Kuala Lumpur, 23 Oktober 2025 – Khabar gembira buat peminat kopi di Malaysia! Jenama kopi antarabangsa, Luckin Coffee Malaysia, kini secara rasmi disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi dua cawangannya di Sunway Velocity 2 dan AEON Maluri.
Langkah ini bukan sahaja membuktikan komitmen Luckin Coffee terhadap piawaian Halal, malah menunjukkan keazaman mereka menghormati nilai dan sensitiviti pengguna Muslim di negara ini walaupun jenama ini berasal dari China.
Sejak mula memasuki pasaran Malaysia pada Januari 2025, Luckin Coffee menarik perhatian ramai kerana pendekatan teknologi mereka yang unik. Tiada kaunter panjang, tiada sistem tradisional, semuanya melalui aplikasi Luckin Coffee. Pesanan dibuat terus dari aplikasi, dan pelanggan hanya perlu ambil minuman di kaunter tanpa menunggu lama.
Konsep ini menjadikan Luckin Coffee sinonim dengan gaya hidup moden yang efisien dan “trust the process” — mereka percaya kepada sistem dan disiplin kerja. Dan kini, apabila mereka memperoleh pensijilan Halal, jelas sekali mereka bukan sekadar mahu “masuk pasaran Malaysia”, tetapi mahu menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia dengan cara yang sah, bersih dan diyakini.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah, Luckin Coffee memohon pensijilan Halal sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia. Mereka menubuhkan pasukan khas Halal dan jaminan kualiti, memastikan semua bahan mentah, pembekal, serta proses penyediaan mematuhi piawaian yang ketat.
Dalam kenyataan rasmi, Dr. Jeff Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Luckin Coffee Malaysia berkata:
Sementara itu, Ahmad Aminurrashid bin Abd Aziz, Pengurus Pematuhan Halal Luckin Coffee Malaysia, menambah bahawa usaha ke arah pensijilan Halal ini telah bermula sebelum kedai pertama dibuka lagi.
Bagi Ruby, ini satu sikap yang wajar dicontohi oleh peniaga tempatan. Ada sesetengah peniaga kita yang terus mengaku Halal hanya kerana memakai tudung atau bernama Melayu sedangkan sijil Halal bukan sekadar simbol agama, tetapi tanggungjawab profesional terhadap kebersihan, integriti dan kepercayaan pengguna.
Untuk meraikan pencapaian besar ini, Luckin Coffee menawarkan promosi RM3.99 untuk semua minuman pada 30 dan 31 Oktober 2025 di semua cawangan Lembah Klang (kecuali Highlands Hotel, Genting). Tawaran ini tanda penghargaan buat semua pelanggan yang menyokong perjalanan mereka di Malaysia.
Dalam dunia perniagaan hari ini, tak semua jenama asing berani mendalami keperluan masyarakat Muslim seperti yang dilakukan oleh Luckin Coffee. Bagi Ruby, tindakan mereka ini menunjukkan rasa hormat yang tinggi terhadap budaya dan kepercayaan rakyat Malaysia.
Tak kisahlah ada yang bersangka buruk, sebab hakikatnya mendapatkan sijil Halal bukan mudah. Ia melalui proses audit, dokumentasi, dan pemeriksaan yang teliti. Luckin Coffee telah membuktikan bahawa mereka bukan hanya menjual kopi, tetapi membina kepercayaan. Dan kepercayaan inilah yang menjadikan kopi mereka terasa lebih “halal” di hati.
Muat turun aplikasi Luckin Coffee secara percuma di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery. Untuk kemas kini dan promosi terkini, ikuti akaun rasmi Luckin Coffee Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok dan XiaoHongShu.
Langkah ini bukan sahaja membuktikan komitmen Luckin Coffee terhadap piawaian Halal, malah menunjukkan keazaman mereka menghormati nilai dan sensitiviti pengguna Muslim di negara ini walaupun jenama ini berasal dari China.
Jenama Global, Nilai Tempatan
Konsep ini menjadikan Luckin Coffee sinonim dengan gaya hidup moden yang efisien dan “trust the process” — mereka percaya kepada sistem dan disiplin kerja. Dan kini, apabila mereka memperoleh pensijilan Halal, jelas sekali mereka bukan sekadar mahu “masuk pasaran Malaysia”, tetapi mahu menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia dengan cara yang sah, bersih dan diyakini.
Kesungguhan Yang Patut Dicontohi
Apa yang menarik perhatian ramai ialah, Luckin Coffee memohon pensijilan Halal sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia. Mereka menubuhkan pasukan khas Halal dan jaminan kualiti, memastikan semua bahan mentah, pembekal, serta proses penyediaan mematuhi piawaian yang ketat.
Dalam kenyataan rasmi, Dr. Jeff Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Luckin Coffee Malaysia berkata:
“Kami amat berbangga kerana kini Luckin Coffee secara rasmi diperakui Halal. Ini adalah komitmen kami agar pelanggan dapat menikmati kopi dengan penuh kepercayaan.”
Sementara itu, Ahmad Aminurrashid bin Abd Aziz, Pengurus Pematuhan Halal Luckin Coffee Malaysia, menambah bahawa usaha ke arah pensijilan Halal ini telah bermula sebelum kedai pertama dibuka lagi.
Bagi Ruby, ini satu sikap yang wajar dicontohi oleh peniaga tempatan. Ada sesetengah peniaga kita yang terus mengaku Halal hanya kerana memakai tudung atau bernama Melayu sedangkan sijil Halal bukan sekadar simbol agama, tetapi tanggungjawab profesional terhadap kebersihan, integriti dan kepercayaan pengguna.
Tawaran RM3.99 Sempena Perayaan Halal
Salute Untuk Kesungguhan Luckin Coffee
Dalam dunia perniagaan hari ini, tak semua jenama asing berani mendalami keperluan masyarakat Muslim seperti yang dilakukan oleh Luckin Coffee. Bagi Ruby, tindakan mereka ini menunjukkan rasa hormat yang tinggi terhadap budaya dan kepercayaan rakyat Malaysia.
Tak kisahlah ada yang bersangka buruk, sebab hakikatnya mendapatkan sijil Halal bukan mudah. Ia melalui proses audit, dokumentasi, dan pemeriksaan yang teliti. Luckin Coffee telah membuktikan bahawa mereka bukan hanya menjual kopi, tetapi membina kepercayaan. Dan kepercayaan inilah yang menjadikan kopi mereka terasa lebih “halal” di hati.
Muat turun aplikasi Luckin Coffee secara percuma di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery. Untuk kemas kini dan promosi terkini, ikuti akaun rasmi Luckin Coffee Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok dan XiaoHongShu.
Catat Ulasan
PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.