Papadom Terbaik Dari Afdlin Shauki

Papadom Terbaik Dari Afdlin Shauki

Ruby
2
Papadom Terbaik Dari Afdlin Shauki
.papadom.


Assalammualaikum semua, semalam 10 Oktober 2009 aku telah melaksanakan movie marathon.. Hehehe.. Pada jam 8 pm, aku menonton movie Surrogates dan pada jam 11.20 pm, aku menonton cerita Papadom...

Aku nak terangkan skit cerita Papadom tu dulu la eh..

Cerita ni banyak ketawa dan buat kita berfikir.. Dan ada juga plot sedih... Hrmmm.. Tak sangka begitu susah nak menjaga anak gadis pada zaman sekarang ni.. Aku nak jugak bapak macam tu.. Tapi mak aku dah jaga aku pon dah cukup baik la kan..

Saadom (Afdlin Shauki) telah berniaga Nasi Kandar dan mempunyai Papadom home made dari air tangannya sendiri.. Perniagaan dia maju.. Rakan2 Saadom membantu menaikkan perniagaan Nasi Kandar, akibat ingin memajukan kedudukan kewangan keluarga dan memberi keselesaan keluarga.. Saadom terlupa nak memberi masa untuk anak dan isteri.. Miasara semasa kecil sangat comel, anak siapa la tu.. Geram aku tengok.. Then Miasara dah berumur 10 tahun, berlaku kemalangan yang melibatkan isteri saadom.. Kemalangan itu mengakibatkan Isteri (Nurkhiriah) meninggal dunia dan meninggalkan wasiat supaya menjaga Miasara..

Selepas pemergian Isteri Saadom, dia menjaga Miasara (17 tahun - Liyana Jasmay)sebaik mungkin.. Dari menyikat rambut, buatkan tochang.. Hehehe.. Pastu ikut je kemana Miasara pergi... Ke sekolah pun Saadom hantar sampai ke dalam kelas.. Dah sekolah menengah pun Saadom masih menunggu waktu rehat Miasara dan memberi makan.. Part ni aku betul touching bila Miasara belajar seni silat, dan guru dia telah membelasah semua anak murid kerana tak mahir2 bersilat.. Miasara juga turut dibelasah.. Hehehe.. Then korang tau la kan.. Saadom sebagai bapak, masok gelanggang dan lawan silat dengan cikgu tu.. Mereka membuat perjanjian, Jika Saadom menang, cikgu tu tak boleh belasah murid2 tu lagi.. Cikgu tu dngan gahnya berkata, jika Saadom menang dia akan tabik Saadom setiap kali berjumpa.. Akhirnya Saadom menang.. Hehehe.. Tiap kali berjumpa, Saadom akan ditabik oleh cikgu tu.. Tapi, tangan kiri cikgu tu patah.. cikgu tu telah report kepada pengetua, Saadom tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah.. Korang tau apa Saadom bagi tahu?? "Takpe saya tunggu diluar kawasan sekolah".. Hahaha..

Miasara ambil lesen kereta pun Saadom ada.. Miasara dapat 20A dalam SPM.. Terkejut Saadom, dalam babak tu pun kita boleh lihat kepercayaan org dengan kebolehan pelajar mendapat 20A.. "Gila ke apa?".. Semua tak percaya.. Hehehe.. Miasara ada parti yang dilaksanakn oleh Yvonne (best friend Miasara), itu pun Saadom ikut.. hehe.. Tetapi Miasara merasakan bapa dia annoying sebab sentiasa bersama dan sambung belajar ke Universiti pun Saadom pilihkan.. Miasara merajuk dan melarikan diri.. Akhirnya Saadom berserah, dan mengizinkan anak dia belajar di Kuala Lumpur.. Korang nak tau tak, setiap kali Saadom rasa buntu untuk membuat keputusan,.. Jelmaan Isteri (Nurkhiriah) sentiasa ada.. Betapa sayangnye Saadom kepada keluarganya.. Jelmaan Isteri dia juga membuatkan tiap keputusan dapat difikirkan dengan betul.. Jelmaan Isteri dia pun klakar gak.. Kat padang rugbi pun pakai pakaian team rugby, Saadom jadi tukang kebun pun, dia menjelma dalam keadaan tukang kebun.. Banyak gak lawak bersahaja..

Miasara dan Yvonne ditempatkan di UiTM Shah Alam, disini wujudnya pelbagai konflik.. Seorang bapa pun tahu kemungkinan yang berlaku kepada anak dia.. Saadom ambil keputusan untuk menjadi tukang kebun.. Mengawasi Miasara.. Miasara dikecam hebat oleh Shasha (Scha Al-Yahya) kerana telah mengambil Hashim (Farid Kamil).. Hashim pula playboy dengan pepermpuan.. Dia juga pondan dalam watak tu.... Hahahaha... Miasara juga diminati oleh Mat (Que Haidar).. Pelbagai adengan kelakar yang berlaku..

Semasa miasara pergi tengok wayang dengan Hashim, bapak miasara pergi dan melihat anak dia berdua2an dan hampir kelembah maksiat akibat gatal si hashim.. Saadom berbincang dengan isteri dan membuat pelbagai rancangan.. Hehehe.. Helmet terkena dikepala, tertolak hashim, terterajang hashim, tetapi hashim tetap gatal.. Then, Saadom cakap "Api,,.. Api"... Semua bertempiaran lari.. Dalam kereta plak, Hashim cuba nak menggatal lagi.. Saadom datang gegarkan kereta.. Hashim menjerit gempa bumi.. Hehehe.. Semasa miasara nak naik ke dome.. Hashim kata ada benda keras, tutup mata dan Hashim ingin bg "pendinding".. Masa nak bagi pendinding Saadom menjelma jadi hantu.. Hahahaha...

Miasara amat menggemari Papadom yang dimasak dan dibuat oleh bapak dia...

Oklah sampai sini je skit cita aku.. Korang pi la tengok kat panggung berdekatan.. Best tau cita ni.. Sure tak rugi, tak mengantuk dan sangat best!!!

Para pelakon:-
Afdlin Shauki : Saadom
Liyana Jasmay : Miasara
Noorkhiriah : Munirah (Isteri Saadom)
Vanidah Imran : Professor Balqis (Professor Miasara)
Farid Kamil : Hisham (Pelajar Hot UiTM)
Scha Al-Yahya : Shasha (Cheerleaders Captain)
Chelsia Ng : Yvonne (Kawan baik Miasara)
Que Haidar : Mat (Menyukai Miasara)
Harun Salim Bachik : Hussin (Penyelanggara UiTM)
Adham Malekh : Ali (Sahabat Saadom Berniaga)
Pete Teo : Uncle Allen (Sahabat Saadom)

Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 22 (2009)
- Filem Terbaik
- Pelakon Lelaki Terbaik
- Pelakon Wanita Terbaik
- Cerita Asal Terbaik
- Skor Muzik Asal Terbaik

Aku nak bagi kesimpulan tentang cerita ni...
Cerita ni bnyak mmberi aku berfikir.. Kadang2 kita tak sedar org yang kita perlu dah ada di depan mata, tetapi kita tetap mencari yang lain.. Aku tengok cerita ni, aku terfikir, tiap kali ibu dan bapa kita ada, kita dapat keputusan cemerlang dalam apa pun kita buat.. Kita sentiasa dijaga dan berasa selamat.. Kehidupan yang diberi oleh ibu bapa sangat sempurna.. Walaupun pernah buat kesilapan, kita dapat juga berubah dari melakukannya sekali lagi.. Hrmmm.. Aku pun pernah berasa perasaan macam tu, bila mak aku ambil berat pasal aku.. Terus dapat 2A kat UPSR.. Disebabkan last minute punya kata2 semangat... Kalau mak aku beri perhatian dari awal, mesti 5A.. Hehehe.. Mak aku ibu tunggal, sian dia keje siang sampai malam masa tu.. Korang yang ada suami dan isteri, jaga anak2 elok.. Kerja takkan habis.. Kasih sayang di ingat selama2nya...

Terima kasih Afdlin Shauki.. Memang patut Uncle dapat award hari tu.. 10/10 bintang... Alhamdulillah..


Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Jangan terlalu beremosi dengan tanah!

    BalasPadam
  2. emosi dengan tanah amendernyer.. pieces of mine story!!

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !