhraj, mad dan harkat. Hurrrmm. Tapi malu itu semua ruby dah buang jauh-jauh bila ada Bengkel Tajwid Ar-Rumi. Sebab ustaz memang nak mengajar dengan cara mudah untuk orang dewasa. Dewasa macam ruby yang susah nak serap ilmu. Malah soalan pun banyak. Ustaz pun mengajar dengan pendekatan kehidupan seharian kita. Ambil contoh dari moral filem Tan Sri P.Ramlee dan moral dari memandu kereta.

Jadi, jika anda rasa anda jauh dari Al-Quran. Tidak faham. Tetapi ada inisiatif ingin belajar, jom kita belajar sama-sama dari mula. Mula macam kita belajar Muqadam masa kecil dulu. Buang sifat malu dan lapangkan dada untuk terima ilmu. Ruby pergi Bengkel Tajwid Ar-Rumi memang kosong minda. Apa yang ruby ingat, itulah yang membantu ruby semasa di dalam kelas. Sebab selepas kelas baru ruby faham dan ruby mula membaca Al-Quran dengan menulis rumi dan belajar kira harkat. Alhamdulillah.

Bengkel Tajwid AR-RUMI

7 Manfaat Menyertai Bengkel Tajwid AR-RUMI

1. Persediaan untuk Bulan Ramadan

Bulan Ramadan adalah bulan umat Islam mengumpul pahala dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w. Melalui Al-Quran kita tahu segala-galanya. Tapi sebagai umat Islam berbangsa Melayu dan tidak fasih berbahasa arab, sudah semestinya agak sukar untuk memahami Al-Quran. Jadi pada bulan Ramadan yang bakal tiba, ruby berharap, ruby sudah memahami tafsir Al-Quran. Maka, boleh membaca Al-Quran serta memahami tentang tiap surah di dalamnya. Bila dah faham harkat dan makhraj, InsyaAllah bacaan lebih lancar dan menusuk jiwa. Teringin nak bertaranum. Subhanallah.

2. Mudah difahami

Bengkel Tajwid dan Ar-Rumi sangat mudah di fahami, ustaz akan mengajar merumikan huruf jawi dan aplikasikan semasa kita belajar tajwid. Ustad tidak merumikan surah di dalam Al-Quran kerana ia dibawah kawalan Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri & Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengajaran dan cara ustaz lebih kepada untuk mengajar orang dewasa sahaja. Untuk pelajar sekolah tidak digalakkan kerana ia teknik sangat mudah dan bimbang jika pelajar tidak boleh menjawab peperiksaan yang disediakan oleh pihak sekolah. 

3. Latihan Ketika Sesi Pembelajaran

Pemberian senaskah Al-Quran Rasm Uthmani Riwayat Hafs An’ Asim dan buku latihan Bengkel Tajwid Ar-Rumi sangat membantu semasa setiap sesi. Al-Quran digunakan untuk mencari contoh surah agar peserta faham apa yang ustaz ajar. Seronok kan?

4. Soal Jawab bersama Ustaz

Ustaz Haji Rusydi Ramli Al-Jauhari sangat memahami keadaan pelajar yang sudah berusia atau mula belajar melalui Iqraq. Ini kerana apa yang dipelajari dahulu sukar diingat tetapi ingin membaca Al-Quran dengan lancar, tahu sebutan, mengikut makhraj dan tafsir yang benar. Jadi, jika anda ingin cepat pandai. Fokus di dalam kelas dan bertanya dengan Ustaz. Malah ustaz juga berbesar hati membantu anda. Ustaz tak garang pun. Hehehe.

Bengkel Tajwid AR-RUMI Bengkel Tajwid AR-RUMI

5. Sesuai Untuk Anda, Ya Anda!

Sesuai untuk ruby juga, sebab kaedah ar-rumi ni membuka lagi minda anda. Mudah dan berkesan. Cubalah!

6. Al-Quran kunci ke Syurga

Syurga itu sangat mahal, jika ingin ke sana. Pasti ada cabarannya. Cabaran dalam kehidupan, dengan keadaan duniawi. Jadi, nak masuk syurga dengan cara mudah? Baca Al-Quran, Faham tafsirnya dan InsyaAllah gandaan pahala itu memberikan kunci syurga anda. Subhanallah kalau dengar ustaz mengaji, rasa nak menangis. Ruby nak sangat baca Al-Quran lancar dan mengikur harkat yang betul. Pelan-pelan kita belajar.

7. Pilihan Hotel, Makanan & Minuman

Bengkel Tajwid Ar-Rumi diadakan pada hari minggu, jadi anda ada masa lapang untuk pergi belajar. Lokasi bengkel di hotel, selesa untuk pengajian 1 hari. 8 pagi sampai 10 malam untuk kelas mengaji Al-Quran bagus juga kan? Makanan dan minuman jangan risau. Semuanya tersedia. Ustaz juga sedia maklum tahap fokus manusia hanya 1 jam 30 minit. Jadi, anda tidak akan mengantuk. Hehe. Parking jangan risau, kebiasaannya flat rate 1 hari bawah rm 10.

Minum pagi

Sarapan pagi

Bengkel Tajwid AR-RUMI

Makan Tengahari

Bengkel Tajwid AR-RUMI

Minum Petang

Ruby bersyukur diberi peluang untuk belajar mengaji. Masa kecil ruby hanya untuk main sahaja. Tidak belajar bersungguh-sungguh. Syukur sangat-sangat ada Bengkel Tajwid Ar-Rumi. Subhanallah terima kasih Ya Allah, terima kasih Ustaz dan terima kasih Halcent.

www.facebook.com/halcentedutech

www.facebook.com/HalcentDiscoveryHolidays

www.halcentgroup.com

 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !