Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2026 Kembali Ke Sistem Tahunan

Kuala Lumpur, 28 Oktober 2025 - Selepas beberapa tahun penyesuaian pasca pandemik, akhirnya sistem persekolahan Malaysia kembali seperti dahulu. Sesi tahunan dari Januari hingga Disember akan bermula pada 2026. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Surat Siaran Bil. 3 Tahun 2025 telah mengumumkan bahawa sesi akademik 2026 akan bermula pada Januari 2026 dan berakhir Disember 2026, menandakan langkah penting menyelaraskan semula jadual akademik negara.

Sebagai ibu bapa, perubahan ini memberi kelegaan besar. Jadual keluarga, aktiviti sekolah, dan perancangan cuti kini lebih teratur dan senada dengan kalendar umum negara.

Kalendar Akademik 2026

Tarikh Penting Kalendar Akademik 2026

Kumpulan A (Sekolah di Kedah, Kelantan & Terengganu) 


Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2026 Kumpulan A

Mula Persekolahan: 11 Januari 2026
Cuti Pertengahan Penggal 1: 20 – 28 Mac 2026
Cuti Pertengahan Tahun: 22 Mei – 6 Jun 2026
Cuti Pertengahan Penggal 2: 28 Ogos – 5 September 2026
Cuti Akhir Tahun: 4 – 31 Disember 2026

Kumpulan B (Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan KL, Labuan & Putrajaya)


Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2026 Kumpulan B

Mula Persekolahan: 12 Januari 2026
Cuti Pertengahan Penggal 1: 21 – 29 Mac 2026
Cuti Pertengahan Tahun: 23 Mei – 7 Jun 2026
Cuti Pertengahan Penggal 2: 29 Ogos – 6 September 2026
Cuti Akhir Tahun: 5 – 31 Disember 2026

Cuti Perayaan Utama Tahun 2026


Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2026


Mengikut Lampiran C KPM, berikut antara cuti perayaan utama:

Tahun Baru Cina: 17–18 Februari 2026 (+ Cuti Tambahan 16, 19 & 20 Feb)
Hari Raya Aidilfitri: 21–22 Mac 2026 (+ Cuti Tambahan 19 & 20 Mac)
Deepavali: 8–10 November 2026
Krismas: 25 Disember 2026

Kelebihan Kembali Ke Sistem Tahunan


Sesi tahunan bukan sekadar perubahan tarikh, tetapi pemulihan keseimbangan:
  • Ibu bapa lebih mudah rancang aktiviti keluarga dan akademik anak. 
  • Murid mendapat tempoh rehat mencukupi di hujung tahun. 
  • Penjadualan peperiksaan dan program sekolah lebih stabil. 

Tahun 2026 bakal menjadi tahun yang lebih tenang dan tersusun buat keluarga Malaysia. Semoga dengan kalendar akademik yang kembali normal ini, anak-anak dapat belajar dalam suasana lebih seimbang dan ibu bapa dapat merancang masa bersama keluarga dengan damai, tanpa tekanan perubahan jadual lagi.

Post a Comment

PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.

Terbaru Lebih lama